Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Monday, January 31, 2011
Ikan Terubuk masak Pindang
Lama carik ikan terubuk teringin sangat nak makan masak pindang nih. Pindang dan Singgang adalah dua lauk berbeza dalam keluarga kami, kalau lauk singgang kami namakan lauk singgang laut...pindang masak darat....hahaha kelakar lah kan. Setiap keluarga mesti mempunyai kamus bahasa tersendiri.
Waktu tercari-cari ikan nih...dalam hati berkata kalau takde terubuk ada ikan parang pun jadi. Kebetulan kami suami isteri orang bugis...masakan ibu kami hampir serupa...dan kami membesar pun cara yang agak sama... so die-die wanted this ikan lah. Alhamdullillah dapat juga rezeki.
Tapi bila nampak ikan terubuk nih teringat pulak kat Arwah ibu-ibu kami yang telah berpulang. Al Fatihah Mak-Mak dan Abah-abah semua...
Tanpa berlengah hari ini Mak congak-congak camne ek arwah Mak tu masak pindang sedap dengan ikan terubuk nih?...Mak nih ada sikit malas nak call my kakak-kakak or kakak-kakak ipar...takut kang meleret-leret pulak berbual pasal mende lain. Nak check kat internet semua pindang depa lain-lain... mungkin ikut negara asal mereka...
Masak pindang arwah Mak mmg lain sangat ada kaler cam oren-oren berampas dan sangat sedap...Mak nih seboklah imbas kembali camne arwahnya masak dulu....mcm tv dekat mata nih...yelah dulu kita tak di suruh masak arwah abah tu tak bagi nak air tangan ibu juga masak untuknya...kita tulung jerlah potong itu potong ini...tup tup cam Dah dapat lah!
Resipinya
5 biji lada merah
segengam tomato ceri (tomato biasa pun ok)
3 biji bawang kecil
sedikit halia
sedikit lengkuas (optional)
sedikit kunyit hidup
(di kisar semua bahan di atas ini)
Serai di titik
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
lada sula
Tumis semua bahan di atas tadi sehingga naik wanginya dan pecah minyak lalu masukan serai yang dititik. Masukan ikan dan masukan setengah cawan air...tanak sehingga agak pekat. Kelemakan ikan terubuk membuat kuah pindang bertambah lazat...mengalahkan ikan yang lain.
Aromanya naik semerbak dan suami ku makan sehingga menghirup dia kata sama cam arwah mak kita punya...ya ampun langsai makan gan nasi panas-panas...habis ikan nih kita berdua sahaja yang mengerjakannya... budak-budak mana reti makan ikan bertulang nih....alhamdullillah kenyang somi ku ke kerja...terubat jiwa rasa nak makan lauk pindang amin... hahahahahhah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah sedap ni...sungguh menyelerakan..betul la mak kan kalau mak2 kita msk mcm mana kita buat nk bg sama pun tak sama juga...air tgn tu yg membezakan.
ReplyDeleteBetul tu Nieza...rindu kan gan masakan bonda terchenta...
ReplyDeleteMak kita dah tera kita nak capai tahap mereka mmg perjalanan masih jauh...hihihihihi
Assalam, gee,
ReplyDeleteuish kecur betullah kita tengok pindang darat gee ni..nampak cili hidup tu uish sedap ni!!
Salam Ayu..
ReplyDeleteIkan terubuk tu Ayu...hailah lemak dia satu macam kan...aha cili apek kasi many2 bleh buat kuah semua cili hidup...hahahahahha
perghhhh dah lama betul tak makan ikan terubuk ni.. giant oh giant....
ReplyDeletesini pun susah Aeini nak dapat ikan terubuk nih...mmg nasib kmok dpt ikan perkasa nihlah yang...
ReplyDelete