Wok The Talk...

Sunday, September 5, 2010

Wonton Noodle Soup

Masakan ini adalah yang sangat saya gemari memakannya. Saya mengemari masakan bersoup simple jerr. Tetapi agak banyak kerja juga nak buat. Makan memang enak apabila masih panas.

Pertama cara membuat wontonnya. Anda boleh beli kulit wonton di pasaraya ada ygn bulat dan ada pula yang persegi, Bezanya yang bulat agak tebal sedikit compared to empat persegi. Untuk membuat Kueh bolehlah menggunakan yang bulat tapi untuk buat soup adalah di nasihatkan menggunakan yang persegi kerana nipis dan cepat masak. Meenya juga boleh di dapati di pasaraya atau anda boleh mengunakan spaghetti angel hair pun ok juga jika tiada.

Isi wonton adalah daging ayam yang di cincang dan juga udang yang di buang kulitnya dan di cincang halus. Taburkan sedikit lada sula dan garam serta minyak bijan dan daun bawang sedikit di cincang halus juga. Lalu di bungkus segi tiga dan di cerutkan atau ci punjutkan dan gunakan sedikit air untuk lekatan.

Wonton selalunya saya bahagi dua untuk rebusan dan juga gorengan. Kerana anak-anak saya suka keduanya sekali. Jika gorengan adalah enak di makan bersama sos ili dna juga kicap pekat manis.

Di dalam gambar yang tertera di atas tiada mempunyai sambal. Sebenarnya saya terlupa, saya tumis
sesudip besar lada yang di kisar bersama dengan bawang hirisan bawang putih sebanyak 10 biji dan juga minyak bijan sehingga wangi dan cantik...minyak bijan boleh di lebihkan.

Rebus sayuran sawi.


Ayam Char Siew pula saya terlebih dahulu lumurkan bersama sauce Char Siew Halal yang boleh di dapati di pasaraya selama 4 jam sebelomnya. Setelah itu di goreng dengan mengunakan kuali non stick pan dan di balik-balikkan sehingga masak dengan mengunakan minyak yang amat sedikit sahaja.


SOUPNYA
Agak mudah soupnya saya tumis sedikit bawang besar dan bawang putih serta halia yang di hiris halus. Masukan air, 1 stock chicken knorr dan lada sula secukup rasa. Masukan sayuran seperti carrot dan juga Brocolli, sawi, peas serta berbola ikan. Ianya boleh di perbagaikan ikut suka hati.

Setelah air mendidih masukan wonton. Oleh kerana wonton cepat masak jgn terlalu lama dan angkat.

Mee wonton di makan kering pun boleh ataupun di sulami soupnya maupun berkuah...selamat mencoba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...