Wok The Talk...

Saturday, November 20, 2010

Satay Goreng


Ini satay goreng lagi. Yang ini santai sahaja Mak Peah gunakan bawang merah, bawang putih, halia serai dan kunyit sedikit blender gaul sama daging masukkan serbuk jintan ketumbar dan sedikit lada kisar perap seketika sahaja. Pabila mengoreng letaklah satu sudu besar gula dan sedikit air supaya dagingnya mudah empok...garam dan lada sulah secukup rasa.

Kuah sataynya pun simple sahaja. Kacang goreng di tumbuk, lada kisar, sedikit serbuk jintan ketumbar juga di masak selepas itu masukan dua sudu air asam dan garam gula seckup rasa. Masak sehingga pekat.

Soup Ayam Lebur


Masak soup ayam pun nak macam ala ala soto. Ntah apalah tekak Mak Peah nih...suka sangat rasa rempah ratus tapi itu pun tengok mood lah juga...

Soup nih Mak Peah lebur jerr...apa makna lebur? tiada bertumis lansung dan tanpa minyak. Semuanya Mak Peah masukan sahaja tapi masak agaklah lamakan...anak Mak Peah nih suka ayam yang lembut dan hampir berderai dari kulit. Mak Peah pun suka begitu nak makan senang ngap jerlah...

Mak Peah nih juga kalau masak tak bape suka refer resepi sangat main campak-campak sahaja sebab malas nak ingat-ingatkan sangat...sebab selalu ikut resepi sangat selalu tak menjadi so ikut sukahati sahajalah...kwang kwang kwang....

Bahannya
8 keping kepak ayam di belah dua
1 inchi hirisan halia
3 hirisan bawang merah kecil
3 hirisan bawang putih
sedikit hirisan lengkuas
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah soto
1 batang serai di titik
1 kayu manis

Salt, white and coarse black pepper...

Seperti yang Mak Peah dah cerita tadi...Mak Peah masukan semua rencah dan ayam lebur jerr di dalam air yang agak byk sedikit kerana masakan ia lama nanti air pun akan berkurangan. Minyak yang tertera di gambar itu datangnya dari leburan ayam. Dah masak agak sejam gitu di api yang kecil Mak Peah masukanlah garam, white and black pepper secukup rasa bersama bawang goreng gan parsley...

Boleh di makan bersama mee, nasi atau nasi impit..ikut sukahati lah kan...YEAY!

Friday, November 19, 2010

Siput Sedut lemak sambal belachen


Adeh nak gelak pun ada. Yelah dari tadi pagi lagi dok mencari parang kontot...chek sana chek sini tarak arr...abih sekilo siput nih takkan Mak Peah nak gigit montotnya kan kan?...kang sesia masak takleh nak menyedut...

Carik akal nampak lah gunting potong ayam. Mula-mula steady juga potong bontot dan masuk ke 30 ekor siput jari dah mula melecet...Pak Sood Masih tido nak kejutkan tak sampai hati maklumlah kerja malam dah tu nak gi sholat jumaat pula...

Mak Peah tengok jerr siput tu merayap ala-ala marathon....kutip satu persatu masuk dalam periok...

Syukur alhamdullillah at 11am Pak Sood bangun dan mandi macam mak datin punyalah lama somi ku ini mandi. Setelah itu pantas ku bertanya...

Babah mana parang kontot Umie?.... hahahahahahhahahah babah dah gelak terkekekeke ketawakan Mak Peah..chehhhh......Umie ada ke parang kontot? Ehe adalah Umie taruk bawah sink tu...
Oh yang itu...hah hah apa dia pikir pulak ya?

Ishk kita nak cepat ada jerr idea songsang dia...Lalu Pak Sood pun keluarkanlah parang kontotku....dia kata dia sengaja semunyik takut ada perompak nak curikan parangnya...adehhhh adeke? Tak logic lansung!

Syukurlah maka dapatlah Mak Peah masak siput sedut-sedutan ini dengan senang hati dan gumbira ria....

Rencahnya mudah jerr. Anda pasti tau buat sambal belacan bukan?...HAH Mak Peah kalau buat sambal belachen banyak boleh di lumur buat lulur...hahahahhaa oklah serious..serious Mak Peah...

Cara buat lemak sambal belachen (1 kilo siput)
Segengam lada padi hijau dan merah
2 inchi belacan di goreng atau bakar
1 limau kasturi (di hiris halus sebelom blender)
1 paket kecil santan kara
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cube knorr ikan bilis
I batang serai di titik

Semua bahan di atas ini di tumbuk atau di blender sahaja. Tumis sambal belacan sehingga wangi masukan kunyit serbuk, cube ikan bilis knorr, serai dan masukan air. Bila kuah dah mendidih baru masukan siput yang telah di takik montotnya....setelah yakin masak masukan santan dan kacau rata sampai mendidih. Siap dan bolehlah membuat irama berchiong...chiooong layan siput sedutan!

Mee Goreng


Seperti biasa sarapan pagi kali ini bertemankan mee goreng. Terus terang jika cuti sekolah para ibu lebih sibuk dari biasa. Anak-anak bagaikan kicauan burung tiong...chit chit chit....Umie lapar! Umie masak apa?...

Jika waktu sekolah waktu begini boleh lah Umie surf internet dengan penoh sukahati. Bersarapan pagi dengan babahnya dan boleh relax buat kerja rumah mengemas dan mengemop. Tapi jika cuti sekolah jadual jadi kelam kabut sedikit. Hampir setiap saat anak-anak kelaparan...hahahahahha kecoh...

Oklah resepi ini mudah dan campak-campak sahaja...

500g mee kuning
100g daging cincang
8 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong di potong
1 sudu besar lada kisar
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1 bawang besar di cincang
3 ulas bawang putih di cincang juga
garam lada sula secukup rasa
sayuran

Tumis bawang besar putih yang di cincang tadi dengan sedikit minyak. Masukan lada kisar tumis sehingga cantik, daging cincang dan air secukupnya. Setelah didih masukan tomato, cili sos serta sos tiram.

Setelah itu masukkan mee kuning udang dan sotong di gaul dan balik-balik sehingga masak...amin dah boleh makan.

Thursday, November 18, 2010

Rumah Hantu

Hobart Penitentiary
Hah kali ini nak lari dari tajuk lah...asyik entry masak jerr...apakata kita bercerita mengenai rumah hantu. Seingat Mak Peahlah dari Mak Peah kecik pun sungguh suka masuk rumah hantu bila ada Funfare.

Abang Mak Peah ada empat orang...so kalau ada Funfare apalagi kita serbu. Dululahkan the best highlight dalam Funfare mesti lah rumah hantu...kalau rumah hantu tu boleh bikin kita menjerit kira power gila arr...

So far, jerit-jerit dalam rumah hantu memang best. Agak lama takde funfare yang mempunyai rumah hantu. Last masa Mak Peah pergi overseas kat negara omputih rumah hantu nih kira biasa lah mesti ada...paling best masa Mak Peah gi Hobart Tasmania ...situ bukan rumah hantu tipu...memang tempat tu berhantu pun...adalah Mak Peah jumpa hantu betul seketul dua masa Ghost Walk or Ghost Tour.

Masa tu Mak Peah tidaklah pikir apa-apa...mati-mati Mak Peah ingat ada pepper ghost efx ke atau orang berlakon maklumlah hari masih siang...kita pula dah terbiasa dengan special exf di tempat kerja...so Mak Peah tengok boleh senyum-senyum kagum lagi....sekali tu dah keluar dari Penitentiary tu Mak Peah ckplah dengan Tour guide...wah tabik arr efx ghost tu memang real arr orang kene tali gantung. Sungguh-sungguh Mak Peah puji cara dorang bikin efx tu...memang nampak real punya...

underground prison cell
...sekali tu kata Tour Guide, efx apa yang Mak Peah maksudkan?...dia kata takde efx lansung dalam Penitentiary tu, so apa yang Mak Peah nampak tu mungkin memang hantu betul buat re-enactment apa yang pernah berlaku kat situ dulu...

Chehhhhh terkejut berok pun ada...nak telan air ludah pun macam dah takleh nak telan dah... hahahahahhahahahaha... padan muka Mak Peah then di ketahui tiada siapa nampak melainkan Mak Peah seorang sahaja dan somi ku Pak Sood mula terkebil-kebil sahaja...

Apakah yang Mak Peah nampak? Sebenarnya Mak Peah terhenti di salah sebuat cold cell di bawah tanah...Mak Peah nampak seorang lelaki diri di atas bangku kayu lalu mengantungkan dirinya sendiri...selepas itu...sentapan dari tali gantung itu membuat matanya terkeluar dan lidahnya terjelir...yang agak membuat Mak Peah ingat mati-mati special efx pepper ghost kerana ianya seakan pilem hitam putih bukan kaler tau cuma bagaikan bayang-bayang sahaja seperti pepper ghost efx lah.... rupanya bukan pilem Amad nispu dah....hahahahahhahaha

Baiklah minggu yang lepas kat Kerja Pak Sood ada family day...makanya kami pergi sebab ada makan free. Then ada kawan kerja Pak Sood suwuh kita orang pergilah rumah hantu kat Bahagian Radio Station....punya lah excited lama tak merasa thrill....malangnya kami kene line up selama lebih sejam adoiiii...sakit otot. Walau bagaimanpun ianya bolehlah tahan...Mak Peah sertakan gambar-gambar hantu pakai mekap tersebut ya....gambar Hobart dan cell di atas nih Mak Peah ambil dari internet kerana malas nak scan gambar dalam simpanan....

So enjoy tengok hantu mediacorp ya...daripada lama tak jerit-jeritkan..ini pun boleh lepas gian juga....yehawwww!....hihihihi

hantu mekap tebal...hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...