Wok The Talk...

Showing posts with label Dinsum. Show all posts
Showing posts with label Dinsum. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Dimsum : Wonton Goreng oh Ala Dimsum


Wonton nih anak-anak saya suka sangat kalau isinya sedikit kerana mereka suka tepungnya yang garing. Di makan bercicah dengan sweet sauce dan chili nasi ayam (lada merah. bawang putih, gula dan cuka di lender dan masak seketika).


Sebenarnya pada hari Jumaat lepas saya serta keluarga memang sibuk buat dimsum dan menikmatinya. So untuk reseinya terpaksa saya buat satu persatu agar tidak kompius. 


Resepi intinya
1 paket kulit wonton (16-20 pieces)
Udang di kopek kulit dan di cincang halus
1 biji bawang putih di tumbuk halus
daun sup di cincang
1 teaspoon minyak bijan
garam dan lada sula secukup rasa
waterchesnut  di cincang juga optional

Jika anda suka waterchestnut bolehlah ambil seketul dua di cincang sama dan gaulkan semua bahan tadi dan di bunjutkan bersama kulit wonton tadi lalu di goreng dengan minyak yang agak panas dan banyak.

Oleh kerana hari jumaat lepas adalah hari dimsum dan seafood day maka seterusnya saya buat Dimsum yang sama bahan isinya dengan wonton tapi mengunakan kulit dimsum ianya mudah di buat tapi kerana bekas kukus antic saya agak kecil dan anak-anak saya pula tidak sabar nak makan makanya saya letak semua dalam kukus....hihihi ada yang merekah tapi tidak mengapa masuk mulut ngap sahjerlah...


Tepung untuk kulit dimsum amat mudah di dapati di pasaraya berdekatan. Tertulis perkataan Timsum instead or Dimsum. Jangan risau sama sajerlah.

Cara membuat kulit Dimsum nih agak berlainan sedikit dari biasa. Ia mengunakan air panas. Ambil secawan air dan didihkan lalu apabila sudah agak-agak suam sedikit masukan kedalam 1 1/2 cawan tepung Dimdum nih dan gunakan sudu untuk mengaulkannya. Jangan terus menerus menguli melecur tangan nanti...hihihi...tunggu sebentar agak-agak suam ulilah dan making a dough dan giling...


Saya agak playcheat sedikit tepung yang saya giling tak berapa smooth tepinya maka saya gunting kasi bulat ...LOL...tak sesia saya seorang designer dahulu...designer pencen dah...hahaha

Perlu di ingatkan ini adalah diari masakan saya sehari-harian tanpa rasa terpaksa, tertekan dan janganlah berasa stress apabila membacanya kerana saya memang suka masak macam-macam hari-hari...hihihi

Saturday, November 13, 2010

Dinsum : Siu Mai

Saya sengaja tukar namanya, kerana resepi asal mengunakan cik bibah gebus. Mak Peah memang suka mencoba sesuatu yang baru. Ini adalah yang kali ketiga Mak Peah usahakan Siu Mai nih.

Kalau di beli di luar memang ada halal pun tapi kecik jerr dah di jual 60-80 sen seketul kalau beli seploh dah berapakan...?

Anak-anak pun makan tak puas...so Mak Peah selalu pergi kedai 'cik abg ayam' selalu mintak dia kisarkan isi ayam setengah kilo baru $4, dan kulit wonton pula baru 50 sen dalam 20 keping. Dan belilah sedikit water chesnut ala bape sen jerlah...

Isi ayam $4 tu pun bukan guna semua pun, Mak Peah gunakan separuh jerr. Cuma tambahkan lah bahan lain...masaalahnya bukan kedekut nak makan luar tapi lebih kepada minat membuat dan makan bersama seisi keluarga itu yang lebih penting. Muhibbah!

Cara membuatnya
8 keping kulit wonton persegi
250g isi ayam di cincang
3 tbsp corn flour
3 - 4 butir water chestnut di cincang halus
daun soup bawang juga di cincang halus
1/2 biji telur
garam dan lada sula secukup rasa
a bit of black pepper juga jika suka...

Gaul semua bahan tadi dan perapkan sebentar dalam peti ais. Agak-agak dah bersiap sedia nak makan maka balutlah ayam tadi dengan kulit wonton. How to balut? Kita gunalah daya visualisation kita ...punjut-punjut jerr dah ok pun...

Sudah siap kukus selama 15-20 minutes...jangan terlalu lama kerana nanti kulit wontonnya keras pula ajaibkan kulit wonton bleh jadi keras?...I oso dunno why lah...hihihihihi

Cara memakannya : Paling sedap di cecah cili sos atau sambal nasi ayam yakni lada. bawang putih di kisar taruk gula dan sedikit cuka (masak ya) dan juga cicah dengan black sweet sauce...NYUM!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...