Singgang nih masakan orang dedulu. Memang nyaman di makan jika ada sambal belacan dan juga tempoyak.
Cara membuatnya
1 ekor Ikan bawal putih (Golden Promfret) ikan lain pun ok kot...
1 biji bawang besar di hiris
2 biji bawang putih di hiris
hirisan halia
1 batang serai di titik
1/2 sudu kecil jitan ketumbar
sedikit kunyit hidup atau serbuk
Bahan-bahan di atas di tumis sehingga wangi. Masukan air asam setengah cawan dan air belacan setengah cawan. Hiris lada dan juga tomato buah di potong kasar serta daun sop atau daun kucai ikut kehendak memasing. Masak sehingga ikan empok dan selepas itu bubuh garam dan lada sula atau lada hitam secukup rasa. SIAP!
No comments:
Post a Comment