Wok The Talk...

Sunday, March 6, 2011

Hor Fun

Semalam masa buat choc cake, leka sangat takut tak jadi sampai terlupa main dish for dinner nak makan apa anak-anak dan somi den nih? Kelam kabut sekejap terputar-putar badan nak mikir secara spontan. So anak dara kata Hor Fun mommi nak kuah punya occay!... hah Hor Fun stock kway teow mommi ada halus lah sayang... takpelah adek nak juga!

Cubit karang dak nih... dia nih kan kalau nak sesuatu nak juga sib baik ada stock kalau tak dah memanchooooor mak ke kedai mujurlah kedai tu sejenkal jerr gan rumah mak nih... tapi malam dah tutup lah hahahahhahaha...

bahan-bahannya
500g Kway Teow (lebih lebar lebih cantiklah kan)
200g udang
5 garlic chopped
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin (cair)
sedikit sayuran we use kailan sebab sedap dan ranggup
2 sudu besar tepung cornflour di larut di dalam 2/3 air di dalam gelas
garam dan lada sula
black pepper secukup rasa.
daun soup daun bawang

Secepat kilat Mak tukar uniform superwomen! Lalu Mak pun mengulai tumis seperti biasa bawang dan udang masukan sos2 tadi dan larutan cornflour garam dan segalanya secukup rasa. Jangan lupa pula sayurnya tadi... potong lada merah juga ada lada hijau jeruk bercuka aduhai nikmatnya tak terhingga tapi takde pula... make do with hirisan lada merah sahaja...

Chocolate Moist Cake


Overlah kan cake Mak! hahahahha Mak suka sgt cake Mak menjadi dengan jayanya sungguh moist dan sangat sedap!... Inilah pertama kali selain dari carrot cake, cheese cake... inilah cake yang sgt mak berpuashati... terimakseh kerana tuannya sudi share resipi best ini di laman Myresipi.com. Terimakaseh sekali lagi Puan Hana semoga mendapat keberkatan menolong orang seperti kami yang baru belajar buat cake.

Puan Hana saya nak minta kebenaran nak copy paste resipi di sini untuk saya refer balik terimakaseh...

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten
(saya mengunakan serbuk cocoa serbuk yg di beli di Phoon Huat)
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak 
essence vanila

TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

Cara-cara
Pukul telur, gula dan butter sampai kembang mengunakan mixer (jika ada). Masukan esen vanila. Tepung di ayak bersama serbuk koko dan baking powder. Masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan fold over. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati.

Loyang dilengser terlebih dahulu dengan butter. Masukan ke dalam kukusan dan tutup loyang dengan aluminium foil. Cake di kukus selama 45 min - 1 jam. Apabila masak sejukkan.

Topping: Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. Di curahkan keatas cake yang telah di sejukan. Hiasi cake anda dengan sukahati. Jika inginkan cake lebih anjal masukan ke dalam peti ais buat seketika sebelom memotong dan memakannya...


SubhanAllah memang enak sangat. Thumbs Up Enak!

Ayuuuuuuuuu! I dah mula naik Syehhh buat cake lah yang! hahahahhahaha...

Friday, March 4, 2011

Popiah Sambal


Popiah sambal nih Mak main agak-agak sahaja tapi menjadilah. Dapat idea nak bikin popiah ini untuk kelas mengaji di rumah Mak, apabila terjumpa dan beli di pasar malam. Masa tu makan pejam mata untuk merasa apakah rencah yang di gunakan dan popiah ini tiada berinti tapi bersirah sambal sahaja...

Dalam mak dok pejam mata sambil mengunyah tu...dapat lah agak apakah rencah yang di gunakan, yakni Sambal lah...hihihihihihi. Maklumlah arwah ibu kita nih dulu jualan kerepek pedas nak menyekolahkan kita kan. So teringat lah arwah ibu seorang yang tak lokek letak ikan bilis dan udang kering kisar... so jadikan ianya bahan mejik! Alhamdullilah Enak!


Ingredients
2 bungkus kulit popiah size kecil
segengam lada kering
(yang telah di rebus terlebih dahulu buangkan kotoran)
sedikit kunyit hidup
1 bawang besar
3 bawang putih
2 sudu besar rendaman udang kering dan ikan bilis
sedikit air asam
blender all the above ingredients tau
garam sikit tapi gula lebih dan keranggupan akan lebih terjamin

Tumis lada dan bahan2 di atas nih sehingga hampir pekat lalu tutup api masukan popiah dan sirah rata!

Jika inginkan kerangupan yang lebih sempurna masukan dalam microwave for another 1-2 minutes insyaAllah keranggupan akan lebih terserlah!

selamat mencoba!

Thursday, March 3, 2011

Mee Rebus Simple


Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak mintak tapi agak mustahil. Yaitu Mak nak sangat makan buah delima (promegranate) jiran Cina Mak yang berikat reben merah di pokok buluh semambo dia.

Sehingga Mak tanya dia "this fruit can be eaten or not?". Kerana dia kasihan gan Mak dia kata "This one for praying you cannot eat. I find for you occay?". Tapi bila dia dah belikan Mak tak makan... shhh jangan bagitahu dia... sebab mak tetap nak Buah Delima dia yang pakai reben merah yang kat pokok buluh dia juga.. hahahahahahha

Bila anak dara Mak lahir subhanAllah putih melepak kemerahan bagaikan promegranate! Sekali dah besar cam anak koling pulak asyik swimming gan net ball jer hailah anak pompuan sekor nih active sungguh!

Ok..ok Mak teringin makan mee rebus tapi Mak takde bahan sgt sebab bape hari Mak semfutt (asthma) so mak bikinlah yang simple ini... Alhamdullillah somi dan anak-anak Mak sungguh suka.. mungkin kids punya taste bud tak cam orang dewasa yang terlalu complex... So mak nak catit kat sini mudah Mak masak lagi esok lusa...

Ingredients
1/2 kg Mee kuning
2 kentang rebus
(di lenyek kalau dapat keledek lagi best!)
20 sen taugeh
(sini memang taugeh murah 20 or 30sen sahaja)
A piece of Chicken thigh thinly sliced
(tetelan takde dlm esbok, jikalau ada alangkah nikmatnya donia Mak)
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar tepung jagung
(di larut bersama air dahulu sebelom di masukan kedalam kuah)
2 asam keping
(Somi den tak suka letak tauchu)
satu tangkai serai di titik
garam, gula dan lada sula secukup rasa
daun soup daun bawang
bawang goreng

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar udang kering
(di rendam terlebih dahulu)
5 tangkai lada merah
(Mak malas nak rebus lada kering)
sedikit kunyit hidup

Mak tumis bahan kisar dan rempah kari serta serai di dalam minyak yang sedikit jerr untuk menaikkan baunya. Masukan hirisan ayam tadi melunakkan rasa... kalau ada tetelan aduhai lebih nikmat terasa dengan lemak-lemak pejalnya itu! Nevermind next time lah kan...kecir pulak air liur mak nih... hahahahhha.

Lepas tu masukan air dan kentang lenyek, garam gula lada sula secukup rasa masaklah sehingga didih baru masukan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.

Dah siap kuahnya, rebus mee kuning gan taugeh, hidang bersama hirisan lada bawang goreng serta limau kasturi dan juga telur rebus!... another stoli... Mak takde stock limau kasturi tapi letak jerr lah lemon. Nak lagi sedap letaklah kicap ABC atau cap kipas udang FUYOssssss! NYUM!

Mak buat bagedil kentang daging kisar yang simple. Rebus kentang sehingga empok, lenyekan sehingga best with a little bit of butter, lada sula, garam, daun sop cincang add sedikit telur jangan lupa daging cincangnya ikut sukahatilahkan... tapi Mak suka many-many. Setelah di kepal-kepal celup gan pukulan sebiji telur dan goreng! Nikmat Donia!

Selamat mencoba!

Tuesday, March 1, 2011

Grilled Sotong


Jikalau nak makan sotong sedap kat luar sana... rasanya tidak berbaloi lah mahalnya kemain. Rasanya pun ntah hapa-hapa sangat.

Sotong besar nih saya beli baru berharga $6 dollar sahaja sebanyak 3 ekor. Besar-besar pulak tu..nih pinggan makan nih penoh dan isinya mampat segar. Saya nih ada alahan sotong sedikit bukan penyakit gatal-gatal tapi boleh trigger my asthma... dunnolah why jika ada telur nya lagilah kusss mangat enak di makan. Tapi tulah makan secara ala kadar sahaja.

Anak-anak dan suami saya memanglah hantu sotong nih...

Lagilah kalau di grilled bersama 2 tablespoon of black sweet sauce, 3 garlic finely chopped, 2 spoon chili paste, 1 tablespoon oyster sauce, salt and pepper secukup rasa. Marinate about 30 minutes before grilling...

SubhanAllah memang enak dia makan panas-panas.

Sotong seperti yang kita tahu janganlah masak lama sangat kene tahu agak jika tidak akan menjadi rubbery so kalau yang pakai gigi pelesu tu aniaya melekat susah nak tanggal kang... hihihihi gurau jerr...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...