Wok The Talk...

Thursday, November 18, 2010

Lontong Moderen versi Kuali Buruk


Semalam pagi-pagi Mak Peah dah siapkan lotong dan sambal sotong kembang semangkuk. Pagi semalam juga selepas Pak Sood balik sholat raya pastu kami makan, terus ke tanah perkuburan jengok mak gan abah. Mak gan Abah Mak Peah dah lama berpulang. Begitu juga dengan mak gan bapak Pak Sood. Kami ini berdua dah agak lama juga jadi anak yatim 'piano'. Kami sekarang kalau pergi beraya pun pergi rumah kakak dan abang sahajalah yelah sebagai anak yang bongsu kenelah kita melawat saudara yang lebih tua.

Sebenarnya kami coba tahankan hati pabila sampai di 'rumah' mak abah. Tapi apakan daya kami ini insan biasa, rindu membara melihat pusara ayahbonda membuat kami terisak jua walaupun telah lama mereka berpulang. Sempat kami bacakan yassin dan beraya dengan ayah bonda walaupun hanya di pusara. Anak remaja Mak Peah tidak sempat melihat mereka. Yang sulung pun ketika itu baru berusia setahun sudah tentu tidak kesampaian bermanja dengan atok dan neneknya.

Tapi mereka jua mengalirkan airmata kesedihan. Menziarahi pusara memang saat paling emosi, Mak Peah pesan gan anak-anak hidup manusia tidak kekal lama akhirnya akan berpulang dan di kuburkan juga satu hari nanti, kesimpulannya kita tidaklah boleh hidup dalam kemegahan dunia...semuanya hanya sementara sahaja. Moga anak-anak Mak Peah dapat menghayati dan mengambil iktibar di saat menziarahi pusara.

Baiklah takmoh  citer sedih terus...karang Mak Peah tak masak dan semua kelaparan...hihihi...
Lontong Mak Peah simple sahaja Lontong moderen buat santapan bagi pasangan seperti kami.

Lontong Adabi paling mudah di masak setelah di rebus untuk memotong dengan mudah masukankan lah dalam esbok dahulu selama 30minit sehingga 1 jam. Jangan panas-panas di potong hancur jadinya nanti...tu jerr trick kami, mudah bukan?

Bahan-bahannya
Sayur kobis di hiris
Kacang panjang di potong tirus
sengkuang cina di hiris
1 keping besar tahu di potong 6 dan 2 keping tempe di goreng membar sahaja
1 batang serai di titik
Santan Kara satu paket kecil sahaja
(masak sedikit sahaja untuk santapan kami makan 4 beranak)

Buat rencahnya Mak Peah mengunakan udang kering, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih sedikit, lada kering yang di rebus dan di blender semuanya. Mak Peah blender lebih sedikit kerana kisaran ini akan Mak Peah buat sambal sotong kembangnya.

Buat sambal Sotongnya Mak Peah selalu rebus sedikit sotong kembangnya takut berbau abu chang. Mak Peah jarang beli Sotong kering sebab nanti di rendam dengan abu chang baunya kuss mangat. kucing Mak peah lilo pun boleh pengsan sekejap. So, selalu Mak Peah beli di pasar yang telah siap kembang tapi bila pulang Mak Peah tetap rebus sekejap...

So cara menumis sambal sotong sama sahaja...bahan-bahan di tumis garing...selepas itu masukan air asam tanak sehingga cantik baru masukan sotong tadi. Mak Peah selalu masukan air lebih sedikit lalu memasak sambal sontong sehingga agak kering, kerana sotong ini mengambil masa agak dalam 30 jam baru cantik dan lembut.

Untuk hidangan lontong Mak Peah suka makan bersama serunding udang kering dan sambal sotong kadangkala bagedil. Nanti bila Mak Peah ada kelapangan Mak Peah akan buat resepi serunding udang kering pula ya...sebab stock serunding Mak Peah masih ada...insyaAllah.

Prata Wrap


Jika Pak Sood kerja malam, Mak Peah layan juga budak dua metot nih. Maklumlah bebudak nak besar. Mereka membesar dengan cara makanan yang amat berbeza tidak seperti waktu Mak Peah dahulu. Kami di besarkan pagi petang siang malam nasi, lempeng dan makanan traditional.

Dengan adanya iklan di tv dan internet. Selera manusia juga berubah lebih-lebih lagi kanak-kanak lah tapi ramai juga orang tua selera berubah jadi selera omputih....hihihi...Mak Peah pun kekadang gitu juga.

So kali nih masakkan santai dari Mak Peah adalah Instant Prata Wrap. Seperti biasa prata instant nih ada Mak Peah perasanlahkan deporang goreng gan minyak. Sebenarnya tidak payah, prata nih dah berminyak so sanggarkan sahaja di atas non stick pan...enak rasanya. Yang pasti kami mengunakan brand SK...bukan SK II hahaha...

Intinya
Chicken fillet di potong kecil
2 tbsp maple syrup or madu
1 tbsp black pepper sauce
a dash of crushed black pepper

1 big tomato sliced, Salad, Cheese, mustard, mayo and chili sauce.

Saute all the ingredients in a frying pan about 5 minutes. Wrap it up with the rest and NYUM!

Normally, one wrap enough to make you feel satisfied and full.

Tuesday, November 16, 2010

Tulang Sup Merah


So far alhamdullilah tidaklah pening ke apa?...Cuma tidaklah masak selalu kekadang jerr bila anak-anak minta dua bulan sekali oklahkan. Kalau beli kat luar pun kalernya merah dahsyat. Anak-anak tak suka. So terpaksalah buatkan juga...kata arwah mak saya kalau anak dah mintak buatkan sajer....

Resepinya sama jerr dengan yang Sup tulang lutut kambing itu hari cuma versi kali ini 2 kg jerr.

Bahannya untuk 2 kilo tulang kambing
3 bawang merah
2 bawang putih
1 inchi halia
1 inchi kunyit
1/2 cawan udang kering
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos chili
2 tomato buah di belah-belah
2 sudu lada kisar
2 sudu besar rempah kurma
blender semuanya 
daun sop daun bawang

Rebus tulang selama 1 setengah jam (Mak Peah mengunakan periok Amway Queen so close tight) cepat sikit masaknya kalau tidak makan masa juga. Mak Peah buang minyak-minyak yang timbul di permukaan setelah itu masukan segala rencah yang telah di blender tadi lebur jerr...takde tumisan lansung. Masak another 30- 40 minutes apabila tengok kuahnya dah cantik masukan 2 biji telur dan kacau selepas itu matikan api bolehlah di hidangkan makan cicah roti lah roti....

Mussels with Leeks


Anak bujang Pak Sood panggil kupang 'Mollusk'. Umie have you bought Mollusk for me?....adeh setiap hari pun tanya mollusk dia...

Kalau di masak lemak kemain suka lagi...tapi kerana takde santan dan ada pula belen Leek maka Mak Peah stir fry black pepper Mollusk lah kan...hihihihi

Sepaket 'Mollusk' di rebus
Leeks
1 big onion di hiris
2 garlics di hiris
hirisan halia
hirisan lada merah
1/4 teaspoon white pepper
1 tablespoon black pepper sauce Singalong
1 teaspoon sweet black sauce

Tumis bawang dan segalanya masukan kupang tadi dan masak seketika setelah itu masukan leek yang telah di potong tadi....NYUM!

Asam pedas ikan duri with Leek


Bagi yang tidak mengenal leek Mak Peah ada sertakan gambarnya sekali. Sungguh manis dan garing berkrup-krup leek nih walaupun di masak berkuah sekalipun...belom sempat Mak Peah nak potik gambar...pak Sood dah terjah Leek tu di cedok dan di ratah...hailah Pak Sood nih...hihihihi

Comot gambar tapi takpelahkan...comot-comot pun ikan masih berenang-renang mengalun irama di dalam asam pedas Mak Peah.

Rencahnya seperti biasa Mak Peah tetap tulislahkan...susah you all nak refer kesana kemari...

Segengam lada kering di rebus
3 sudu udang kering
sedikit belacan
2 inchi kunyit hidup
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit lada hitam
sedikit halia
Leek di potong seinchi-inchi

Blender semuanya dan tumis sehingga cantik. Pak Sood tanya mana daun kesumnya...Mak Peah kata Ah Pek told me out of stock lah...tapi ada Leek Pak Sood sukahati lalu makan tanpa bertoleh lagi...sehingga kuahnya pun di srupppp....sruppppp...

Pedas kah? Tidaklah juga kerana Mak Peah selalu rebus lada kering so kuranglah sedikit pedasnya itu. Kenapa di rebus bukan rendam?....hihihi Mak Peah selalu terbayang waktu lada kering itu di keringkan...arghhh kenot imagine mungkin ada yang terpijak...al maklumlah kan....

Sekian Terimakaseh...

esok raya haji yabedabeduuuuuuwiiiiii!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...