Wok The Talk...

Tuesday, January 25, 2011

Grilled Fish & Chips...


Masakan ulangan...Grilled Fish lagi budak-budak begitu kalau dah sedap minta lagi. Ibu  nih pun buatlah lagi...sampai lah deorang tu dah mula jelak tak minta lah lagi....tukarlah pulak kemenu lain....begitulah seterusnya...

Kali ini cuma tambah tu bake potato with cream cheese....hah budak2 tersangatlah suka bake potato tu...

Mak nih semua nak cepat sebab Mak bukan jenis masak then simpan. Apabila nak makan baru mak terkocoh masak habis cuci semua simpan...so makan panas-panas terus makan tulah pesyen Mak nih...

My kakak-kakak mmg tak sanggup dengan cara Mak...but what to do that's the way I do things. So makanya Mak nak cepat mak rebus lah potato tu..nih potato kampung lambat sikit nak empuk...kalau potato US tu waduh cepat banget...Mak rebus selama 30 minutes lepas tu Mak masukan dalam oven selama 15 minutes...hahahahahahahahahha mudahkan...ala playchet jerlah sikit sama jerr...rasanya..

Belilah Creme cheese tu bubuh salt, pepper and parsley with bits of butters NYUM!

Sunday, January 23, 2011

Roti Simple Banget!...


Gunakan 1 paket yeast kering, 2 cawan tepung gandum air secukupnya dan sedikit garam ...Mak tak uli pun kacau sahaja dan tepung mak agak lembek tapi Memang begitu lah cara Mak.

Adunan di perap selama 30 minutes. Lalu Mak keluarkan dan golek-golekkan dalam tepung kering supaya tidak melekat bila di angkat then masukan dalam loyang bulat bakar...sambil buat belahan di atasnya dengan pisau...bake for 30 minutes at 220ÂșC.

Anak-anak Mak dan somi memang suka Roti simple cam gini. Roti nih kami makan buat breakfast... makan cecah kari ayam dan sambal ikan bilis belen.

Anak dara Mak petik gambar dengan peanut butter dan jamnya...di pesan jgn lupa post gambar adek punya ya Umie...hahahahahha post jgn tak post kang ngamuk dan merajuk pula...


Black Pepper Pasta


CarboHydrate Diets? ...oh we love carbo....kami adalah pencinta nasi dan pasta serta roti...tanpa ini hidup kami tidak ceria...saya tidak boleh imagine hidup tanpa makan nasi...nasi gan ikan kering pun lagilah laju...inikan pula nak berdiet? Ya Ampun menangis wooooo....

Jadi ibu nih memang tak bleh nak komplen penat....semua para ibu jadi tukang masak, kemas dan uruskan segala urusan rumahtangga...biasa jer tu...kalau anak-anak dan somi nak makan sensiang saya dah tanya...nak makan apa semua?...Nanti seboklah dorang discuss so kerja I masakkan ajerlah kan...I nih kan 'butler' hahahahahhahahahah... everybody loves mom's cooking...dah terbiasa.

Babah love pasta so does the kids....saya suka kalau masak pasta nih sebab it's a one dish meal.

Resipi santai
half a packet of linguine
2 chickent fillet sliced
5 big shiitake mushroom sliced
5 garlics chopped
1 big onions chopped
olive oil
2 tablespoon black pepper sauce (singlong)
Salt and white pepper

Bring the water to hard boil then add linguine with a bit of salt and olive oil. Cut the chickenbreasts (fillet) and Shiitake Mushrooms into strips. Saute onion, garlic in olive oil stir till it softened. Add chicken and Shiitake mushroom cook for about 5 minutes, then add in black pepper sauce stir-fry for another few minutes before add on the linguine and cook for another 5 more minutes.

Serve and eat while it's still warm.

P.S.I Love You : Semua orang pun pandai masak...cuma pilihan memasing nak buat blog ke tidak?...Ada yang suka ada yang tidak...tidak menjadi hal jika anda juga ingin buat blog...bila sosak-sosak boleh juga kita berkongsi ilmu ...mungkin blog ini bukan untuk anda tapi mungkin orang lain.


Lomo-ish Efx

photoshop efx

picnik efx

The difference between these two pictures not really that much, but again with photoshop there is a curve function which help brightened up some part of the photograph. 

Don't worry, Adobe Photoshop for those who have the software and Picnik, a free web-based for all out there who love to try more effects.

Saturday, January 22, 2011

Crumbed Prawns


Bila Mak keluarkan udang dari esbok...

'Abg nak buttered prawn!'...tapi Quaker oats instant Umie dah habislah nak...abg pergi kedai?...oiii dah muncung...

'Apa-apa pun bolehlah' oiiit dah merajuk lah tu....Mak ingat nak bikinlah sambal prawn udang besar-besar nih,  black pepper ke lemak lada padi ke? Adoiiii si bujang nih suka sangat gan buttered prawn...si adek pun cakap ala adek pun nak buttered prawn...oklah mommi godeh esbok ada breadcrumbs...

So jadinya buttered prawns with breadcrumbs lah recepi sama jerr yang seperti kat sini recipi asal....boleh carik di linkwithin atau pencarian senduk di atas sinun

Bahan-bahannya
Udang di goreng setelah di gaul bersama tepung ayam instant (any brand)

Bahan tumisan
2 ulas bawang putih di cincang
lada merah di hiris
1 sudu besar butter
pepper
4 sudu besar Breadcrumbs
1 sudu kecil gula halus
garam dan lada sula secukup rasa
tiada*2 packet instant quaker cereal ( di dalamnya dah siap gula garam dan susu tepung)

Setelah udang di goreng tumis bawang putih berserta butter, kemudian gaulkan udang goreng tadi sehingga rata bersama butter tadi, lali masukan pepper and salt secukup rasa. Apabila yakin butter telah selaputi seluruh udang gorengan tadi masukkan Breadcrumbs (2 packet instant quaker cereal) tadi dan hirisan lada merah gaul sehingga rata. Api haruslah kecil sahaja kerana Breadcrumbs (cereal) amat mudah hangus.

Verdict: babah gan Umie baru makan satu abg dan adek dah letak 3 ketul each kat pinggang masing2...hahahahahahahhaha tulah kerana anak selalu umie gan babah mengalah...kita sebagai orang tua pun kene catu makan...yang budak2 nih metabolism dorang memang tengah power...makanlah nak suka sangat....Umie pun suka tengok nkorang makan apa yang Umie masak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...