Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Saturday, February 5, 2011
Roti boyan
Hari Raya Cina yang sangat sebok. Yelah lepas rumah kakak pergi rumah abang pula...saling kunjung mengunjungi sempena cuti panjang nih...makan-makan pot luck dan bermacam-macam activiti. Masak-masak dan bikin kuih tu yang best. Makan toksah cakaplah kembong perot...hilang diet Mak...hahahah macam pernah diet jerr...hihihihi
Di rumah kakak kami, kami beramai buat Roti boyan sedap... sehingga anak Mak dan anak buah semua sebok menolong. Muafakat membawa berkat. Setelah itu belajar buat nasi beryani subhanAllah meriah...
Suami Mak terpaksa kerja tidak dapat hadiri upacara sambutan CNY yang sangat best... so tak sampai hati Mak balik buat lagi untuk suami roti boyan nih...mudah jerr Mak buat sikit jerr untuk kami empat beranak.
Resipi tepungnya
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin (Mak guna planta)
garam secukup rasa
air secukup untuk senang menguli
Intinya
3 biji kentang besar
1 biji bawang besar di cincang
3 biji bawang putih di cincang
2 sudu majerin
daun sop bawang di cincang halus
2 sudu besar udang kering (di rendam dan tumbuk halus)
sebiji telur
garam dan lada sula secukup rasa
Tepung di uli dengan cantik seperti membuat kulit karipap atau epok-epok. Kentang di rebus sehingga empok. Setelah kentang empok di lenyek halus bersama majerin, bawang dan segala bahan inti tadi berserta telur sebiji di pecah dan gaulkan bersama.
Exactly seperti membuat epok-epok uli dan roll tepung agak lebar. Saya mengunakan mangkuk sebagai acuan. Mangkuk saya dan mangkuk anda adalah berbeza ukurannya...so agak-agaklah ya...
Saya tidak mengorengnya di api yang banyak. Pertama saya hanya mengoreng membar sahaja tanpa minyak dan mengunakan non stick pan. Supaya saya boleh menyusun dan mengangkat dengan mudah. Setelah itu, anda boleh simpan di dalam fridge untuk selama seminggu jika di buat begini. Bila saya hengak makan barulah saya akan mengorengnya di api yang banyak sedikit agak-agak ya...dan makanlah bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal udang power.
Selamat mencoba... sekarang setelah penat mengemas, mengemop dan menukar kain sofa, saya sedang sebok nak buat pie pula untuk jamuan malam nanti bersama keluarga. Temujanji today bersama abang kakak terpaksa di tunda esok sebab geram tengok rumah berselerak...lemas! Esoklah sahaja kita pergi pikenik ya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam gee,
ReplyDeletebanayknya menu yang kita terlepas..!!
kita suka roti boyan ni..makan 1 dah kenyang..wah gee, pergi potlucking during cny ya..mesti makan yang best2kan..kalau kita tau, nak tumpang seperut..hehe
Walalikumussalam Ayu
ReplyDeletelamanya Ayu coti juga kita tengk tarakupdate selalu...
Kita pun sama tau suka roti boyan kadang tu kita binkin lebioh sikit boleh makan ulang-ulang setelah di goreng membar.
Oh macam hari raya kita pula CNy nih Ayu...mmg makanan best2 tau! hihihi marilah datang rumah yang
lepas goreng membar tak da minyak tu bila nak makan goreng mcm goreng karipap ke k.gee?
ReplyDeleteYe betul tu Gee so tak melekat dan boleh simpan lama dalam sebok...seinggu pun ok dek oiiii!
ReplyDelete