Taken at an Indian Temple but why do chinese do their prayer there? I oso dunno leh... no idea.
Actually, I lost my way... my hubby kept text-ed me? His texts distracted and got myself confused, but I dare not tell him that I had lost my way... else he will panic and I will panic!... if he gets even more panicky, definitely I will get even more nervous... ahhh later I blurrr like sotong!
So, I relax jalan-jalan sambil terjengok-jengok sana dan sini eksyen macam tourist-lah kan... niat di hati naklah ambil gambar banyak-banyak tapi macam malu gitu yelah sensorangkan... nak keluarkan camera pink Mak pun rasa cam aishhhhhh malew sangat.... Orang semua keluarkan camera canggih... Mak camera ciput pink karer nih terlalu sweet amat.... hhihihihihi
Masa Mak tongah dok petik gambar di atas tu pun Mak tersipu-sipu malu... dalam kemaluan...bahu Mak di cuit. Oh Mak Nko! terkejut Mak hampir terjerit.... ada seorang lelaki Melayu menegur Mak... 'Kak...kakak tahu tak mana Fortune Centre?...' Gulps!!... nak tercokik Mak... Mak pun dah tersosat dek encem woiii... nko tanya Mak pulak... uwahahahaha
Terus dia sambung lagi, 'Saya park kereta tadi kat Fortune Centre, lepas makan saya lupa pulak ramai sangat orang saya dah blurr....' dalam hatikan Mak macam nak terkekekekke gelak, yelah orang sesat tanya orang sesat juga...uwahahahahahhaha tapi Mak menten cool lah kan...jaga keharmonian mangsa sesat.
Lalu Mak pun khabarkan sebenarnya Mak pun sosat!..Hah nko berderai kami ketawa... dalam ketawa tu mata Mak nih memang tak lepas tengok mende ala kat atas nih... Si teruna nih pun bersore... 'Encem juga ya mamat hijau nih kak?' hah sekali lagi berderai kita ketawa... So I said to him mende ala nih menghayalkan kita tu pasal kita menyosat tak dapat carik jalan pulang... kami gelak sampai berair biji mata kami...
Yelah nak Chinese New Year Bencoleen Street penuh dengan rakyat jelata berbangsa tionghua membeli belah... berpusu-pusu manusia nak semayang dan sekaligus menyopping. Justeru para tourist berlambak membanjiri kawasan, sebok nak potik gambar di sana sini... dalam kesesakan dan kehiruk-pikukan keadaan memang terasa lemas sehingga kekurangan oxygen mengalir di otak maka sukar untuk berfikir secara waras...
So, Mak beli aiskrim dan makan... sambil menikmati susasana permujaan buat seketika. Manakala teruna tadi telah meneruskan pencarian kerana harus pulang bertugas. Selepas aiskrim habis Mak tolan dengan sukahati, somi mak call pula.... 'Mana Umie?...lama nah nak sampai rumah? Sesat ek?'...hahahahahah yelah aku sosat lah nih...lalu di usulkan ambil taxi dan terus pulang...
Dalam perjalanan pulang Mak tetiba terasa...best juga menyosat, lama rasanya Mak tidak pernah keluar tanpa keluarga selain bertugas...dan hawuskah Mak bikin kerja itu lagi? Dan pasti kali ini akan Mak potik seberapa banyak gambar... hey-hey! Tapi kene kumpul tenaga dalaman dulu... and all I need is courage!
No comments:
Post a Comment