Wok The Talk...

Friday, November 5, 2010

Roti Prata Berkuah

 Apa ke mende yang terponggok tu? Hah itulah sambal belacan! Kami makan roti prata memang dengan sambal belacan baru mensyiuuurkan .....ha ha ha

Nampak tu roti prata berlandung bersama kuah. Kalau di tunggu sekejap lagi maka akan kembanglah roti tu...Hah! Bila dah kembang itulah kegemaran saya serta keluarga saya. Kami suka bila roti prata itu telah kembang dan berkuah enak rasanya.

Lagi satu kuah kari janganlah letak santan muak rasanya. Saya adek beradek memang tak reti sangat makan kuah kari ayam bersantan. Arwah mak kami memang tidak pernah letak santan dalam kuah kari ayam. Kami mengunakan rempah kari BABA's yang memang di jamin sedap.

Untuk mendapatkan kari yang sedap buat taste orang melayulah kan
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu besar udang kering
6 helaian lada kering pun di rendam dengna air panas dahulu supaya hapraknya akan hilang

Kisar semua bahan ini sehingga halus dan tumis sehingga wangi masukan rempah babas 2-3 sudu besar ikut berapa banyak ayam yang kamu suka. Selepas itu masukan air dan garam atau satu pack Knor Ayam secukup rasa.

Lihatlah di atas ini roti prata yang sangat best. 

Roti pratanya pula kami tidak suka roti prata yang berminyak. After eating, nanti kita akan rasa satu macam after efx seperti muak dan meloyakan. So saya sebagai pembeli bukanlah nak promote brand ini. Tapi brand ini memang ternyata best dah banyak brand saya gunakan tidak boleh lawan brand yang satu ini. Baik pratanya maupun chapatinya memang best. Tapi tidak semua kawasan ada terjual. Dan kadangkala tidak ada stok pun. Mungkin mmg di gemari ramai.

Ianya di goreng tanpa minyak dan gebu serta cantik enak rasanya. Tapi cuma satu brand ini tidak boleh di buat 'puff'. Hehehehe insyaAllah esok lusa saya free saya akan mengajar para ibu-ibu muda sahabat saya ini bagaimana membuat 'puff' mengunakan kulit prata instant.

...hahahahha saya nih suka-suka advertised brand orang bukan dorang nih kasi kita komisen pun. Tapi kan secara jujur kita kongsilah bersama jika brand itu ternyata sangat bestkan. Juga di ingatkan selera masing-masing memang lain, kalau best pada saya tidak semestinya best pada yang lain. So, kita jangan susah hati kita imbangi hidup yang sedia mudah ini dan menjurus kepada kehidupan yang lebih baik tanpa menyakitkan hati sesama manusia.

Semoga hidup tambah Ceria selalu!

2 comments:

  1. kuah kari takde santan sebijik kuah mamak... dulu2 baru kawen bikin kuah kari takde santan.. hmm dah lama dah tak buat...

    ReplyDelete
  2. Ya cara mamak mmg takde santan... kmok mmg tak suka bersantan Aeini budak2 pun dah terbiasa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...