Wok The Talk...

Monday, August 9, 2010

Black Pepper Crab...


3 ekor ketam besar di potong dua
8 ulas bawang putih (cincang halus bawang-bawang itu)
2 biji bawang besar hiris
hirisan halia
3 sudu besar sos black pepper (Singlong)
2 sudu besar sos tiram
2 sutu besar kicap pekat manis
4 lada merah di hiris
Daun sop daun bawang di cincang halus
Bawang goreng

Setelah ketam di bersihkan dan di potong dua saya gaul ketam dengan sedikit kunyit dan garam goreng di dalam minyak yangg panas. Untuk beberapa minit sahaja dan saya toskan.

Minyak secukupnya dan tumis bawang putih sehingga garing dan naik baunya then masukan halia tadi. Masukkan sos2 tadi dan tumis dengan jayanya. Gaul dengan ketam sehingga sebati masukkan lada hirisan dan bawang hirisan serta daun sop dan bawang goreng...boleh di tambah dengan garam secukup rasa dan lada sula...

Mee Sop ala Dondang...


Ini adalah masakan yang paling malas pernah saya tempohi

Saya cuma tumis bawang besar bawang putih sehingga wangi, masukan cube knorr chicken stok sebiji. Cendawan, meat ball dan seaweed.

Nak makan tabur bawang goreng dan juga lada sulah...NYUM hot hot super hot berpeloh mamam!

Kuah Asam Rebus...


Kuah asam nih sebenarnya takyah tumis pun tapi kerana terlupa tertumis lepas tu chop chop tuwi cepat2 masukan air...hahahahahahhahah

Nobody is perfect so bolehlah damage control sikit...

Asam keping
Air asam secawan penoh
Lada kisar dua suduh jerr...
Sayuran ikut sukahati saya gunakan Ocra or Lady Fingers
Tomato
Kunyit
Dan ikan merah seekor kecik...

Caranya tersangat lah mudah celup jerr semua dalam periok...ikan, sayur, lada, air asam semua bahan tadi dan bubuh garam dan gula secukup rasa...kalau ada Nenas lagi sedap weii...selamat mencoba...

Lemak pucuk ubi berkeledek...


Ini masakan arwah ibu saya yang somi saya sungguh gemari...jikalau saya masak atau makan lauk nih maka akan meleleh lah airmata saya teringat arwah ibu saya...tapi lauk nih mmg sedap makan dengan ikan goreng, jengganan dan sambal belacen....aummmmm....


Resepinya

Pucuk Ubi di rebus sehingga empok bersama seketul keledek Jepun

Manakala kuahnya pula
sesudu besar udang kering
sesudu besar ikan bilis
(kedua bahan ini di rendam dahulu untuk membuang kotoran dan juga melembutkannya)
6 biji lada padi hijau dan 6 biji merah
Kunyit idop sebesar ibu jari
bawang besar dan bawang putih
belacan 1 inchi
di blender agak halus bahan di atas
Satu kotak kecil santan
Garam secukup rasa

Saya masak mesti letak belacan sebab saya rasa belacan adalah kemestian dalam masakan saya...

Saya tidak menumis saya rebus jerr bahan2 tadi sehingga didih saya masukan pucuk ubi yang saya dah rebus dan hiris halus dan potong kecil keledek. setelah semuanya larut dan mendidih baru saya masukan santan dan kecilkan api saya kacau sehingga masak.

Sambal Tumis Udang Petai bertempoyak...


Kalau saya masak saya jarang bersukat-sukatan sebenarnya saya masak jenis campak mencampak sahaja...tapi kerana ada blog masakan saya agak2 lah sukatannya camne kan...

Saya  pernah mengikuti rancangan tv masakan Chef Wan...dan saya agak agreelahkan dengan cara beliau menerangkan bahawa bila kita masak...secara tidak lansung kita selalu ubah suai kalau hanya ikut buku sahaja selalunya masakan kita kurang menjadi, akan tapi jika kita masak ikut suka hati selalunya menjadi...

Tulah cara kita bukan saya nak ckp saya masak serupa Chef Wan...tapi saya begitu juga kalau masak...saya jarang ikut cara dalam buku tapi saya selalu ikut citarasa sendiri yang hancai bocai...sukahati sayalah...jadilah pulak...hahahahahahaha

Sosek-sosek meh tgk resepi nih...

Udang besar 6 ekor
Saya blender sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
6 tangkai lada kering
kunyit sedikit
dan belacan secukup rasa

sedikit ikan bilis
8 ketulan petai saya belah dua
satu sudu kecil tempoyak
garamg dan gula secukup rasa...

Pertama saya goreng ikan bilis biar garing sedikit...then saya tumis semua bahan yg saya telah blender tadi dengan minyak dan sehingga bau harum then masukan udang, petai dan juga tempoyak...last garam gan gula secukup rasa....senang jerr...esok2 recipe saya pasti berubah lagi...ikut sukahatilah ya...hahahahahhaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...