Kuah sataynya pun simple sahaja. Kacang goreng di tumbuk, lada kisar, sedikit serbuk jintan ketumbar juga di masak selepas itu masukan dua sudu air asam dan garam gula seckup rasa. Masak sehingga pekat.
Wok The Talk...
-
Semalam mak bikin carrot cake tingin sangat nak bikin dan makan...so Mak gugle...Nigella punya carrot cake tapi dari BBC . Seperti biasa ka...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
Saturday, November 20, 2010
Satay Goreng
Kuah sataynya pun simple sahaja. Kacang goreng di tumbuk, lada kisar, sedikit serbuk jintan ketumbar juga di masak selepas itu masukan dua sudu air asam dan garam gula seckup rasa. Masak sehingga pekat.
Soup Ayam Lebur
Masak soup ayam pun nak macam ala ala soto. Ntah apalah tekak Mak Peah nih...suka sangat rasa rempah ratus tapi itu pun tengok mood lah juga...
Soup nih Mak Peah lebur jerr...apa makna lebur? tiada bertumis lansung dan tanpa minyak. Semuanya Mak Peah masukan sahaja tapi masak agaklah lamakan...anak Mak Peah nih suka ayam yang lembut dan hampir berderai dari kulit. Mak Peah pun suka begitu nak makan senang ngap jerlah...
Mak Peah nih juga kalau masak tak bape suka refer resepi sangat main campak-campak sahaja sebab malas nak ingat-ingatkan sangat...sebab selalu ikut resepi sangat selalu tak menjadi so ikut sukahati sahajalah...kwang kwang kwang....
Bahannya
8 keping kepak ayam di belah dua
1 inchi hirisan halia
3 hirisan bawang merah kecil
3 hirisan bawang putih
sedikit hirisan lengkuas
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah soto
1 batang serai di titik
1 kayu manis
Salt, white and coarse black pepper...
Seperti yang Mak Peah dah cerita tadi...Mak Peah masukan semua rencah dan ayam lebur jerr di dalam air yang agak byk sedikit kerana masakan ia lama nanti air pun akan berkurangan. Minyak yang tertera di gambar itu datangnya dari leburan ayam. Dah masak agak sejam gitu di api yang kecil Mak Peah masukanlah garam, white and black pepper secukup rasa bersama bawang goreng gan parsley...
Boleh di makan bersama mee, nasi atau nasi impit..ikut sukahati lah kan...YEAY!
Friday, November 19, 2010
Siput Sedut lemak sambal belachen
Carik akal nampak lah gunting potong ayam. Mula-mula steady juga potong bontot dan masuk ke 30 ekor siput jari dah mula melecet...Pak Sood Masih tido nak kejutkan tak sampai hati maklumlah kerja malam dah tu nak gi sholat jumaat pula...
Mak Peah tengok jerr siput tu merayap ala-ala marathon....kutip satu persatu masuk dalam periok...
Syukur alhamdullillah at 11am Pak Sood bangun dan mandi macam mak datin punyalah lama somi ku ini mandi. Setelah itu pantas ku bertanya...
Babah mana parang kontot Umie?.... hahahahahahhahahah babah dah gelak terkekekeke ketawakan Mak Peah..chehhhh......Umie ada ke parang kontot? Ehe adalah Umie taruk bawah sink tu...
Oh yang itu...hah hah apa dia pikir pulak ya?
Ishk kita nak cepat ada jerr idea songsang dia...Lalu Pak Sood pun keluarkanlah parang kontotku....dia kata dia sengaja semunyik takut ada perompak nak curikan parangnya...adehhhh adeke? Tak logic lansung!
Syukurlah maka dapatlah Mak Peah masak siput sedut-sedutan ini dengan senang hati dan gumbira ria....
Rencahnya mudah jerr. Anda pasti tau buat sambal belacan bukan?...HAH Mak Peah kalau buat sambal belachen banyak boleh di lumur buat lulur...hahahahhaa oklah serious..serious Mak Peah...
Cara buat lemak sambal belachen (1 kilo siput)
Segengam lada padi hijau dan merah
2 inchi belacan di goreng atau bakar
1 limau kasturi (di hiris halus sebelom blender)
1 paket kecil santan kara
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cube knorr ikan bilis
I batang serai di titik
Semua bahan di atas ini di tumbuk atau di blender sahaja. Tumis sambal belacan sehingga wangi masukan kunyit serbuk, cube ikan bilis knorr, serai dan masukan air. Bila kuah dah mendidih baru masukan siput yang telah di takik montotnya....setelah yakin masak masukan santan dan kacau rata sampai mendidih. Siap dan bolehlah membuat irama berchiong...chiooong layan siput sedutan!
Mee Goreng
Jika waktu sekolah waktu begini boleh lah Umie surf internet dengan penoh sukahati. Bersarapan pagi dengan babahnya dan boleh relax buat kerja rumah mengemas dan mengemop. Tapi jika cuti sekolah jadual jadi kelam kabut sedikit. Hampir setiap saat anak-anak kelaparan...hahahahahha kecoh...
Oklah resepi ini mudah dan campak-campak sahaja...
500g mee kuning
100g daging cincang
8 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong di potong
1 sudu besar lada kisar
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1 bawang besar di cincang
3 ulas bawang putih di cincang juga
garam lada sula secukup rasa
sayuran
Tumis bawang besar putih yang di cincang tadi dengan sedikit minyak. Masukan lada kisar tumis sehingga cantik, daging cincang dan air secukupnya. Setelah didih masukan tomato, cili sos serta sos tiram.
Setelah itu masukkan mee kuning udang dan sotong di gaul dan balik-balik sehingga masak...amin dah boleh makan.
Thursday, November 18, 2010
Rumah Hantu
| Hobart Penitentiary |
Abang Mak Peah ada empat orang...so kalau ada Funfare apalagi kita serbu. Dululahkan the best highlight dalam Funfare mesti lah rumah hantu...kalau rumah hantu tu boleh bikin kita menjerit kira power gila arr...
So far, jerit-jerit dalam rumah hantu memang best. Agak lama takde funfare yang mempunyai rumah hantu. Last masa Mak Peah pergi overseas kat negara omputih rumah hantu nih kira biasa lah mesti ada...paling best masa Mak Peah gi Hobart Tasmania ...situ bukan rumah hantu tipu...memang tempat tu berhantu pun...adalah Mak Peah jumpa hantu betul seketul dua masa Ghost Walk or Ghost Tour.
Masa tu Mak Peah tidaklah pikir apa-apa...mati-mati Mak Peah ingat ada pepper ghost efx ke atau orang berlakon maklumlah hari masih siang...kita pula dah terbiasa dengan special exf di tempat kerja...so Mak Peah tengok boleh senyum-senyum kagum lagi....sekali tu dah keluar dari Penitentiary tu Mak Peah ckplah dengan Tour guide...wah tabik arr efx ghost tu memang real arr orang kene tali gantung. Sungguh-sungguh Mak Peah puji cara dorang bikin efx tu...memang nampak real punya...
![]() |
| underground prison cell |
Chehhhhh terkejut berok pun ada...nak telan air ludah pun macam dah takleh nak telan dah... hahahahahhahahahaha... padan muka Mak Peah then di ketahui tiada siapa nampak melainkan Mak Peah seorang sahaja dan somi ku Pak Sood mula terkebil-kebil sahaja...
Apakah yang Mak Peah nampak? Sebenarnya Mak Peah terhenti di salah sebuat cold cell di bawah tanah...Mak Peah nampak seorang lelaki diri di atas bangku kayu lalu mengantungkan dirinya sendiri...selepas itu...sentapan dari tali gantung itu membuat matanya terkeluar dan lidahnya terjelir...yang agak membuat Mak Peah ingat mati-mati special efx pepper ghost kerana ianya seakan pilem hitam putih bukan kaler tau cuma bagaikan bayang-bayang sahaja seperti pepper ghost efx lah.... rupanya bukan pilem Amad nispu dah....hahahahahhahaha
Baiklah minggu yang lepas kat Kerja Pak Sood ada family day...makanya kami pergi sebab ada makan free. Then ada kawan kerja Pak Sood suwuh kita orang pergilah rumah hantu kat Bahagian Radio Station....punya lah excited lama tak merasa thrill....malangnya kami kene line up selama lebih sejam adoiiii...sakit otot. Walau bagaimanpun ianya bolehlah tahan...Mak Peah sertakan gambar-gambar hantu pakai mekap tersebut ya....gambar Hobart dan cell di atas nih Mak Peah ambil dari internet kerana malas nak scan gambar dalam simpanan....
So enjoy tengok hantu mediacorp ya...daripada lama tak jerit-jeritkan..ini pun boleh lepas gian juga....yehawwww!....hihihihi
![]() |
| hantu mekap tebal...hihihihi |
Subscribe to:
Posts (Atom)








