Roti nih adalah masakan yang sangat mudah sekali. Jika malas nak masak, buat ini jerr sudah. Mudah sesangat.
One loaf Roti Peranchis yang besar dan lembut (lebih afdal)
Segengam daging lembu yang di kisar
Bawang besar di cincang halus
Bawang putih dua biji di cincang halus juga
2 biji telur di pukul cantik
sebiji lada di cincang halus
daun soup daun bawang di hiris halus
Semua bahan tadi di gaul rata. Adakala kakak saya pun kata susah telur nak lekat pada roti. Kaedah saya mudah sahaja. Saya belah dua roti jgn putus dan buka. Saya perlahan-lahan tuang adunan tadi dan ratanya ke seluruh roti dengan cermat. Selang beberapa ketika adunan tadi mula menyerap lalu saya pun panas kan kuali..non stick pan lalu saya terlungkupkan dengan jaya...AMIN...tunggu hingga ianya masak dan boleh lah NGAP!
Anda boleh mengunakan sos lingam tapi sos asalnya adalah 5 biji lada merah dan 3 biji bawang putih di blender. Di masak di atas api yang kecil masukkan dua sudu besar gula dan juga sesudu cuka. Oleh kerana saya alahan cuka maka saya tukar dengan perahan lemon dan dibubuh garam secukup rasa...
No comments:
Post a Comment