Jika waktu sekolah waktu begini boleh lah Umie surf internet dengan penoh sukahati. Bersarapan pagi dengan babahnya dan boleh relax buat kerja rumah mengemas dan mengemop. Tapi jika cuti sekolah jadual jadi kelam kabut sedikit. Hampir setiap saat anak-anak kelaparan...hahahahahha kecoh...
Oklah resepi ini mudah dan campak-campak sahaja...
500g mee kuning
100g daging cincang
8 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong di potong
1 sudu besar lada kisar
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1 bawang besar di cincang
3 ulas bawang putih di cincang juga
garam lada sula secukup rasa
sayuran
Tumis bawang besar putih yang di cincang tadi dengan sedikit minyak. Masukan lada kisar tumis sehingga cantik, daging cincang dan air secukupnya. Setelah didih masukan tomato, cili sos serta sos tiram.
Setelah itu masukkan mee kuning udang dan sotong di gaul dan balik-balik sehingga masak...amin dah boleh makan.
Mencik dengan udang tu..
ReplyDeleteSaja jer nak goda-goda ai..
ai mmg nak goda u selalu menci tapi rindu...awww...
ReplyDelete