Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Saturday, March 19, 2011
Ayam Goreng Jintan Ketumbar
Semenjak Mak tukar obat semput Mak nih ke pedrisolone...alhamdullillah Mak cergas semacam maklumlah orang asthma seperti Mak nih banyak alahannya seperti pertukaran cuaca, alergic to habuk, permakanan dan juga Mak mempunyai metabolism yang cukup tinggi... mak kuat makan dan Mak kuat membuang. My son selalu komplen kerana 5 -10 minutes after meal mak dah kelam kabut uwahahahahahahahaha...
"Umie you wasted all the good food, so fast you depleted all"...uwahahahahahhaha....tapi alhamdullillah Mak sehat jerr... cuma kurang oxygen jerr selalu kerana alergic to dust dan tak tahan sejuk!
Oklah bercerita pulak hahahha mari kita makan ayam goreng...lama Mak tak goreng ayam sebab anak-anak mak nih tak bape suka Ayam Goreng... tapi yang ini mereka suka sgt...
Ini resipi asal my kakak ipar. Masa kenduri tahlil ituhari dia kasi resipi ini. Ayam ini di makan masa panas sedap sekali...
Resipinya
6 keping kepak ayam di belah dua
1-2 biji telur
3 sudu tepung beras
1 sudu kecil jintan dan ketumbar yang telah di tumbuk halus
1 sudu besar curry powder
daun kari ikut sukahati
garam dan pepper secukup rasa
Semua bahan ini di gaul dan di perap di dalam esbok selama 30 minutes atau lebih barulah di goreng di atas api yang sederhana...
Trick saya apabila menghendaki ayam yang lebih empok, juicier dan cepat masak tanpa menunggu lama apabila mengoreng sehingga adakala boleh mengakibatkan hampir hangus adalah saya selalu merebus ayam saya dahulu, barulah saya perap bersama rencah dan bahan perapan...
Selamat Mencoba Pastinya Syiok!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment