Wok The Talk...

Friday, December 3, 2010

Mee Goreng Recycled


Mak Peah panggil ini Mee Recyled...mee pun boleh recycled? Hehehe sebenarnya bukan mee recycled tapi sambal tumis ikan bilisnya. Ituhari masak nasi lemak sambal tumis ikan bilis nih terbuat banyak.  Terpikir budak-budak nih dah manja sangat kalau di sebut semalam punya pasti tak mahu makan...rotan baru tahu!!!...

Jadi ibu nih kenelah quick thinking, yelah suami bekerja bagi duit nak membazir duit tak tentu pasalkan rasa bersalah. Mentelah agama kita pun mengalakkan kita berjimat cermat dalam semua hal. Pembaziran itu berdosa tau!...

So tanak mereka sedari Mak Peah keluar kan Mee kuning belen ituhari juga, Suun belen juga, taugeh belen juga everything the belen-belen punya celita lah...

Tumis balik sambal ikan bilis masukan segalanya gaul rata dan masak cuma add on Slice fish cake... kuss mangat dah masak si bujang menjerit...Umie bau sedap!...hah sedap lah nih...

Selamat selabalah tiga beranak makan habis alhamdullillah....si adek sibuk lagi cakap I never waste my food...hah yelah good girl lah...Nanti esok Umie buat lagi ya? Opocot! tersedak mommi...nanti lah lenkali ok ...esok kita makan lain pula...hahahahhaha ayat cober line!

Bukanlah kita nak meracun anakkan...tak mati punya makan makanan semalam....orang afrika lagilah susah nak dapat makan jgn kata Mee Goreng Recycled, mungkin tengok mee goreng pun tidak pernah agaknya...kecian kan...

Thursday, December 2, 2010

Fish balls Mee Suah Soup with sliced meat


We had fish balls soup with sliced meat for breakfast. It rains almost everyday... as an asthmatic person I need something hot soupy food to boost my day... Life has been pleasant and wonderful. I feel blessed...

...sesekali makan simple macam nih...tetiba cerah biji mata...hihihi

Mudah jerr masak mee suah nih, hirisan bawang besar dan bawang putih, halia, hirisan daging jika suka dan fish ball. A dash of sesame oil dan pepper if you like semi raw egg letak lerr sebiji...gedebuss!...makan lah panas-panas tapi jangan sampai melepuh kerana ia memang kalau panas bisa melepuh dan mengelupur di buatnya...hahahahhaha man man lai...

Choc Almond Slice


Terlupa mak Peah ada banyak buku masak kat rak-rak buku...memang lupa betul. Alhamdullillah tak lah ikut semua...kerana nanti terlalu manis dan telah di ubah-suai mengikut citarasa, Manakala sangat berbesar hati mengucapkan terimakseh kepada  anakanda LilRed yang sangat bermurah hati mengeshare resepi ganache yang sungguh lazat... terimakaseh anakanda ku...ku pelok ku cium kedua pipi LilRed ...

Resepi Choc Almond
1 cup self raising flour
2 tablespoon cocoa powder
1/3 cup caster sugar (actual 1/2 cup)
1/2 cup butter, melted
1 teaspoon essence vanilla
1 cup chopped almonds

Caranya
Preheat oven to moderate 280C. Greased shallow tin with non stick baking paper. Over hanging two opposite sides for easy lifting. Shift flour and cocoa powder into large bowl. Add sugar and stir, add melted butter, vanilla essence to combine and moisten. Press firmly and evenly into the tin. Bake for 20 minutes till golden brown and let it cool completely before removing from tin.

Dark Choc Ganache
200ml whipping cream
250ml dark chocolate

Caranya 

Heat cream under low heat, sampai keluar bubble sket sket je then matikan api, masukkan chocolate yang telah di hiris dan kacau sampai sekata. tunggu dlm 20-30minutes lepas die cool down and pekat sket baru coat. (exactly extracted from anakanda LILRED)



Wednesday, December 1, 2010

Mini Cheese Croissants


Croissants nih Mak Peah buat untuk kelas agama malam nanti. Kami sekeluarga memperbetulkan bacaan Al Quran dan pelajari menghalusi sholat dan hukum-hukum Fiqh.

Waktu kecil dahulu bukan tak mengaji dah khatam pun tapi tulah dah tua tua nih ada bacaan masih perlu di perbetulkan.

Sejak Mak Peah dah berumur nih Mak Peah nak perbaiki diri dalam apa jua dalam berkata-kata, pergaulan, gurauan semoga kita mendapat kebaikan ye tak?...sama-sama lah kita menuju jalan yang satu insyaAllah.

Croissants nih tersangat lah mudah...kenapa Mak Peah kata mudah kalau complicated Mak Peah tak akan buat pun...hahahahaha nanti Mak Peah confused kalau susah-susah sangat.

Masih ada Pastry yang Mak Peah beli tapi sayang nak gunakan...boleh gitu?
So Mak Peah gunakan prata instant yang banyak di rumah Mak Peah.

Prata instant di belah 4 bahagian, masukan cheddar cheese yang telah di potong2 kecil dan gulung seperti croissant lalu sapukan kuning telur di atasnya lalu bakar dalam oven. Bake at 150C about 20-35 minutes.

Saba Fish & Garlic Fried Chicken


Kita mula makan saba fish nih bila mula mencoba makan makanan korea....hailah antu korea telah menyusup-yusup dalam sanubari Mak Peah. Mak Peah pengemar filem Korea yang Romantika di pohon Kalapo, Filem Seram Kojol dan juga Filem Komedi Korea.

Kalau drama kat chanel U tu jangan cakaplah selalu follow up...the three brothers...ada KBS lagi...tapi apakan daya jika Pak Sood dan anak Mak Peah take over takde chance lansung lah...untuk menghilangkan rasa geram Mak Peah menonton kat youtube atau my soju melalui Hp sajerlah desperatekan?!... hahahahhaha...


Resepi ayam goreng garing nih mudah sahaja
6 keping kepak di belah dua
1 sudu besar chili powder Babas
1/2 teaspoon kunyit serbuk
1 white egg
salts and pepper
8 garlics pounded

Marinate your chicken and let it rest for 30 minutes or overnight. Deep frying or bake.

Hari ini Mak Peah masak nasi lemak sahaja...masakan ulangan...so Mak Peah letak gambar ayam goreng garing dan saba fish ini sahaja. Selamat Hari Rabu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...