Wok The Talk...

Monday, September 27, 2010

Sotong Masak Hitam


Sotong kali ini semua bertelur. Makan pun sungguh suka hati maklumlah bulan mengambang. Gebu2 telur sotong kali ini.

Makanya masak hitamlah yang paling best.

Sotong di cuci bersih buang pepasir buang tulang pelestiknya itu lalu di potong cantik dan menawan.

Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Sesudu lada kisar (yg di blender bersama belancan sedikit). Kunyit hidup atau serbuk.

Tumis bawang-bawang, halia dan lada kisar tadi sehingga cantik. Masukan sotong yang di potong tadi berserta 'ink'nya sekali...kepala sotong tu di potong dan buanglah mata dan giginya...tak best sotong di makan ada mata dan gigi ngeri arr...hahahahaha.

Masukan kunyit serbuk sesudu kecil, hirisan lada dan air asam dua sudu. Tak payah lah boh air sotong nih mempunyai kandungan air yang byk. Garam dan lada sula seckup rasa.

Selamat mencoba!

Ayam kicap jintan ketumbar

Entahlah kenapa kalau dah mula masak menumis ketumbar jintan...semua lauk pun ikut serta hahahahha.

Ayam masak kicap nih lauk bebudak. Yelah anak-anak saya masih di bangku sekolah mereka agak cerewet dan juga tak berapa reti makan makanan orang tua. So kene lah berbagaikan.

Kepak ayam 4 di belah dua
2 biji bawang besar di hiris
1 sudu lada kisar
3 biji bawang putih di hiris
Halia di hiris ikut sukahati
1/2 sudu kecil jintan ketumbar kisar
Hirisan lada merah
Sebiji besar tomato buah di belah belah...
Lada hitam dan garam secukup rasa
3 sudu besar air asam( asam keping pun ok juga)
1/2 sudu kecil kunyit sebuk

Bawang besar dan putih serta halia dan jintan ketumbar di tumis wangi. Masukan lada kisar di tumis lagi masukan kicap manis cap kipas udang (kegemaran kami) ikut sesuka hati anda dan kesemua bahan tadi, melainkan tomato buah dan lada hirisan...akhir sekali.

Masukan ayam dan didih sambil masukan air secukupnya. Di balik-balik. Ada setengah orang suka mengoreng ayamnya dahulu, manakala saya tidak berapa suka di goreng nanti isinya kecut anak saya komplen. So saya masak agak lama sehingga kering then masukan hirisan tomato dan juga lada...serta garam dan lada hitam secukup rasa....AMIN bolehlah makan...sekian.

Singgang Serani Golden Promfret

Singgang nih masakan orang dedulu. Memang nyaman di makan jika ada sambal belacan dan juga tempoyak.

Cara membuatnya
1 ekor Ikan bawal putih (Golden Promfret) ikan lain pun ok kot...
1 biji bawang besar di hiris
2 biji bawang putih di hiris
hirisan halia
1 batang serai di titik
1/2 sudu kecil jitan ketumbar
sedikit kunyit hidup atau serbuk

Bahan-bahan di atas di tumis sehingga wangi. Masukan air asam setengah cawan dan air belacan setengah cawan. Hiris lada dan juga tomato buah di potong kasar serta daun sop atau daun kucai ikut kehendak memasing. Masak sehingga ikan empok dan selepas itu bubuh garam dan lada sula atau lada hitam secukup rasa. SIAP!

Monday, September 6, 2010

Cheesy Mashed Potato


HAH! yang ini tersangat lah mudah. Jangan kata bebudak bapak gan mak budak pun suka.

Senang jerr membuatnya

Sekotak Mashed Potato (serbuk)
Skim milk
Parmesan cheese
Water
Garam dan blackpepper secukup rasa

Sukatannya begini jika secawan tepung kentang, 1/2 cawan susu dan 1/2 cawan boiled water. Campur2 sehingga boleh di kepal cantik...masukan parmesan cheese seberapa byk yang anda suka dan kepal-kepalkan semuanya.

Gunakan 1 sudu jer minyak goreng kalau nak sedap pakai minyak zaiton. Kepal adunan jgn bulatkan tapi leperkan so mudah masak dan garing...jika tidak suka goreng boleh bake dlm oven suhu 140 selamat 10-15 minutes sahaja.

CEPAT dan MUDAH! tapi sedap!

Sunday, September 5, 2010

Sengkuang Petis


Makanan waktu saya kanak-kanak dahulu. Sengkuang cina adalah sangat bagus untuk kesihatan.

Beli Sengkuang Cina yang agak besar. Lalu di potong mengikut kehendak memasing. Tiada aturcara yang lebih sesuai.

Petis buah dlm botol yang telah siap.
Sambal belacan
dan taburan kekacang sahaja....Ayuh cobalah!

Roti John Johnny Jonathan

Roti nih adalah masakan yang sangat mudah sekali. Jika malas nak masak, buat ini jerr sudah. Mudah sesangat.

One loaf Roti Peranchis yang besar dan lembut (lebih afdal)
Segengam daging lembu yang di kisar
Bawang besar di cincang halus
Bawang putih dua biji di cincang halus juga
2 biji telur di pukul cantik
sebiji lada di cincang halus
daun soup daun bawang di hiris halus

Semua bahan tadi di gaul rata. Adakala kakak saya pun kata susah telur nak lekat pada roti. Kaedah saya mudah sahaja. Saya belah dua roti jgn putus dan buka. Saya perlahan-lahan tuang adunan tadi dan ratanya ke seluruh roti dengan cermat. Selang beberapa ketika adunan tadi mula menyerap lalu saya pun panas kan kuali..non stick pan lalu saya terlungkupkan dengan jaya...AMIN...tunggu hingga ianya masak dan boleh lah NGAP!

Anda boleh mengunakan sos lingam tapi sos asalnya adalah 5 biji lada merah dan 3 biji bawang putih di blender. Di masak di atas api yang kecil masukkan dua sudu besar gula dan juga sesudu cuka. Oleh kerana saya alahan cuka maka saya tukar dengan perahan lemon dan dibubuh garam secukup rasa...

Wonton Noodle Soup

Masakan ini adalah yang sangat saya gemari memakannya. Saya mengemari masakan bersoup simple jerr. Tetapi agak banyak kerja juga nak buat. Makan memang enak apabila masih panas.

Pertama cara membuat wontonnya. Anda boleh beli kulit wonton di pasaraya ada ygn bulat dan ada pula yang persegi, Bezanya yang bulat agak tebal sedikit compared to empat persegi. Untuk membuat Kueh bolehlah menggunakan yang bulat tapi untuk buat soup adalah di nasihatkan menggunakan yang persegi kerana nipis dan cepat masak. Meenya juga boleh di dapati di pasaraya atau anda boleh mengunakan spaghetti angel hair pun ok juga jika tiada.

Isi wonton adalah daging ayam yang di cincang dan juga udang yang di buang kulitnya dan di cincang halus. Taburkan sedikit lada sula dan garam serta minyak bijan dan daun bawang sedikit di cincang halus juga. Lalu di bungkus segi tiga dan di cerutkan atau ci punjutkan dan gunakan sedikit air untuk lekatan.

Wonton selalunya saya bahagi dua untuk rebusan dan juga gorengan. Kerana anak-anak saya suka keduanya sekali. Jika gorengan adalah enak di makan bersama sos ili dna juga kicap pekat manis.

Di dalam gambar yang tertera di atas tiada mempunyai sambal. Sebenarnya saya terlupa, saya tumis
sesudip besar lada yang di kisar bersama dengan bawang hirisan bawang putih sebanyak 10 biji dan juga minyak bijan sehingga wangi dan cantik...minyak bijan boleh di lebihkan.

Rebus sayuran sawi.


Ayam Char Siew pula saya terlebih dahulu lumurkan bersama sauce Char Siew Halal yang boleh di dapati di pasaraya selama 4 jam sebelomnya. Setelah itu di goreng dengan mengunakan kuali non stick pan dan di balik-balikkan sehingga masak dengan mengunakan minyak yang amat sedikit sahaja.


SOUPNYA
Agak mudah soupnya saya tumis sedikit bawang besar dan bawang putih serta halia yang di hiris halus. Masukan air, 1 stock chicken knorr dan lada sula secukup rasa. Masukan sayuran seperti carrot dan juga Brocolli, sawi, peas serta berbola ikan. Ianya boleh di perbagaikan ikut suka hati.

Setelah air mendidih masukan wonton. Oleh kerana wonton cepat masak jgn terlalu lama dan angkat.

Mee wonton di makan kering pun boleh ataupun di sulami soupnya maupun berkuah...selamat mencoba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...