Ramuan Sambal kacangnya memang banyak versi. Cara Mak Peah mudah jer. Sedikit lada kering, udang kering sikit, kacang tanah, bawang kecil di goreng dan tumbuk lalu campurkan dengan air asam dan sesudu petis.
Suami Mak Peah kalau boleh setiap hari pun dia nak makan lauk pauk nih. Maklumlah kita orang jawoooo...yaitu keturunan bugis for both of us. Dulu masa Mak Peah baru kawin kami balik bertugas makan dinner dua tempat sekaligus. Rumah mak mertua dan rumah mak Mak Peah. Kami harus bersikap adil kerana kedua mak kami adalah balu waktu itu dan mereka suka melihat kami makan.
Dari situ kedua-dua arwah Mak berpesan...suami kamu nih bagus tidak cerewet makan cara melayu dan jawa. Masak jer apa kamu tahu insyaAllah dia suka.
Hah memang benar asal apa sahaja Mak Peah masak sekarang dia suka makan dan tidak pernah lupa ucap terimakaseh setiap kali waktu makan. Kadang Mak Peah pesan juga dah lah babah takyah ucap terimakaseh selalu Umie paham...tapi dia memang kelakar dan kuat gurau dia kata...mesti cakap tanda sukahati dan babah gumbira sangat hahahahahahha....
Begitulah serba sedikit cerita tentang Mak Peah...sikit jerr..kalau banyak karang ada pula yang bosan...hihihihi
No comments:
Post a Comment