Wok The Talk...

Wednesday, October 2, 2013

Ayam Pecel

Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long lost entry! Assalammualaikum all friends ❤️

Ayam sekor belah 12.

Blender Halia, serai, Bawang besar, Bawang kecik, Lada padi, belacan, buah keras or kacang badam (tadi I guna badam) kunyit hidup ... Sedikit jintan ketumbar ... Sikit jer.

Hirisan daun limau, perahan air  limau juga (I used limau kasturi).

Tumis bahan sampai wangi masak... Ayam I lumur sedikit garam and kunyit I grilled (Ayam bakar).

Bila tumisan dan cantik baru masukan santan pekat and masak lagi, then masukan Ayam bakar and masak sampai keluar minyak and pekat ...

Hihi leceh sikit but sedap.... InsyaAllah

Saturday, July 28, 2012

Ayam Brempah


Lama saya tidak update di sini tapi di facebook pula...rasanya archiving tetap di sini best mudah untuk di carik so saya akan kembali sekian lama tanpa berita Assalammualaikum wahai teman2 sekalian... :)

Ayam Goreng Brempah 
5 ulas bawang putih di tumbuk halus
2 sudu besar rempah Kari
1 sudu kecil kunyit
2 sudu besar cili sos
Garam secukup rasa
(optional daun Kari di hiris)

Gaul semua Dan perap selama 30minutes Dan Goreng

Monday, April 23, 2012

Mee Rebus Tulang

Dah lama saya tak post kat sini... sebenarnya masak jer tapi kerana kerja bz lupa nak post dan sebok sosek2 kat sana sini... maklumlah alam siber mengasyikkan... hehehehe


Kali ni saya masak Mee Rebus Tulang... sama jer caranya cuma saya rebus tulang tu dahulu selama 4 jam sehingga lembut di dalam periok nasi... airnya jangan di buang boleh di jadikan kuah selepas menumis...


Friday, January 20, 2012

Mommy's Way

I know it has been a while since my last post.

With my daughter's transition from primary school to secondary school it can be a daunting personal experience. We went through the same thing with my son two years ago... but it will never be the same only slightly better.... hehehe.

Well .. Well.. Well ...

Let the pictures do the talking...


SUBWAY big gigantic sandwich have been consistently teasing both of my teens. Unfortunately, is not HALAL. So! I have created an awesome version of their dream sandwiches.

Enjoy the Pictures Of Mommy's Way! hehehehehehhehe...


EVERY mother's dream is to fulfill her children's wishes and dreams.

Wednesday, December 28, 2011

Instant Meal...


Inilah santapan dinner semalam...

Angin malas nak menghupdate blog memang menyusup-yusup kekadang lupa ada blog lagi... masak pun gitu lepas masak berkerja ke sana kemari holiday dan sebagainya...

Cuti sekolah bukan rehat malah lebih penat dari budak-budak sekolah... biler budak sekolah mak pun harus ke sekolah juga... hihihihi mencari rezeki buat tambahan beli barang masak hihihi

Bila babah budak-budak nih ada dia nak makan nasi berlauk bagai... jika beliau bekerja mudah sangat layan anak-anak nih... asal ada cheese, kentang, ayam hailah makan jerlah mereka kan...

X'Mas Eve...

My two good friend (chinese) memang every Xmas pun selalu datang makan-makan. Not because I'm celebrating tapi sudah menjadi satu ritual.

Kami akan bergurau senda dan mula lah mereka-reka nama untuk esoknya cikunun nak Raya... so saya rumuskan nama untuk mereka Barbarella, BarRibena dan saya BarbaRian... hahahahaha mmg giler punya nama, sekadar joking around bukan mereka Kristian pun... sajerlah having fun about the Festive mood...


Mee Bakso nih mudah.. hirisan halia, bawang putih, bawang besar lebih di cincang. tetelan atau daging cube di rebus tumis bersama bawangan tadi masukkan kayu cengkih, serai, blackpepper sauce, kicap pekat manis dan garam secukup rasa atau stock chicken tu jer masak sehingga daging empok...mcm stew!


Dua masakan ulangan ini adalah atas permintaan mereka... Memang mereka suka sgt gan Mee bakso dan juga Roti Jala... tapi saya tak sempat nak ambil gambar Roti Jala... tapi sempat ambil gambar Bubur Kacang Durian...

Resipi bubur kacang durian nih mudah jer... masak kacang sehingga lembut, gula melaka, santan dan daun pandan agar wangi sedikit garam dan Duriannya..


Mereka ingat saya memandai cipta Resipi Bubur Kacang Durian tu kerana mereka tidak pernah makan merasa sebenarnya... tergelak besar lah sehingga tergoleng2 kami ketawa... Saya cakaplah tu resipi arwah mak saya... mereka tidak percaya kerana mereka selalu kata saya nih Eccentric apa2 pun saya suka ubah suai... hahahhaha gasaklah kan... tapi mereka makan dengan senang hati... Alhamdullillah 'Barbarella' dan 'BarRibena' nak datang lagi... makan-makan katanya sampai pengsan....hahahahahhaa....

Tuesday, December 27, 2011

The Duck Story...

Saya memang teringin makan duck rice kebetulan di Causeway Point Cold Storage mmg ada jual BBQ duck halal makanya suami saya kata jom kita pergi beli...


Biler tengok ada BBQ and Smoke Duck tetiba terconfuse sekejap... luckily the sales girl advised me not to buy the smokey bandit sbb the taste more pungent katanya... GULPS!

Recipe Duck Rice sama jer gan normal chicken rice but more garlics, sliced ginger, sweet and salty dark sauce... I skipped the plum sauce cos I don't really fancy the taste...

So settle for BBQ duck... bawa balik dengan gumbira ria dan suka hati so plan lah masak nasinya... bila post kat FB kengkawan geli geleman nampak kepala duck tu tercatuk... hahahahhaha kasihan kawan-kawan den...actually that's the most significant part of the Duck without the head people won't know it's a Duck LOLxxx!


Today for brunch mak bikin Duck Sarung jer.... hahahha Wrap~lah! but the Duck meat tu mak sauteed with onions, black pepper and honey to enhance the flavor...


That's all Folks the story of the 'Duckie Duck' LOLxxxx!

Thursday, December 1, 2011

Fritatta and Fish Fillet


Suamiku dah minta lauk asam pedas dan kuah lemak... hahahahahahhahahahahha. Tulah masaalah ibu-ibu seperti kita nih... asyik pikirkan apa anak suka makan sampai lupa bapaknya orang melayu bukan omputih!...

Fritatta nih paling mudah tulah jadi kebiasaan pula... hahahahha ampown suamiku... esok lusa masak lauk melayu ya... JANJI!

Fritatta : Mashed Potatoes, Turkey ham sliced, 3 beaten eggs, Cherry Tomato with Cheddar  & Parmesan cheese. Voila!

Monday, November 28, 2011

Honey-Baked Chicken


Anak-anak saya nih pelik sikit. Mereka tidak suka ayam goreng. KFC ke Popeye ke mereka akan beli melts and burger instead... cuma lately ada Texas chicken mereka akan makan separuh jer dari seketul chicken tu... pening sesekali malas nak masak dan nak makan di luar pun mereka akan cakap Umie I dun like fried chicken...

Jika si taruna anak bujang pula dah nampak logo halal pun dia akan tanya lagi Halal ke umie? Adoiiilah...

So jadinya Honey-Baked chicken jugalah yang menjadi kegemaran mereka, tak kisahlah lauk lain... tapi mereka suka makan bersama Chicken Rice...

Honey-Baked Chicken resipi kolibuwuk
Semalaman perap bersama honey, chopped garlics,  black pepper. salt and lemon juices... bungkus dalam aluminium foil with all the ingredients and masukan dalam esbok, esoknya kuarkan masuklah dalam oven... senang citer bake sampai masak... amin

Mee Soto dan Bagedil ketang berdaging


Saya ni memang susah nak makan daging. So selalu rasa lemah otot. Tapi menjak saya include masakkan berdaging segar bugar pulak... kemain laju saya berjalan dan tidak mengalami sakit lutut pulak... maklumlah umor dah lebih nih... kene jaga permakanan supaya tidak keterlaluan sangat bakal memudaratkan diri... man man lai lah kata orang cina... hihihi

Sejak kecil saya suka Mee Soto kalau dapat hari-hari pun saya ok... tapi akan tetapi takkan nak makan ini ajer kasihan anak-anak  dan suami saya... so biler agak dah gian saya pun buatlah... ala simple jerr semua orang pun tahu bikin mee soto kannnnn

Apalah Mee Soto jika tiada bagedil sedap berdaging kisar dan sambal kicapnya... waduhhh terangkat punggung dari kerusi... hehehehe

Wednesday, November 23, 2011

Black Pepper Salmon


One dish meal. One dish meal is so much easier and hassle free.

Ehe cakap omputih pulak... hihihihi makan dengan nasi panas2 Nyummmm mentelah musim tengkujuh nih... tak payah lauk lain dah... aminn

Resipinya mudah losts of shallots, minced garlic, hirisan halia, black pepper sauce, lada padi, lots of tomato and sos tiram RAM RAM RED! hihihihihi

Western Food


Grilled Chicken, Mashed potato with black pepper shabu beef, garlic bread and clam chowder

Western food apsal di namakan western food pasal orang western makan nih jer kot... hahahahha

Alkisah dah mula cuti sekolah ini... mulalah operasi besar-besaran duduk di dapur sebelom berlibur dan bersantai.

Anak-anak zaman sekarang bukan macam kita dedulu. Makanan melayu lah menjadai santapan harian. Anak-anak sekarang terdedah dengan segala dan keperbagaian jenis makanan hampir di setiap pelusuk negara.

Jika nak makan luar jerr... boleh bankurap jadinya... hahahahhaa... jadi saya bertekad biar penat asal anak-anak puas makan. Dan jika di hidangkan dengan makanan dari masakan ibu sendiri alangkah bahagianya dari air tangan si ibu yang menyuapkan anak-anak. Lagi pun bukanlah mahal sangat jika apabila di masak sendiri berbanding dengan makan di luar darjah...

Apabila kepasar saya memang peruntukkan tidak lebih dari $50 dollar seminggu. Alhamdullillah so far syukur saya dpt mempertahankan kedudukan budget seminggu.

InsyaAllah jika ada usaha pasti ada jayanya. InsyaAllah.

Friday, November 18, 2011

Laksa Assam Kolibuwuk


Assalammualaikum wahai sahabat sekalian. Memang mengindam laksa nih dah lama cuma takde geng nak makan sama. Anak-anak manalah reti makan camginikan. Makanya untuk kami berdua suami isteri sahaja.

Tertunai hajat di hati apabila teringin makan laksa penang yang pernah saya makan di sebuah restorant. Apabila saya makan selalunya saya akan menghayati makanan tersebut kalau boleh pejam mata pejam lah cikunun nak tahu apa isi di dalam hahahahahhahahahahahhahahha...

So terciptalah Laksa Assam atau penang versi Kolibuwuk ini... ermmmm lazatnya berpeloh kami suami isteri menyantap penoh syahduh sekali... hihihi

Ramuan untuk berdua sahaja
Mee laksa pendek yang saya gunakan
2 tbsp petis
2 biji limau kasturi (di belah dua dan perahkan)
Salmon grilled or canned tuna
1 tbsp fish sauce
1 tbsp sweet dark sauce
1 kecil asam keping (optional)
1 tbsp sambal belacan

Daun kesum, lada merah di hiris, cendawan shiitake (optional) dan udang (saya gunakan crab meat). Rasanya semua cukup rasa ada asam, manis dan pedas yang teramat LOL.

Thursday, November 17, 2011

Burger Wrap with Prata


 ni version tertutup rapi manis santun gitu... hehehehhe


yang ini pula telah siap sedia di qurbani LOLs!

Budak-budak nih kan kalau prata nih susah nak habis kita pulak 'tamak on'... kalau beli prata instant mesti beli yang big packet ... yelah lebih muai dan murah kan... tapi ya ampown nak habiskan makan bulan wooo...

So semlm mak tengok Food Network cam biasa... suka cara Paula memasak semua comfort food... aduhai mengembanglah semua kannnn tapi interesting lah cara dia... simple and delicious. Btw Puala guna dough roti tapi mak ehem ehem suka jer adjust orangnya resipikannn hahahhaha.

Ada pula belen grilled salmon mak bikin lah Salmon croquettes sekali gus mashed potato... sekali babah tetiba tersound lah dia kata kalau kita hari2 makan cam gini nanti semua kene naik trolley sebab dah borat sangat LOL... ok2 today masak laksa penang lah kan gan nasi selera melayu... hahahahahhaha

Resipi inti Burger wrap tu mak bikin ikut selera kita orang melayu lah kan

Burger Wrap
1/2 kg minced meat
1 big onion minced
3 garlic minced
salt pepper to taste
1/2 teaspoon cili powder and turmeric

Instant Prata to wrap and washed it with egg mixed with milk.

Salmon Croquettes
Salmon Flakes from my leftover grilled salmon
onions minched
parsley and spring onion chop
salt pepper and bread crumbs or crushed biscuit
1 teaspoon sugar 

Mixed everything and dip into beaten egg and coat with bread crumbs and deep fry it.

Wednesday, November 16, 2011

Grilled Salmon with Mashed Potato


Masa hujung minggu babah bebudak nih ajak pergi Sembawang Giant terlonjak-lonjak lah mak kesukaan macam lah nak pergi shopping sakan gitu.

Di situ mak suka benar beli salmon sekor-sekor which is so much cheaper compared to slice salmon. So apabila pulang anak-anak dapat tahu ada salmon maka terlonjak-lonjak sama.

The little things mean everything...

Little thing called love, little things in life bring great happiness!


How to Make a Roux. A roux is a cooked mixture of flour and a cooking fat, like vegetable oil, that is used to thicken sauces and gravies. Then add milk, cheese, salt, pepper and lemon juice.

Sunday, November 13, 2011

Chee Cheong Fun


Semalam saya beli bahan-bahannya yang telah siap dan kami anak beranak makan chee cheong fun dengan senang hati. Bahan-bahannya mudah terdapat di sini. Seperti chee cheong fun itu sendiri, tetapi nak jugalah saya mencobanya... the last time I've tried was pretty messy now dah jumpa videonya haruslah saya buat kerana anak dara saya sangat suka makanan ini.

Tanpa saya sedari saya dah boleh bikin udang kering floss juga! Rupanya semlm selepas saya merendam udang kering sekali tu masih blom-blom kembang maka saya rebus... setelah rebus saya tumbuk halus dan goreng bersama chaipo... SubhanaAllah sangat sedap di floss dengan sedikit gula... hawuslah saya membuatnya lagi untuk topping roti dan sebaganya.. amin.

Saksikan video di bawah ini untuk membuatnya begitu mudah rupanya...

Saturday, November 12, 2011

Pineapple Rice and Garlic Buttered Prawn


There are times when life just feels soooooooo good, delicious food makes you even more happier.

My husband had his day off yesterday and craving a sumptuous meal. Despite of having an eye infection, still I enjoy simple pleasure of cooking a good meal for my family.

I did not fried the rice as my husband quite particular about oily food. Instead, simply puts everything in the rice pot and steam as per normal. What a marvellous simple meal!

2 cup of rice
1 cube chicken stock Knorr or liquid chicken stock
1 big onion sliced
1 inch ginger sliced
3 garlic sliced
1/2 turmeric powder
1/2 sweet pineapple cut into cubes
1 cinnamon stick
2 tbsp sesame oil (optional)

Coriander, peanuts, sliced red chillies, spring onions for dressing or chicken floss.


Well, we can't simply make do with pineapple rice alone, right? . Definitely we need salad or side dishes to go with. So I cooked Garlic Buttered Prawns to spice up the meal.

Pan-grilled the tiger prawns with minced garlic and little bit of olive oil. The sauce made of 3 tbsp of butter, a spoonful of flour, 1/3 cup of milk, 1 slice cheddar cheese salt and pepper. DONE!

Friday, November 11, 2011

Seafood Platter with Turmeric Steam Rice & more


It was to celebrate my eldest son's birthday. He loves to eat anything home cook, just yesterday I realised he was much taller than me *gulps*.

Resipinya 
2 cup bhasmati rice or any other rice will do.

1 big Onion
4 garlics
3 shallots
1/2 inch ginger
blend all the above
1 teaspoon turmeric powder
1 cube chicken knorr
1/2 cup carnation milk (optional)
2 tbsp butter

Butter cheesy sauce
3 tbsp of butter
6 tbsp parmesan shredded cheese
2 tbsp mayo
1 tbsp dijonnaise mustard (optional)
lemon juice
pepper

Pan grilled all the seafood with olive oil or butter added salt and pepper.


He specially requested fluffy Cheese Cake yet oozing from the inside. I forgotten which resipi for this cake hahahahahha I should start owning a recipe journal. LOLs!


Last but not least is the salted egg deep frying soft shell crab... a true delicacy! His favorite among all..

Clean soft shell crabs, dipped in a bit of milk, 1 egg yolk and corn flour (or kfc flour), salt and pepper. Fried it till cook and crispy.

Another wok stir fries 4 minced garlics and 2 salted egg yolk nicely with vege oil, then add fried crabs with lots of scallion to go with.

Bread Mushroom Frittata


Lately mak suka banget buat egg frittata nih tau. Kerana ianya mudah and one dish meal. Seperti biasa sayang roti-roti yang 'terbiar' dari membazir mak buatlah egg frittata with bread and mushroom nih.

Anak-anak mak nih asal ada egg, cheese,sausages mushroom semua jalan... so senang kerja mak nih... lagipun Babah dia kerja selalu hanya kami tiga beranak sahaja.

Mudahjer campak-campak juga lah...

I french loaf shredded
4 eggs
1cup milk
4 tbsp butter
1tbsp cinnamon powder
4 sausages sliced
6 shiitake mushroom sliced
1 big tomato sliced
salt and pepper

Mixed everything and bake at 200°C at 20-25 minutes and meal is ready.

Thursday, November 10, 2011

Stew Kambing Mbekkkkk...



Tak pasal-pasal cakap omputih the last two entry kerana ada permintaan. Tapi canggunglahkan kita dah biasa cakap melayu dalam kolibuwuk ku ini... takpe...kita redah jerr cakap melayu semula lah... lebih selesa dan makmur.

Masa Hari Raya Haji yang lepas turn mak bikin makan-makan... so apalagi mak pikiaq punya pikiaq mak dan atas usulan anak-anak sedara mak, maka mak masaklah kegemaran mereka ini... alhamdullillah habis licin 10kg Mbekkk mereka balun dengan jayanya...

Nasib baik dulu masa babah suamiku suwuh buang kolibuwuk mak ... mmg lah mak sedih... dan di ganti pula dengan kuali aluminium besar nih syukur banget! ... dulu mak manalah tahu mak pandai masakkan... so skrg amat berguna cepat masak dan sungguh selesa mbekkk berenang-renang dalam kuali itu...

Kalau nak tanya resipi nih susah sikit nih main campak-campak jer... ada rempah kurma, rempah beryani, rempah soup, kayu manis cengkih, bawang many-may, bawang putih, halia, serai, lengkuas, tomato many2 about 3 dollar worth of fresh tomato alone tau di tambah pula sebotol tomato sos dan sebotol cili sos maggie... dan sedikit lada kisar... hasilnya memuaskan hati tetamu... alhamdullillah

Oh mak ada bikin bubur kacang durian tapi mak lupa nak potik gambarnya hahahhahahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...