Wok The Talk...

Saturday, January 15, 2011

Prata Chicken Wrap


Ini bukan resepi Mak....ini resepi anak Mak yang sulung my teenage boy. Malam lagi dia dah sebok ingatkan kita nih...

'Esok Abang punya turn untuk masak tau Umie...'

'Abang nak buat my own resipi'

...oklah...buatlah bagus juga Umie boleh relax sesekalikan. So pagi lagi dia sudah kuarkan prata instant dan di goreng atas non stickpan...dia potong chicken fillet  and sausages.

'Umie surpriselah jangan tengok...'

oklah ok...Umie duduk depan tapi hati ibu nih mesti risaukan...bukan tak caya takut api dapur tu...sempat pulak dia ingatkan kita

'Nanti Umie letak dalam blog Umie ya?'

Hahahahahhahahahahahahah yelah yelah...

Bahan masakan budak2 jer nih
Chicken fillet
Sausages
male syrup or honey
mustard
pepper
salt
Salad

Chicken di grilled dengan bahan tadi lalu di siat-siat. Sausages pun di grilled dan roti prata instant...kalau ada anak biarkan mereka memasak salah satu pembelajaran secara creative!

Verdict sedap pulak anak Omak masak...bolehlah nanti masak selalu untuk kami sekeluarga ya sayang...

Mukadimah sikit pepagi nih...HILANGKAN PERASAAN HASAD DAN DENGKI kerana ia bisa menjadikan penyakit chronic dalam hati...Buta Hati, Buta Perasaan, Buta Huruf, dan Buta Jalan untuk menuju destinasi yang lurus dan yang di redhai olehNYA...amin

...buatlah mengaji, berzikir dan tak pun bacalah buku komik happy-happy jika selalu nak marah-marah insyaAllah...
“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS Yunus [10] : 57)
Semoga kita semua perolehi kebaikan dari setiap teguran bukan melenting-lenting bagaikan ulat gogok kepanasan terkena garam...

Mak bukan apa nasihat jerr...kalau tak suka tak payahlah bertandang lagi kat pondok kualiburuk nih...jadi papparazi penatkan...kasihan stress pulak baca blog Mak yang Penoh Pancaroba ini...hahahahhaahhah

Jangan lupa buat tonic dan air azimat supaya cepat kurus dan elak dari penyakit kronik!

Hahahahahah jgn percaya mepek dan mengarut Mak nih gurau jerr...kang mencecet ke bilik air tak pasal-pasal...hahahahahahhahahahah

Oklah Mak nak makan...mari kita ajari anak-anak menjadi insan mulia dan berwawasan melalui teladan. Ayuh! MAJU SUKAN demi bangsa dan agama...berpadu teguh dan saksama.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...