Wok The Talk...

Monday, November 22, 2010

Ayam Madu Black Pepper


Ayam madu black pepper nih amat mudah di masak. Tidak memerlukan banyak bahan.

Antaranya
4 keping kepak ayam di belah dua
2 sudu madu
3 ulas bawang putih di hiris
hirisan halia
1 sudu kecil coarse black pepper
1 sudu besar black pepper sauce singlong
Shiitake Mushroom di hiris
lada merah di hiris
sedikti taburan kunyit
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Tumis bawang putih, halia dan lada hitam. Masukan ayam dan air. Biarkan didih seketika agar ayamnya masak. Di balik-balik apabila air sudah agak surut masukan sauce dan madu serta segala bahan yang lain. Jangan di tinggalkan kelak hangus. Di balik-balik dan gaul bersama shiitake mushroom dan hirisan lada merah. Masak sehingga kering dan hidangkan.

Lauk sebeginian cukup di makan dengan nasi panas oleh anak-anak Mak Peah...mereka suka ayam.

Detox Drinks : Pear Ginger Honey lemongrass drinks


Ada few version yang suami saya pakar membuatnya. Kalau Mak Peahlah agak keberatan...sejujurnya Mak Peah tak berapa sanggup hendak minum. Tapi kerana suami berkeras Mak Peah telanlah juga.

Every once a week, suami Mak Peah akan blender semua bahan-bahan idamannya dan akan membuat satu gelas untuk Mak Peah dan segelas untuknya. TerPaksa?! Bila memikirkan beliau ini sungguh prihatin dengan cara pemakanan kami so hawuslah Mak Peah turutkan jua.

2 inch slice Ginger
2 lemongrass slice
4 china pears
1 tbsp honey

Sebenarnya Mak Peah mengalami batuk setiap malam. Mak Peah kalau batuk akan melarat dan akan mengalami asthma, so suami Mak Peah tidak mahu Mak Peah mengalami asthma di buatnya minuman ini selama tiga hari berturut. Alhamdullilah hilang batuk setelah minum sambil berselawat. InsyaAllah.


BBQ and Salads


Semuanya bermula kerana influence dengan drama dan filem Korea. Kami jua terikut-rikut dengan cara permakanan mereka. Tapi tidaklah semua, caranya tetap ala melayu berBBQ dengan salad....hihihi...

Anak-anak suka main masak-masak, mentelah babah jika off day maka kami makan lah makanan yang melecehkan ini...kerana ada tukang kemas dan cuci pinggan mangkuk. Bergelak ketawa merecik-recik dan terpekik takut minyak melantun semua adalah aksi dalam berBBQ.

Mak Peah sangat suka salad, hampir setiap hari pun berulam salad dan tomatoes...memang semacam addiction pula. Alhamdullillah rumah Mak Peah dekat dengan pasar hanya berjalan kaki less than 10 minutes dah sampai dapatlah Mak Peah membeli sayuran segar setiap hari... ke pasar boleh lah sambil goyang2 tangan bukan pinggul maklumlah dah usia 40sen nih memang mudah penat dan tidak secergas waktu usia muda dahulu...

Makanan BBQ pun mestilah masak dengan sempurna supaya makanan itu tidak mendatangkan kecernaan pada kesihatan kita. Takpe Mak Peah ada seorang yang sangat prihatin tentang makanan, yaitu suami Mak Peah dia lah yang akan pastikan makanan yang di BBQ itu benar-benar masak baru di beri pada anak-anak dan Mak Peah. Mak Peah makan sahajerlah, dialah yang selalu bertungkus lumus berquality control.... hahahahahhahahah


Selamat BBQ!

Sunday, November 21, 2010

Burrito Garlic Chicken


Ini bukan resepi sepenuh Mak Peah. Ini resepi anak bujang Mak Peah...dialah yang reka resepi suruh Mak Peah SHARE with you all. Nama resepi ini pun di beri oleh anak Mak Peah HEBAT!

Memang kalau ada masa memang Mak Peah layan jerr dua metot mungil Mak Peah buat apa yang mereka suka, akan tetapi siaplah Mak Peah kene kerja lebih bila dah selesai. Ya ampun berselerak dan bagaikan tungkang pecah di buatnya dapur dan meja makan. Tapi takpelahkan...ini pun satu pembelajaran buat mereka. I believe in interactive learning and spending quality time together. Anak pun tak ramai dua jerr...kalau 12 macam my mother in law mahu botak Mak Peah hahahahahahaha.....

Kelak bila sekolah di buka, Mak Peah pun harus bertugas sama adalah lebih baik mereka pelajari sedikit tentang masak memasak ringkas tidaklah Mak Peah risau dan terkocoh-kocoh nanti nak rush back home dari school juga.

Ok lah seperti biasa yang menjadi mangsa adalah instant prata...LOL...bermacam idea boleh di laksanakan jika kita mau...

Bahannya
Roti prata instant
Seaweed chilli flavor
BBQ smoke cheese
Salad. tomatoes
Shredded Garlic Chicken
Chili sos, mustard and mayo

Bukan senang hendak suruh anak-anak makan sayuran. So, dengan lain perkataan jika makanan seperti ini Mak Peah psycholah without vege the result will definitely be bland, less characteristic...hahahahaha terpedayalahkan...


Ingredients untuk Garlic chicken mudah sahaja. 
Chicken Fillet
Olive Oil
Lots of crushed garlic

Saute all ingredients till chicken is tender and cook.

Tuna Puff


Tuna puff nih ada playcheat sikit...hehehe..almaklumlah Mak Peah blom naik mood nak mengilling puff yang tulin. InsyaAllah cuti sekolah nih Mak Peah akan usahakan ya adek-adek semua. Seorang sahabat kampung 360 menanyakan macam mana nak bikin croissant...

..biarlah Mak Peah gelak dulu...ha ha ha...Mak Peah sudah susah payah pergi belajar akan tetapi...sob* sob* kerana tak pratikkan Mak Peah dah hampir lupa. Takpelah..Esok Masih Ada ...buku resepi belajar Mak Peah masih ada dalam simpanan dah macam khitab Harry Porter dah mula berabuk... sabarlah Menanti Hari Esok ya Ira sayang insyaAllah nanti Mak Peah akan usahakan...

Ok yang ini pejam mata pun boleh buat...ini pun Mak Peah main-main dengan dua anak remaja metot Mak Peah...si adek tukang masukan inti manakala si Abg picit-picitan pastry instant ini...

BAHANnya
Kulit pastry adalah instant prata (LOL)
1 can tuna mayonaise tu jerr

Nak gebu kene set oven anda tinggi sedikit. About 175C - 200 C jengok-jengoklah lah masa membaking. Sebelom baking sapukan egg yolk atas puff ini, it takes less than 20 minutes to bake...insyaAllah with suhu yang cantik akan gebulah puff anda...filling u can use anything other than tuna.

SELAMAT MENCOBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...