Wok The Talk...

Friday, August 12, 2011

Scorching Heat ~ Iftar Day 11


Saya sangat gumbira jika suami saya off day...bermakna kami dapat berbuka dan sholat bersama dan saya pun tanyalah apa makanan kegemaran suami...jeng jeng jeng....


Sambal petai udang berkuah permintaan khusus hihihihi


Rojak buah-buahan nyummm!...

Apabila suami kata dia teringin makan ikan jebong (ayam) bakar serta cincalok serta sambal udang petai apalagi mak pun kukang kukangkalibutan di dapur berperang sakan...di tambah pula teringin katanya makan rojak petis buah-buahan...wah bersilat, berkunfu serta taekwando mak di dapur dengan sukahati Yabebeda bedouiiiiii hah nko tiga kali tambah makan nasi anak beranak! Yang simple itu nikmat!

Scorching Heat ~ Iftar Day 10


Sekali lagi saya order MCD family bundle A... kerana saya demam selepas pulang dari makan di West Coast. Suami saya kata its gonna be the last time we ate there...anak2 serta suami pun jadi tak berapa sehat...wallahuallam...


Scorching Heat ~ Iftar Day 9

Pada hari yang kesembilan saya melawat abglong saya yang sakit di NUH... sepulangnya kami, saya belanja kakak serta anak-anaknya makan di foodcourt West Coast. Saya tidak di benarkan ambil gambar makanan luar oleh suami saya...kerana kami order bermacam dia kata tak payahlah nak petik gambar kasi orang tengok makanan luar nih...hihihihihihihi begitulah suami saya...makanan luar bukan dalam agenda kuali buruk katanya...


cucur udang


soup mee suah

Pada waku sahur kerana terlalu kekeyangan saya buat lah cucur udang dan juga mee suah... kata Abg Aqim mee suah tidak kenyang mommi...betul juga...so no more for sahur...

Scorching Heat ~ Iftar Day 8


sayuran udang nih rencahnya mudah tumbuk bawang besar, bawang putih dan sebiji lada serta udang kering many2...tu jer...

Masakan simple menjadi pilihan kerana suami saya berbekal waktu berbuka puasa...bekerja permanent afternoon shift with the news memang tak bleh nak senang lenang makannya...berkejar selepas makan  sholat so makanan ringkas memang pilihan suami saya...pabila beliau off day barulah saya boleh masak bermacam...


Paru pula selalunya saya beli 1/2 kilo sahaja...tak tahu kenapa tercakap sekilo hah dah masak many2 time masih ada lagi...makanan begini khas buat santapan sahur...

Scorching Heat ~ Iftar Day 7


Makanan pada hari sebelomnya masih ada...so tanpa membazir kami makan sehingga ke hari iftar ke tujuh...cuma di tambah lauk hati berempah dan juga fish finger tu pun di buat kerana tak sampai hati nak bekalkan suami makanan semalam...dan saya serta kedua anak saya mengabishkan lauk sehingga lah ke sahur...aminnn selesai sudah tiada belen2 yang perlu di bereskan...hihihihi


Tuesday, August 9, 2011

Scorching Heat ~ Iftar Day 6

Kali ini mmg kerja gila lah kan masak macam2 sbb excited somi mak off day... pulak tu suami sebut pasal nasi ambeng dan anak pula sebut pasal mee rebus... wah cam ketam mak masak sampai lembek tenaga di buatnya tapi happylah sebab semua gotong royong...kerana byk sgt makanan dpt di simpan hingga ke hari esoknya pula...alhamdullillah..

Tatapilah santapan yg mengegarkan ini...hehehehehehe


sambal petai


urap kelapa kegemaran suamiku


mee rebus kegemaran anak2...nangoi



Rendang kelapa beryogurt nyummmm!


lemak ayam cili api...


paru goreng rempah

Hah kan mak dah ckp gilosss punya banyak mak masak...tapi jgn risau small portion jerr...mak nih suka jerr excited biler bab masak...alhamdullillah sampai ke esokan hari kami makan dengan senang hati dan tidak membazir...syukur kerana di limpahi rezeki...alhamdullillah.

Friday, August 5, 2011

Scorching Heat ~ Iftar Day 5



Beryani simple, Ayam masak merah, Ayamas goreng dan sambal goreng simple jer...




Seperti biasa tanpa suami terchenta di sisi...so masak awal keana suami harus sholat jumaat dan bawa bekalan untuk berbuka puasa.  Rasa happy sangat kalau dapat bekalkan suami.

Selepas mengemas rumah tetiba teringin makan epok-epok sedap... anak-anak pula suka inti kentang dan daging bersama mozarella cheese...waduh laju jer mereka makan waktu berbuka... Alhamdullillah

Scorching Heat ~ Iftar Day 4


Semalam memang camera mak bikin hal...tak dapat mak nak potik gambar black pepper chicken ... dpt nih jerlah Char Kway Teow Goreng gan Kimchi dan macam2 di dalamnya...hehehehhe masakan ulang tayang juga... cuma di tambah kimchi sedap ranggup...

Ada ayam ada sotong ada bermacam lah...ikut sukahati kalbu jiwa rega jerr...hihihihi

Scorching Heat ~ Iftar Day 3


Berpuasa pada hari ketiga totally kaput! Lambat giler balik kerja...last...ini sahajalah yang bisa di selengarakan...dah di namakan blog diary makan updatelah juga untuk happy-happy dna sukaria...

Scorching Heat ~ Iftar Day 2

Pada hari kedua puasa ituhari memang mak terkocoh balik sebab kelas lambat selesai... kelam kabut mak sebab babahnya bebudak off day...hendaklah jamu selera sedap sikit. Al Maklum jarang dapat berbuka bersama.

Sempat mak singgah NTUC grab few things and hail a cab... tapi drebar taxi baru boleh jadi gila dia pusing-pusing... nak marah bulan puasa... cakap bebaik sahajalah...last dia pun minta maaf dan coba tidak mengambil tambang yang byk...keluar jer taxi mak meluncur naik lift...

Terus tak sempat tukar baju mak masak. Walaupun pada hari itu mak belom boleh berpuasa tapi letih lah sebab tidak makan ... tidak mengapalahkan Mak kasihan banget gan bebudak yang terconggol menunggu kepulangan mak... so masakan pada hari tersebut adalah...jeng jeng jeng...

Resipi pertama


Kerabu mangga Ala kolibuwuk
Mangga thailand di hiris
taugeh
Daun bawang
lada merah dan lada padi di hiris

rencahnya
segengam udang kering di rendam
bawang putih dan bawang besar
semua bahan ini di tumbuk halus...
1 sudu besar Sos ikan
1 sudu besar madu

Oleh kerana anak dara mak nih phobia pasal daun tak masak so mak tumis rencah dah gaul sayuran dan mangga dengan cepat balikan jerr...so dia happylah nak makan...hehehehhe

Resipi Kedua



Rendang daging simple jer nih...
300g daging pinang
2 sudu lada kisar
rempah rendang
bawang, halia, serai, bawang putih, kerisik mak blender jerr sekali harung
garam gula secukup rasa

Cara membuatnya tumis rencah sehinnga wangi letaklah bunga lawang dan kayu manis. Selepas itu masukan air dan daging serta susu (mak tak sempat beli santan...hihihi) masak sehingga naik minyaknya...


Resipi ketiga nih dah byk kali mak ulangi di blog mak nih.. so tak payahlah mak letak resipinya...yang ini sangat santai kerana dah almost time berbuka...hehehhehe

Wednesday, August 3, 2011

Scorching Heat ~ Iftar Day 1


Hari isnin adalah permulaan umat Islam sedunia berpuasa, tapi suami terpaksa bekerja...so masaklah ala~kadar untuk anak-anak. Sepulangan dari bertugas terkocoh masak kentang ball berkuah soup soto dan juga bubur lambuq kesukaan keluarga terchenta...

Kentang Ball
4 biji kentang USA (rebus dan lenyek, mudah empok enak rasanya)
daging cincang ikut sukahati
1 biji telur
garam dan serbuk lada sula secukup rasa
chopped spring onions
sedikit butter

Cara membuatnya saya masukan dan gaul segalanya dan masukan 30 minute di dalam esbok, supaya apabila sejuk mudah di kepal. Setelah di kepal, celurkan kedalam pukulan sebiji telur dan masukan kedalam oven selama 20 minutes at 180°C. setelah itu barulah saya sangar di atas non stick pan untuk mendapatkan kentang yang cantik...leceh? saya mmg suka buat kerja leceh ni...kerana saya tidak mahu kentang saya terburai...hehehehhe

Soupnya
Few slice chicken fillet, bawang besar dan bawang putih di hiris dan tumis sehingga wangi, masukan sedikit kayu manis dan 2 sudu rempah soup atau kurma. Pada saya tiada bezanya rempah soup dan kurma so saya mengunakan rempah kurma dan enak rasanya. Garam dan lada sula secukup rasa serta daun soup di cincang serta bawang gorengan


Oleh kerana ada belen nasi sahur yg telah mak simpan di dalam esbok, apa lagi buat buburlah kan mudah jerr. Elakkan dari membazir.

Bubur Lambuq
2 cawan nasi. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang dan kayu manis sehingga wangi. Masukan 2 sudu rempah kurma dan daging cincang serta tanak selama lebih sejam lamanya with air secukupnya. Garam dan serbuk lada sula secukup rasa. Tabur hirisan daup soup bawang dan bawang gorengan.

Seafood Al Fredo Macaroni Pasta ala Al Pacinolah...


Budak-budakkan kalau di layan makan suka jerr. Lagilah makanan kegemaran mereka. Dan sebagai seorang ibu Mak suka jerr melayan mereka. Yelah happy tengok anak suka makan.

Masakan ini adaptasi dari pastamania al fredo lah cikunun...hahahha kebetulan si bapa beli satay. So mak pergi kedai belilah sotong dan juga soup mushroom campbell sedap.... Anak-anak sungguh happy ...mak bapak mentelah lagi...hihihihi

Resipinya mudah sahaja...mmg mak suka yang mudah-mudah sahaja...

1/2 packet macaroni
1/4 packet of sphagetti
dua bahan di atas di rebuslah...rebus

Saucenya
1 small tin of Hunt Chunky Tomato
4 chopped garlics
1 tbsp of butter
1 cube stock chicken Knorr
seafood ~ calamari, prawn and clams
chopped parsley and spring onions... Don Din Don...

Tabur di atasnya cheese sesuka hati. Anak-anak mak suka shredded mozarella cheese and dash of pepper...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...