Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Thursday, March 3, 2011
Mee Rebus Simple
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak mintak tapi agak mustahil. Yaitu Mak nak sangat makan buah delima (promegranate) jiran Cina Mak yang berikat reben merah di pokok buluh semambo dia.
Sehingga Mak tanya dia "this fruit can be eaten or not?". Kerana dia kasihan gan Mak dia kata "This one for praying you cannot eat. I find for you occay?". Tapi bila dia dah belikan Mak tak makan... shhh jangan bagitahu dia... sebab mak tetap nak Buah Delima dia yang pakai reben merah yang kat pokok buluh dia juga.. hahahahahahha
Bila anak dara Mak lahir subhanAllah putih melepak kemerahan bagaikan promegranate! Sekali dah besar cam anak koling pulak asyik swimming gan net ball jer hailah anak pompuan sekor nih active sungguh!
Ok..ok Mak teringin makan mee rebus tapi Mak takde bahan sgt sebab bape hari Mak semfutt (asthma) so mak bikinlah yang simple ini... Alhamdullillah somi dan anak-anak Mak sungguh suka.. mungkin kids punya taste bud tak cam orang dewasa yang terlalu complex... So mak nak catit kat sini mudah Mak masak lagi esok lusa...
Ingredients
1/2 kg Mee kuning
2 kentang rebus
(di lenyek kalau dapat keledek lagi best!)
20 sen taugeh
(sini memang taugeh murah 20 or 30sen sahaja)
A piece of Chicken thigh thinly sliced
(tetelan takde dlm esbok, jikalau ada alangkah nikmatnya donia Mak)
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar tepung jagung
(di larut bersama air dahulu sebelom di masukan kedalam kuah)
2 asam keping
(Somi den tak suka letak tauchu)
satu tangkai serai di titik
garam, gula dan lada sula secukup rasa
daun soup daun bawang
bawang goreng
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar udang kering
(di rendam terlebih dahulu)
5 tangkai lada merah
(Mak malas nak rebus lada kering)
sedikit kunyit hidup
Mak tumis bahan kisar dan rempah kari serta serai di dalam minyak yang sedikit jerr untuk menaikkan baunya. Masukan hirisan ayam tadi melunakkan rasa... kalau ada tetelan aduhai lebih nikmat terasa dengan lemak-lemak pejalnya itu! Nevermind next time lah kan...kecir pulak air liur mak nih... hahahahhha.
Lepas tu masukan air dan kentang lenyek, garam gula lada sula secukup rasa masaklah sehingga didih baru masukan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
Dah siap kuahnya, rebus mee kuning gan taugeh, hidang bersama hirisan lada bawang goreng serta limau kasturi dan juga telur rebus!... another stoli... Mak takde stock limau kasturi tapi letak jerr lah lemon. Nak lagi sedap letaklah kicap ABC atau cap kipas udang FUYOssssss! NYUM!
Mak buat bagedil kentang daging kisar yang simple. Rebus kentang sehingga empok, lenyekan sehingga best with a little bit of butter, lada sula, garam, daun sop cincang add sedikit telur jangan lupa daging cincangnya ikut sukahatilahkan... tapi Mak suka many-many. Setelah di kepal-kepal celup gan pukulan sebiji telur dan goreng! Nikmat Donia!
Selamat mencoba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhuhuhu ringkas2 pun complex juwer.. tak leh tahan tgk gmbr.. saturday or sunday musti mee rebus ayorkk..
ReplyDeletep/s: k.gee nih penggoda tui taw haahhahhahahha
mak, sedapnya mee rebus mak ni...terliur dh saya dibuatnya....suka la mee kuah ni simple pun sodap...:)
ReplyDeleteGee tulah ingt simple sebab campak2 jerr tetiba bila tulis blog penat pulak hahahhahahahaaha
ReplyDeleteNieza mak pun suka mee rebus simple nih tau tak pikiran mak nak menyiapkan hehehehhe
Cilok resepi utk mkn tghari..sedapnya..
ReplyDelete