Wok The Talk...

Thursday, October 14, 2010

Salmon Garlic Butter Sauce

Kita sebagai manusia yang beragama Islam wajib memahami konsep dan tata cara makan mengikut ajaran Islam.

Umumnya memasak adalah tugas dan makan adalah keperluan hidup. 
Manusia bekerja mencari rezeki demi mencari sesuap rezeki. 
Memasak untuk keluarga merupakan satu ibadah. 

Makan yang banyak dan berlebihan boleh mengakibatkan kemudaratan.

Berlebihan merupakan budaya yang tidak disukai Allah. Sebagaimana yang disinggung dalam Alquran, yang artinya:“ Dan Janganlah kamu sekalian berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.“(QS. Al-An’am/6:141)
Dan Mubazir adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam islam, bahkan diidentikkan sebagai saudara setan. Sebagaimana firman Allah yang Artinya : 
Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan. (QS: Al-Isra/17:26-27)
Kalau kita dilarang berlebihan, maka seharusnya pula kita makan dan minum menurut kadar cukup. Rasulullah mengisyaratkan dalam sebuah sabdanya: 
‘’ Tidak ada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap makanan saja, asal dapat menegakkan tulang rusuknya. Tetapi bila ia terpaksa melakukannya, maka hendaklah sepertiga ( dari perutnya itu) diisi dengan makanan, sepertiganya dengan minuman dan sepertiganya lagi dengan nafasnya (udara, dikosongkan)” (HR. Imam Ahmad dan Turmudzi).


Baiklah  saya nak share resepi mudah Salmon Garlic Butter Sauce ini.

200gm Salmon
1 peeled onion and diced
3 cloves of garlic minced
1 tbsp of butter
1/2 tbsp mustard
1tbsp sour cream or yogurt
lemon juices
parsley
black pepper and salt

Grilled Salmon in the skillet. Saute onion and garlic with butter for a while. Add the rest ingredients. Shimmered till its thickened and Serve. 
Sprinkle a bit of garlic salt and pepper on them to taste.

...hailah takde masa bz sangat memasak setiap masa pegang senduk dan kuali demi somi dan anak2 terchenta...I bz sgt u know!

Wednesday, October 13, 2010

You Are What You Eat!...


Anda adalah apa yang anda makan Waspadalah! DANGER!


Jikalau kita sayang diri kita, anak-anak serta suami kita janganlah kita bikin anak kita macam gambar di atas ini. Kasihankan.

Ibu  memainkan peranan penting dalam membina minda, disiplin, mendidik dan juga menyediakan bekalan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak.

Anak-anak mengikut apa sahaja orang tua makan. Mereka menurut...esok lusa kembang semangkuk cam belonkan susah. Salah seorang student saya dalam usia 15 tahun telah mengalami stroke kerana berat badan dan pemakanan yang kurang sehat. High cholestrol yang sangat tinggi dan mengalami diabetes. Terlalu muda untuk menghadapi itu semua.

Bak kata Arwah mak saya biar mereka menangis jangan mak bapak menangis.

Makan tu berpada-padalah...nak makan silakan tiada siapa yang larang. Tapi agak-agaklah kan.
Rasulullah SAW bersabda; “Tidak akan bergeser dua telapak kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai dia ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang umurnya kemana dihabiskannya, tentang ilmunya bagaimana dia mengamalkannya, tentang hartanya; dari mana diperolehnya dan ke mana dibelanjakannya, serta tentang tubuhnya untuk apa digunakannya”. (HR at-Tirmidzi (no. 2417), ad-Daarimi (no. 537), dan Abu Ya’la (no. 7434), dishahihkan oleh at-Tirmidzi.) 
Ada yang suka salahkan keturunan. Keturunan tidak bersalah yang salah empunyan diri sendiri. So sebelom terlambat berusahalah jauhi dari menghadapi saat sukar. Bertangung jawab ke atas diri anda dan juga keluarga anda yang di kasihi.

Sekian

Hari nih saya masak ikan bakar dan air asam serta sayur rebus untuk somi terchenta...bende tu semua tak memerlukan resepi harap maklum...hihihihihi

Pot pet pot pet jang lupa exercise taiji ke loktang ke asal exercise YEAY!

Kway Teow Goreng...


Hah Kway Teow nih kat Temasek semua orang tahu nak buat. Tapi to my Malaysian frens this is for you.

1/2 kilo kway teow kasar
200gm taugeh
300gm udang besar

2 tbsp udang kering di rendam seketika (di tumbuk kasar)
1 bawang besar hiris
6 ulas bawang putih di cincang
2 sudu lada kisar
sedikit belacan
3 tbs dark sweet sauce
1 tbs kicap cair
1/3 cup air asam
Optional kerang
Lada sula dan black pepper serta garam secukup rasa

Senang jerr bawang putih yang di cincang di tumis sehingga wangi. Masukan semua bahan di atas tumis lagi selepas tu masukan udang masak seketika. Masukan Kway Teow tadi last apabila semua telah sebati baru letakkan kerang yang telah di buang kulitnya. Masak sehingga rata dan taburkan bawang goreng lada sula dan black pepper secukup rasa.

Ada orang tak boleh makan kerang setengah masak nanti boleh cirit-birit. Lagipun memang tidak di galakan sangatlah makan kerang setengah masak nih nanti kene Hepatitis B pulak nauzubillah.

Pesanan Penaja: Makan ikut hati mati Makan ikut rasa binasa Makan free yang paling best! hehehehehehhe

Baked Cheese Macaroni

Hidup harus relax. Bila angin malas menerja makanan pun mesti relax. Saya namakan masakan ini Macaroni Relaxing sebab ianya cukup santai.

Macaroni di rebus. Saya mengunakan half of Nestle Cream cook with 50g butter di masak dengan api yang kecil. 1/2 cup Susu dan garam and black pepper secukup rasa. Boleh di masukkan sausages atau daging cincang. Lots of Parmesan cheese. Baked at 180 Celcius  for 20 minutes.

Kadangkala bila kita terlalu tensen pun akan mendapat penyakit kronik. Kita janganlah mudah berprasangka buruk terhadap sesama manusia di tegah oleh agama dan juga kehidupan bakal mengalami genjatan maka akan terjadinya alahan dan juga kepocotan jantung.

So kesimpulannya hidup harus Santai dan RELAX....hihihihi (sebenarnya ini adalah masakan yang sgt malas dari saya...arghhhh lepas nih makan roti jerlah...)

Monday, October 11, 2010

Kepala Lutut Kambing Masak Merah...


Banyak saya ambek resepi dari sorang perseorangan. Saya coba saya try. Terimakaseh kepada kekawan yang dengan iklhas dan bermurah hati bagi resepi kat saya.

Seperti biasa saya akan menokok tambah...maka jadilah resepi ini.

SEDAP ke? Somi saya kata sedap mungkin dia takut dengan saya. HAHAHAHA!

Takpelahkan resepi ini adalah pertama kali saya masak banyak sampai 6 kilo. Selalu sekilo jerr so sesape bolehlah adjust apa-apa yang patut ya.

4 biji bawang besar
5 biji bwang kecil
6 ulas bawang putih
3 inchi halia
semangkuk kecil udang kering ( semua di atas di belnder halus
5 sudu besar rempah kurma
segengam cili kering di kisar
cinnamon stick and all tu dlm sepeket jerr (maaf saya lupa apa naa mende ala tu)

6 kilo kepala lutut kambing (tulang dah)
1 botol kecil Tomato Sos
1 botol kecil Chili Sos jenama maggie
Garam dan sebuk lada sula secukup rasa

Minyak untuk menumis semua bahan tersebut sampai wangi.

Terlebih dahulu rebuslah kepala lutut kambing tu dengan sempurna. Mak saya ajar nak lembut masukan satu sudu besi jgn pulak pelastik aniaya tau. Saya rebus selama 3-4 jam. Airnya jangan lah buang boleh buat mandi...hahahahha tak lah bikin sama itu soup lahkan...hehehhe

Dah tumis semua bahan di atas sehingga cantik menawan barulah masukan tulang menulang dan air rebusan tulang tersebut masak di atas api yang kecil selama sejam sehingga kuahnya pekat dan ianya larut serta sebati.

Lepas tu boleh pakai apron dan kokang sama itu kepala lutut kambing OUCH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...