Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Monday, February 28, 2011
Bread Pudding ... one more time!
Last saturday ada visitor... seperti biasa kalau ada tetamu saya cuak dan kelam-kabut maklumlah nak menjamu orang, tetamu datang dari jauh dari Florida lagi. Tensennya tentulah semacam. So saya buat bread pudding kali ini bread puddingnya agak berlainan sedikit sebab kakak saya ada sebut kalau nak mudah breadpudding skip sugar dan skim milk.. instead bubuh jerr condensed milk... fulamak tu sudah bagus...
Kebetulan suami saya pun beli roti Butter scotch lagilah with famous amos cookies semua saya balun together with strawberries and banana... hah hamik nko percubaan campak mencampak... rasanya lebih hebat dari ikut cara traditional mungkin kerana banyak sangat sudah derhaka...hahahahahha
As for now, I will stick with this recipe... cause inilah recipe bread pudding yang sungguh mudah and lazat!
Ingredients
6 slice normal bread
6 slice butter scotch
1 tin of condensed milk (cap teko)
3 eggs
1 tablespoon cinnamon powder
1 teaspoon essence vanilla
a pinch of salt
Optional
Slice strawberries and sliced bananas
Famous Amos Cookies
Whisked 3 eggs, add condensed milk and the rest ingredients. Layer bread with sliced fruits. Poured over the ingredients and set to bake at 175ÂșC for 25 -30 minutes. Baunya harum dan rasanya enak tak caya buatlah semua... wink* wink*
Pancake
Fulfilling hubby and kids sweet-tooth cravings. Not for breakfast but late afternoon munch. Hah tulah... tetiba jerr nak pancake... Umie buat satu jerr! Mana ada bikin satu bang oiiii... anak nangoi nih semua kalau dah nampak pancake mestilah nak juga... hihihihi
Cara Mak senang dan mudah jerr
Ingredients
1 cup flour
11/2 cup milk
2 tablespoon butter or margarine
Just a pinch of salt,
1/2 teaspoon baking powder
(not too many don't really like the after taste)
1 big egg
1 tablespoon of honey
Whisk ingredients using an electric mixer until it smooth for good soft fluffy pancake. Serve with sliced strawberries or kiwis or bananas, drizzle with maple syrup for wonderful and tastier pancake.
Sunday, February 27, 2011
Kupang Goreng Margerin
Kupang New Zealand nih memang besar dan muai. Satu bungkus hanya berharga S$4.95 sahaja. Cukuplah buat kami empat beranak. Adek tak berapa suka kupang tapi Umie babah gan abg Aqim memang suka lah kan.
We had this for supper kerana pada hari tersebut saya buat carrot cake. kerana kami pencinta cheese nan tegar apabila cake dah masak jerr... suami isteri melahap dengan jayanya... rupanya carrot cake nih sungguh mengenyangkan. Masih ada lah sedikit di dalam fridge dan tertutup rapi.
Oklah resipi Kupang nih mudah jerr... Mak menggoreng sahajerr potong bawang, garlics, lada merah hirisan, with 1 tablespoon of margerin serta garam dan lada sula... dan juga tidak lupa tomatoes di cincang!
Goreng sehingga yakin masak... dan makanlah Urmmm masakan simple memang sedap!
Ikan Terubuk Asam Pedas
Ya Allah berderet-deret gambar makanan lom update lagi... kan dah di katalah daily food resipi kenelah update selagi apa pun juwe yang kami menolan... hihihihi
Memang angin malas nak update menghembus begitu hebat...
Ikan Terubuk nih memang ikan kegemaran kami suami isteri... babahnya kalau makan kene pakai spekmato! sebab takut tercokik tulang.. Asam pedas biasa jer nih... tapi babah nih pun orang bugis suka lauk yang pekat ikut arwah omaknya... kalau dalam tu mesti nak bawang, lengkuas, serai dan halia baru lah best katanya... hah asam keping tu jangan lupa... somi den nih kuahnya pun dia hirup kasi habis...hahahahahha
Friday, February 25, 2011
Carrot Cake
Mak copy direct ingredients dia...dan delete mana yang Mak tak bubuh... selamat mencoba!
Ingredients
250g/9oz plain flour
2 tsp baking powder
1 tsp salt
1 tsp bicarbonate of soda
150g/6oz light brown sugar
handful sultanas
2 ripe bananas, mashed
150ml/5fl oz corn oil
3 free-range eggs
For the icing
125g/4oz butter, softened, plus extra for greasing
225g/8oz cream cheese
450g/1lb icing sugar
1 tsp vanilla extract
Preparation method
Preheat the oven to 160C/320F/Gas 2.
Sift the flour, baking powder, salt and bicarbonate of soda into a bowl and mix well.
Add the sugar, walnuts, pineapple, sultanas, mashed banana, passion fruit pulp, grated carrot, oil and eggs and mix well to completely combine.
Pour the cake mixture into a greased 22.5cm/9in cake tin and place into the oven to bake for 1-1¼ hours, or until cooked through. Test by pushing a skewer into the centre of the cake. If the skewer comes out clean the cake is ready.
If the cake top is browning too much, cover with a circle of kitchen foil.
Remove from the oven when ready and allow to cool on a wire rack.
For the icing, beat the butter and cheese together in a clean bowl until light and fluffy.
Add sugar and vanilla extract and mix well.
Add the coconut and mix again.
Once the cake is cool, remove from the cake tin and spread the icing all over the cake.
Decorate the cake with a few crushed pecans and serve in generous slices.
dimaklumkan resipi di atas ini di petik directly dari BBC tu...tu tu...malas nak menulis balik...
125g/4oz butter, softened, plus extra for greasing
225g/8oz cream cheese
450g/1lb icing sugar
1 tsp vanilla extract
Preparation method
Preheat the oven to 160C/320F/Gas 2.
Sift the flour, baking powder, salt and bicarbonate of soda into a bowl and mix well.
Add the sugar, walnuts, pineapple, sultanas, mashed banana, passion fruit pulp, grated carrot, oil and eggs and mix well to completely combine.
Pour the cake mixture into a greased 22.5cm/9in cake tin and place into the oven to bake for 1-1¼ hours, or until cooked through. Test by pushing a skewer into the centre of the cake. If the skewer comes out clean the cake is ready.
If the cake top is browning too much, cover with a circle of kitchen foil.
Remove from the oven when ready and allow to cool on a wire rack.
For the icing, beat the butter and cheese together in a clean bowl until light and fluffy.
Add sugar and vanilla extract and mix well.
Add the coconut and mix again.
Once the cake is cool, remove from the cake tin and spread the icing all over the cake.
Decorate the cake with a few crushed pecans and serve in generous slices.
dimaklumkan resipi di atas ini di petik directly dari BBC tu...tu tu...malas nak menulis balik...
Thursday, February 24, 2011
Macaroni Soup with Sliced Beef and Chye Sim
I was coughing non-stop till my chest wanna burst and convulsed. Kalau dah cough mestilah semfutt (asthma)...blame it on the weather?... tak boleh lah asyik nak blame on something jerr... Allah swt bagi kita hidup ceria mana boleh kita komplen2... syukur kehadrat illahi kerana masih mampu bernafas.
Kalau tak sakit tak lah sebok nak bikin soupy food nih... hahahahahahahahah kerana sakit tekak maka makanan serupa ini lah yang menjadi idaman kalbu.
Ingredients
200 g thinly sliced beef
1 big onions chopped
3 garlics chopped
ginger sliced thinly
carrot thinly sliced
Chye Sim
(my neighbour nih selalu bagi sayur kalau dia beli banyak mesti dia bagi dua gan I... thanx Pin)
salt and pepper
1 teaspoon of sweet dark sauce
Tumis bawang, garlics and ginger lepas tu masukan carrot didihkan baru masuk thinly slice beef tadi masukan garam pepper dan black sweet sauce... dah mendidih baru saya masukan chye sim tadi. Makan panas-panas memang lazat dan berpeloh-peloh. Alhamdullillah.
Tauhu Pecal
Orang jawa seperti kami nih tauhu gan tempe makan harian pun orait jerr... cermat dan bermutu juga. Now anak dara pun kalau nampak Tauhu nih suka banget. Resipi di atas ini hanya goreng tauhu bersama tepung beras, telur dan sedikit sebuk kunyit. Pecal tu kakak den beli instant... ermmm enak sangat rasanya seperti rencah ayam percik.
Hubby dah pesan Mak supaya kurangkan makanan gorengan untuk anak-anaknya... baiklah Mak buat pun in small portion. Lepas tu Mak ajak berdua tu pergi main kite dan lari-lari itik kat garden nih hah.
Cantikan park nih kat bakang rumah Mak jerr... lari-lari berpeloh anak beranak. Si abang kejar si adek... adek kejar abang... si mak kejar dua ekor tu suwuh balik hari dah petang...hahahahahha kejar mengejar pun best juga sesekali.... lenkali nak jugalah bawak radio cam bangla boleh nyanyi-nyanyi lagu hindustan sambil pegang dan semunyik di balik pokok bunga...
Been feeling worrisome lately, planning to take some actions to stop inquisitive eaters kat rumah nih!... Lately My kids have been eating abnormally a lot, keep requesting and savouring more devilish food with passion! ...and Soon, they're both reaching puberty...
All my worries begins to erode... and when I ... ermmm.... actually these issues has been haunting me eversince.
Apabila Mak balik bertugas Mak selalu terpikir budak-budak menengah sekarang nih badan deporang nih besar-besar gajah. Apabila Mak ke kantin sekolah Mak jengok-jengok food intake deporang nih semua... Ya Rabbit! Adakah anak-anak kita akan mengalami nasib serupa dengan anak-anak di barat kelak?!
... and that's how it all started....
Di tambah pula dengan tertengok documentary mengenai anak-anak yang obese di UK. Since both my teenage reaching puberty soon, I am so damn worried Occay. As, their food intake have been in abundance lately. It's every parent's nightmare dealing with obese child.
If we look around anywhere near us, out of 10 about 3 to 4 children are overweight. So what are we gonna do now?! The bottom line is parents play the vital roles in bringing up good healthy children. Parents themselves must restrict their food intake, be healthy and set good example before they could instill good values in children...
It's really a scary phenomena... and we have to fight it effectively!
Tuesday, February 22, 2011
Whoooshhhh....whosssssh...
So, kalau mak berangin nih... nak jerr makan masam2 pedas2 dan gorengan... orang lain Mak tak tahu lah kan... Tapi kalau Mak memang makanan begini jerrlah yang lalu di tolan... Sua Sue Kemoning~~~ Sua Sue Kemoning~~~Istimewa Raja...
Tiada resepi sebab semua instant Ayang oiiiii!...tunjuk gambar jerlah...hihihiihi
Saturday, February 19, 2011
Cheesy stuffed mushroom
Tadi tetiba bila bukak esbok baru perasan beli mushroom besar semlm. Hah Mushroom nih kang dok lama dlm esbok tak cantik. Sebenarnya tak jadi nak buat pasties... malas mungkin esok lah ya...
So dah masak nasi gan lauk kupang sambal wth ikan goreng...macam kurang gitu.. somi ku harus ke kerja... hah idea nih kan selalu datang menerja last minute. Ku ambil mushroom besar sebanyak 8 ketul ku bersihkan dan buang stemnya...
Ingredients
8 palm size Shiitake mushroom
2 Diced Tomatoes
2 tbspn cream cheese
2 slice cheddar cheese ( I need to stock up parmesan!)
sliced chillies (orang melayu mesti nak pedas!)
1 big egg whisked
chopped daun bawang
1 tbspn of olive oil
salt and pepper
Cara membuatnya mudah. Whisked egg then masukan segala bahan yang telah di cincang tadi di dalam bekas telur... Shiitake mushroom saya sautee beberapa minutes di atas griller with olive oil kerana ianya besar dan mengkal (running out of time LOL). Setelah itu masukan bahan tadi di dalam shiitake mushroom dan bakar di dalam oven selama 15 minutes at 220ÂșC (nak cepat dah)...result nya WOW! Sedap amat...my hubby and son loves it so much so am I...my girl takde ada netball tournament kalau dia ada pun dia tak suka mushroom sangat.
Marilah coba jangan tak coba...!
Wednesday, February 16, 2011
Macaroni Cheese ala Kualiburuk
'Thank You Mommy!'
'Sedappp MOM!'
'Umie Best'
Setiap kali saya masak dan hidangkan untuk anak-anak serta suami...setiap kalilah ayat ini pasti bergema. Walaupun adakala masakan itu terlalu santai. Alhamdullillah. Panggilan Umie, Mommy dan Mom nih selalu di ubah-ubah ikut sukahati keluarga saya...hahahahahah
Sehingga adakala jiran sebelah rumah saya yang berbangsa Thai Cina akan ketawa terkekekekekekek melihat kami. Kami sealiran memang kami selalu suka main masak-masak dan kebetulan anak kami pun hanya dua sahaja sepasang lelaki dan perempuan.
Buat ibu seperti saya tiada apa yang lebih mengembirakan selain dari ucapan kasih dan sayang dari keluarga. Tiada hadiah dan habuan yang lebih bernilai selain melihat anak-anak dan suami gembira bila makan masakan kita.. dan mengucapkan terimakaseh kerana rezeki yang sedap di nikmati bersama.
Selalunya apabila masak saya bergilir-gilir menanyakan siapa nak makan apa? Adil dan saksama. Senang kerja saya tidaklah pikiran nak pikir masak apa setiap hari. Dengan cara begini semua akan berasa senang dan happy. Hidup bersederhana dalam segala hal adalah pilihan kami.
Masakan di atas ini adalah atas permintaan anak dara saya.
Ingredients
1/2 a packet of macaroni di rebus dan di asingkan
2-3 garlics chopped finely
5 slice of cheedar cheese
(saya kalau membeli cheddar cheese nih memang beli packet besar arrr)
2 tablespoon of butter
I/2 cup of milk
salt and pepper
thin sliced sausages
Panaskan butter dalam periok or pan atas api yg kecil. Setelah itu masukan sausages or anything you desire, either prawns or chicken.
Masak sehingga cantik baru masukan susu, cheedar cheese and salt and pepper. Apabila cheese dah mula mencair tutup api dan cepat2 gaulkan dengan macaroni tadi sebelom cheese mengeras... terus NGAP!!!! jangan tunggu lama-lama...
Banana Bread Pudding
Hah somi mak memang minat sangat kuih, cake atau roti yang manis-manis. Semalam dia off day. Mak pun menganyam ler... bukan anyam ketupat tak kose nak anyam lepat dan ketupat...hihihihi Mak anyam bread pudding lagi.
Mak tanya babah nak makan Bread pudding lagi tak?... Nak! Nak! Memang dia minat sangat bread pudding nih lagilah kalau ada banana manis dan lazat. Mak suwuh somi mak pergi beli pisang. Cepat-cepat dia pi kayuh basikal pergi pasar dekat jerr...
Ingredients
6-8 pieces white bread
3 bananas (dunno wat's the name sori...heheheh)
2 eggs
1/2 cup brown sugar
1 tablespoon cinnamon powder
1 cup evaporated milk
1 teaspoon vanilla essence
a pinch of salt
As usual, beat eggs with brown sugar, evaporated milk, cinnamon powder a pinch of salts and vanila essence. Beat lightly. Place shredded bread into buttered baking dish and pour over the mixture. Bake at 175ÂșC at about 25-30 minutes.
Tuesday, February 15, 2011
Kentang Goreng Bawang Ikan Bilis
Ya Allah Mak nih kan kalau dah mula melukis, melakar. mengait, membaca buku itu ini mulalah malas nak update blog. Terus-terang kaku otak Mak sampai tak tahu nak tulis apa....yelah tulis resipi pun malas. Dah bersusun gambar masakan lom update. Malasnya Mak nak update blog... mintak nyawa...
Masakan kali ini pun simple banget! Goyang-goyang kepala pun bleh buat...hahahahahhaha
Bahannya
3 biji kentang
1 cawan ikan bilis
2 biji lada merah di hiris
1 bawang besar (giant) di hiris
3 ulas bawang putih juga di hiris.
salt and pepper
Mak goreng dulu ikan bilis lalu asingkan. Minyak lebihan Mak goreng kentang membar-membar dulu...lepat tu baru Mak masukan bawang semua dan lada hirisan. Gaulkan bersama ikan bilis tadi letak garam dan lada sula...hah masak simple gini pun budak-budak suka. Jika anda suka bawang masakan begini terserlah kemanisan bawangnya.
Kan Mak pernah cerita kami anak beranak kalau Carbo baik nasi, tepung. kentang, pasta memang hantu! lauk ini kami makan bersama nasi berani mati di bawah ini...hahahahahhahahaha..tapi belom berani Mak nak diet... tak sanggup!
Sunday, February 13, 2011
Nasi BeraniMati
Jangkanya nasi berianilahkan...har har har.... tapi as usual tak cukup bahan. Mak malas nak ke kedai got no time. Maka Mak pun pikir punya pikir akhirnya menjadilah. Dek kerana kasihan babah bekerja hari nih dan Mak nak lah kasi makan yang enak-enak sikit buat somi terchenta ku, Mak usahakan juga... masakan ad-hoc!
Kalau anda mengunakan Bhasmati Rice anda kene rendam selama setengah jam tapi jika pakai beras biasa takyah rendam lah ya... dan jika mengunakan Bhasmati Rice as usual air kene lebih.
Caranya Mudah
2 cup Bhasmati Rice
(kalau takde beras thai pun ok tapi kene tambah lah tak muai)
2 big spoonful of Planta
(majerin ke butter pun ok jerr atau ghee)
2 sudu rempah kari daging
1 sudu rempah kurma (optional)
1 big onion
5 garlics
1/2 inch ginger
(blender bahan ini)
1 cube stok chicken knorr
Garam secukup rasa
Optional
Bunga cengkih lawang dan kayu manis (Mak kehabisan stock and anak-anak tak suka we opt-out)
1/2 cawan kismis
segengam gajus dibelah dua
chopped parsley
bawang goreng
Tumis bawang garlic dan halia yang telah di blender tadi, mengunakan dua sudu penoh Planta tumis hingga cantik masukan rempah kari dan kurma dah tumis lagi sehingga wangi. Masukan beras yang telah di rendam tadi dan kacau rata selamat seminit dua sahaja. Setelah itu masukan air secukupnya berserta garam dan stock chicken knorr.
Mak mengunakan periok Rice cooker untuk menumis juga di atas gas stove apabila dah sekata mak alihkan dan masak di Rice cooker senang jerr. Apabila nasi dah mula masak masukan kismis, jika suka gajus dan gaul rata bersama parsley dan bawang goreng.
Nanti Mak update resipi sampingan itu... Mak capek dah...cuci baju berkoyan nak mengosok lagi..
Verdict : Mak masak ayam masak merah dan kentang goreng ikan bilis bawang serta acar buah pemberian my SIL... NYUM anak-anak serta suami kata SEDAP UMIE!
Nanti Mak update resipi sampingan itu... Mak capek dah...cuci baju berkoyan nak mengosok lagi..
Pasta with Mussels & Tomato Sauce
At times, adalah makan luar tapi Mak nih mesti jadi pengkritik tegar... ngomel jerr tak sedaplah... itu lah ini lah... lagi lagi Sssss-en (malas nak sebut kang ada yang sentap mengelabah Sua Sway kemoning) Mak kalau pergi sana Mak cam nak cokik-cokik manager kat sana. Dagingnya amat jarang berjuicy - kering kontang! Bila Mak complaint sama juga malah di berikan yang baru... tapi kering kontang juga baik ayam baik daging dan ikan kering ... dorang suck up all the juiciness dari nate-nate tu agaknya... kuciwa u know!
Bila ada manusia yang usulkan Atkins Diet Mak marah meronta-ronta sampai nak hentak meja,... ehe kemain lagi Mak...hahahahahhahahaha eksyen jerr...
Jangan percaya sangat diet atkins tu makan daging tiap hari tak hengat tu kang mudarat tau. Apa-apa pun yang kita makan kenelah berpada-pada jangan sampai mudaratkan diri. Imbangi dan makan dalam quantity yang sederhana... ewah nasihat orang pulak Mak nih...mcm iyo-iyo or jerr... hahahahhahaha
Bahan-bahannya
4 red chilies
5 garlics
1 onionsblender the above ingredients
1/2 a packet of Liguine
1 big can of Big Chunk of Tomatoes
4 slice of cheddar cheese
salt and pepper
1/2kg of mussels (steamed)
Olive Oil
1 cup water
Parsley chopped
As usual rebus linguine di dalam air bercampur dengan garam dan olive oil. Setelah itu asingkan. Tumis bahan blender tadi with olive oil...orang putih tak letak chili nih...maklumlah kita nih orang melayu macam mana pun mesti nak pedas-pedas sikitkan. Tumis sehingga hilang bau lada tu then masukan big chunks of tomatoes dari 1 big can. Apa brand? Apa-apa pun ok sedap ianya manis. Mungkin kerana Mak nih penchenta Tomatoes so anak-anak pun mengikutlahkan.
Setelah cantik masukan mussels yang telah di rebus atau kukus tapi gaul bersama sos dan masukan segelas air. Gaul rata lagi lalu masukan cheese tadi sehingga larut maka masukan linguinie dan balik-balik sehingga jaya. Senang jer kan...tapi anak-anak dan suami Mak menjilat jari... kenyang beb!
Mak suka jer menjamu orang, tapi kalau orang tu high-class sangat baik takyahlah kan piler restorante... kerana Mak mengunakan bahan-bahan di pasaraya sahaja... hihihihi
Saturday, February 12, 2011
Cinnamon Choc Chips Bread Pudding
Bahan-bahannya
6-8 keping roti (di siat empat)
2 sudu majerin (dlm stock mak ada majerin jerr heheheh)
4 biji telur sedang
1-1/2 cawan susu (kerana roti orang asia kecik sahaja hahahahha)
2 sudu sugar (asal 3/4 cawan sugar banyak tu)
2 sudu besar cinnamon sugar
Taburan cinnamon powder (di atas roti seblom di bakar)
1 sudu kecil vanilla extract
1/3 cawan Chocs Chip
Susun roti yang telah di siat di dalam bekas. Taburkan choc chips sesuka hati. Di selang seli dengan taburan cinnamon sugar tadi. Setelah itu Sira melted majerin tadi di atas roti sekata.
Di bekas yang lain, pukul empat biji telur tadi bersama susu, vanilla, gula setelah itu tuangkan ke dalam bekas roti dan terapkan roti bersama telur dan susu tadi keseluruhannya. Setelah keserapan taburkan choc chips lagi dan cinnamon powder.
Oleh kerana anak-anak terlibat di dalam pembikinan bread pudding nih...maka terjadilah kejadian terover banyak cinnamon powder... ianya bukan hangus tapi dek kelebihan cinnamon powder tadi...hahahahahhahah
Bake at 175ÂșC selama 35-45 minutes. Ianya akan mengelembong naik dengan cantik jangan gusar... setelah ia sejuk ia akan kembali mampan.
Verdict: Alhamdullillah jika anda suka cinnamon bun or melt dan malas untuk menguli ini adalah satu cara terbaik untuk menikmatinya. Kami makan puding ini bersama dengan Smucker Blueberries Jem dan ianya sungguh lazat sekali..NYUM!
Monday, February 7, 2011
Chicken Potato Pie
Actually, I was clearing space in my fridge and using up all the leftovers. So, I made this simple pie for family dinner.
Simple jerr ikut sedap rasa jerr resipi nih...potato tu pun belen ituhari I boiled it ingat nak buat mashed cheese potato tapi macam weak jerr jiwa raga nih... penyakit malas menyerang hebat. Leggo's pasta sauce belen masak pasta and with lots of chicken yang di beli dari KFC maklumlah Gong xi pa chai! no shop no food!... dan juga puff pastry margarine yang masih berbungkus tanpa di sentuh... virgin lagi tapi almost expired lah hohohohoo... btw bila lah Mak nak bikin real puff nih...? Mak sangat tensen bab uli menguli lah...
Kita ibu nih kan kan... nak buang barang makanan sayang sangatkan... asyik teringat anak-anak afrika, jangan kata afrika tu jauh sangat...berapa ramai orang india, indon yang tiap hari kelaparan? Ada juga orang di sini yang tiada berkemampuan ya Allah tabahkan lah hati-hati mereka menjalani kehidupan sukar di dunia yang pana ini... insyaAllah di akhirat kelak mereka pasti gumbira....
Lagipun kan bukan mati pun kan ...kan... makan makanan recycled nih ..sib baik ada peti ais yang sangat berguna... ntah-ntah restorant di luar sana lebih hebat meng-recycled masakan mereka... opocots hehehehhe... wallahuallam.
Ok lah resepi kali ini... pastry tu... macam biasa Mak main picit-picit jerr... jari jemari Mak tak berketul dan tak bermaya nak uli kuat-kuat... picitan jer pun sedap pulak tu...
Ok pastry tu Mak cuma tambah air suam gan satu cawan tepung Mak picitan dengan marjerin pastry yang Mak potong kecilan dan comel!...setelah itu Mak giling uli letak bawah dan atas jer kat tu Pie sangat lerr tu cikunun har har har .... orang buat pie Mak pun sebok menyepai!... boiled potato tu Mak hiris dan letak kat atas Pie... susun cantik-cantik...
Inti tu pun Mak siat-siat jerr ayam KFC, masukan dalam non stick pan, add leggo's pasta sauce (halal tau enak lagi), Mak nih penchenta tomato... so berantakan tomato Mak masukan many many, chopped many-many garlic, sebiji sahaja bawang besar tu pun di cincang kasi halus dan setin cendawan butang...bak kata anak Mak si bujang nih cendawan tu picit kuar bunyi tot tot...hahahahahhahahah.
Setelah masak Mak masukkan ke atas pastry crust yang Mak dah lapik bahagian bawah corningware (ntah lah apa namanya mende alah tu, my kakak bagi 2nd hand tu... kerana dia beli yang baru yebaa ariba!) .
Then Mak add cheddar cheese empat keping susun rapi macam tingkap. Tuangkan lagi belen inti tadi ala-ala lasagne... atasnya Mak balut dan tutup gan pastry picitan tadi dan susun ketang rebus tadi dengan cantik. Lalu Mak sapu dengan melt butter di atasnya...
Bake at 200ÂșC about 30 minutes... Mak tak tahulah Oven Mak nih dah main sua sue kemoning... asyik angin jerr... U olls pandai-pandailah layan oven U olls dengan sempurna ya.... kalau nih oven kondem ada chance Mak nak beli baru punya Yabedaaabeduuuu!
Sosek-sosek ada orang kata Mak nih asal boleh jerr... ada hati pulak bikin blog... uwahahahahahahhaha Mak bahagia dengan asal boleh Mak nih... Mak gumbira dapat bikin blog tau!
Saturday, February 5, 2011
Roti boyan
Hari Raya Cina yang sangat sebok. Yelah lepas rumah kakak pergi rumah abang pula...saling kunjung mengunjungi sempena cuti panjang nih...makan-makan pot luck dan bermacam-macam activiti. Masak-masak dan bikin kuih tu yang best. Makan toksah cakaplah kembong perot...hilang diet Mak...hahahah macam pernah diet jerr...hihihihi
Di rumah kakak kami, kami beramai buat Roti boyan sedap... sehingga anak Mak dan anak buah semua sebok menolong. Muafakat membawa berkat. Setelah itu belajar buat nasi beryani subhanAllah meriah...
Suami Mak terpaksa kerja tidak dapat hadiri upacara sambutan CNY yang sangat best... so tak sampai hati Mak balik buat lagi untuk suami roti boyan nih...mudah jerr Mak buat sikit jerr untuk kami empat beranak.
Resipi tepungnya
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin (Mak guna planta)
garam secukup rasa
air secukup untuk senang menguli
Intinya
3 biji kentang besar
1 biji bawang besar di cincang
3 biji bawang putih di cincang
2 sudu majerin
daun sop bawang di cincang halus
2 sudu besar udang kering (di rendam dan tumbuk halus)
sebiji telur
garam dan lada sula secukup rasa
Tepung di uli dengan cantik seperti membuat kulit karipap atau epok-epok. Kentang di rebus sehingga empok. Setelah kentang empok di lenyek halus bersama majerin, bawang dan segala bahan inti tadi berserta telur sebiji di pecah dan gaulkan bersama.
Exactly seperti membuat epok-epok uli dan roll tepung agak lebar. Saya mengunakan mangkuk sebagai acuan. Mangkuk saya dan mangkuk anda adalah berbeza ukurannya...so agak-agaklah ya...
Saya tidak mengorengnya di api yang banyak. Pertama saya hanya mengoreng membar sahaja tanpa minyak dan mengunakan non stick pan. Supaya saya boleh menyusun dan mengangkat dengan mudah. Setelah itu, anda boleh simpan di dalam fridge untuk selama seminggu jika di buat begini. Bila saya hengak makan barulah saya akan mengorengnya di api yang banyak sedikit agak-agak ya...dan makanlah bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal udang power.
Selamat mencoba... sekarang setelah penat mengemas, mengemop dan menukar kain sofa, saya sedang sebok nak buat pie pula untuk jamuan malam nanti bersama keluarga. Temujanji today bersama abang kakak terpaksa di tunda esok sebab geram tengok rumah berselerak...lemas! Esoklah sahaja kita pergi pikenik ya...
Kuih Bakar Berlauk
Ini adalah permintaan abang-abang Mak. Dulu pernahlah bikin tapi dah lama juga... mak pun dah lupa bila. Tapi kerana acuan Mak telah hilang di sambar ngak tahu sape ya?... Mak terpaksa pinjam acuan kakak Mak yang pakar bikin kuih.
So tadi Mak bikin dengan tekun... tapi Mak taklah bakar atas api... hahahahha seperti biasa Mak playcheat... tak kuasa mak nak berganggang atas api dan nak bertutup bagai nak tunggu masak... kang bawah kuih tu terbako berlubang dan hanguih!... so, Mak masuk jerr dalam oven cepat, mudah da timer lagi!
Mak ada simpan buku resipi lama dulu buku cover keras tu... buku tu dah mula di makan dek latat... congkah-mangkih Mak tulis asal boleh ntah resepi dari mana-mana... mungkin sepanyol...afrika....uganda..ntahlah dah lufer samasekali.
Sodang dok belek-belek tu tetiba ada silverfish terpelanting buku tu jatuh... Mak takut gan silverfish nih....ngeri siot! Then Mak terjumpalah Pak Ismethnya resipi di FBnya... nkorang boleh ikut cara Pak Ismeth nih lebih best kot. SubhanaAllah ini pak Ismeth memang tak lokeklah dengan resipi... santai dan best mudah jerr so Mak combined resipi... lebih-lebih lagi bab mentega tu dan sukatan yang berlainan sedikit... ikut buku lama Mak...
Bahan-bahannya
500mlm santan Kara
400g tepung gandum
4 biji telur besar
2 sudu planta
air secukup (agak jangan terlalu cair atau terlalu pekat)
garam dan lada sula secukup rasa
Intinya
300g daging cincang
4 biji garlic hiris halus
6 biji bawang kecil hiris halus
1 sudu rempah kari
1 sudu lada kisar (optional)
2 sudu besar udang kering (rendam dan kisar)
hirisan lada merah secukupnya
parsley hiris halus (kali ini kurang sebab takde stock coti CNY dah)
Caranya
Tepung, telur, butter, santan, garam dan lada sula di gaul sehingga menjadi batter. Setelah di gaul rata saya masukan bahan ini ke dalam blender dan putar-putar kasi halus dan cantik, sebagaimana saya melakukan untuk membuat roti jala. Mudah bukan? Sesudah ianya tidak bergentel saya tambahkan air kacau lagi sehingga batternya nampak elok tidak pekat dan terlalu cair. Kenelah agak-agak ya...susah saya nak terangkan sukatan metric airnya. Fhening!
Cara membuat intinya
Tumis bawang, garlics, udang kering kisar dan lada kisar sehingga cantik masukan daging cincang tadi bersama rempah kari. Setelah hampir kering masukan hirisan lada masak sehingga cantik berseri. Angkat dan masukan chopped Parsley.
Please pre-heat oven at 220ÂșC together with the acuan using the lower burner. Sapu acuan dengan butter atau minyak masak mengunakan daun pandan agar wangi. Bakar kuih hanya selama 10-12 minutes sahaja. Mengunakan lidi satay untuk mencungil kuih tersebut....oh sangat mudah.
Tapi lain oven lain kerenahnya... adjust accordinglylah ya...
Mak malas nak susun-susun parsley gan lada cantik-cantik kat kuih bakar... sebab Mak nak cepat ada doa selamat tadi selepas sholat jumaat... mak campurkan sekali gus...jika anda telaten dan ada masa buatlah cantik-cantik ya...
Friday, February 4, 2011
Nasi Tomato Al Unta Senyumlah...
Tidak sangka my nieces and nephews serta my kids lovin it! Even one of my elder nephew ask for the resipi... terharu Mak suka sangat dia...
Resipi ini Mak olah sedikit kerana tiada pasar untuk membeli mutton atau beef...Mak gantikan dengan Ayam lah dan ada beberapa bahan yang Mak menokok tambah...
Ingredients
4 cups of Bhasmati
3 cups of Cherry Tomatoes
4 tbsp of Leggo's pasta sauce
2 tbsp of fresh chilli paste
1/2 olive oil
2 debone chicken thighs cut into small pieces
6 shallots sliced thinly
4 garlic sliced thinly
1/2 inch ginger sliced
2 knorr chicken cubes
6 slices of cheddar cheese
1 cup frozen corn kernels
2 tbsp of butter
Chopped Parsley
salt and pepper
Directions
Wash bhasmati rice and let it soak in water for about half and hour.
3 cups ripe cherry tomatoes, cut in halves and let it shimmer in 1/2 a cup of olive oil for few minutes. Continue bruising cherry tomatoes with pasta sauce and fresh chilli paste for another 10 minutes. Add sliced shallots, garlics, ginger, then add a cup of water, chicken stock and chicken. Let it cook for another 10 minutes. Add salt and pepper to taste.
Combine all the cook ingredients and mixed it well with the uncooked rice to the cooker. Adjust the water amount accordingly for the rice and let it cook. Once the rice is cooked, add corn kernels and shredded cheese, mix and fold cheese well with the rice before serving.
p.s.I love you : sorry halfway tertukar bahasa sebab dah malam...mak pun blur nak explain hahahahahhaha
Wednesday, February 2, 2011
Rempeyek KualiBuruk yang buruk!
My eldest sis always insisted that we all berkumpul adek beradek sebulan atleast sekali walaupun kami telah tiada lagi ibu dan bapa.... muafakat membawa berkat. Maka akan ada sessi pot luck juga...hailah ingat nak masak nasi tomato lah esok resipi orang jawuhhh (mybest fren) nun dari tanah arab sana! InsyaAllah ya akan Mak coba resipi anda!
So tadi kerana appointment kencel makanya mak cobalah buat rempeyek lagi... dah beberapa kali Mak tidak berjaya. Call lah juga kakak yang tinggal di bukit batok tu...camne ya orang buat bleh garing...dia kata letak kapur lah adek, sikit jerr tau...Ohhhhh...adek cobalagi lah ya? Ntah yang keberapa kali dah coba...mmg takde rezeki agaknya nak tera...hahahahahhaha bukan nak jualan pun...sekadar nak sangat belajar buat makan sendiri jerr..
Seorang kakak suami Mak lagilah tera kalau hari raya beratus tin dia jualan rempeyek jerr...boleh naik haji lagi...subhanAllah hebat! Kalau mak tanya kak camne nak bikin rempeyek...nanti dia akan cakap...nak rempeyek ke adek? ala ambik jerr kakak punya ada stock nih...ermmmm...main ambik jerr...main makan jer...bila nak tera nih...tapi rempeyek beliau mmg hebat arrr...WA TABIK SPRING! so far nothing can beat hers...
Pokoknya Mak tidak lah setera kakak-kakak dan kakak ipar Mak...mereka semua, nanti ya Mak nak kira gan jari ada 6 + 5 = 11 orang kesemuanya veteran yang berjaya di lapangan masak memasak...Mak pula?... Tera buat blog merepek dan petik gambar sahajalah... hahahahahha depa semua bukan ada blog pun... tapi order mencurah-durah hasil pendapatan mereka adalah melalui makanan...MasyaAllah rezeki mereka berlipat kali ganda mak haji semuanya...
Kejayaan mereka adalah kejayaan saya juga...ewahhh berbesar hati juga dapat kakak-kakak dan kakak ipar yang tera masak nih... so kalau saya tak tahu masak...memang nahas lah kan... back to school jawabnya... hahahahahhahaha
Tak payahlah saya letak resepi rempeyek saya nih... sekadar memenuhi impian blog sahaja... tapi alhamdullillah ada garing rasa not so bad lah tapi need more improvement... malu nak letak resipi... hahahahhahahahahah lenkali jerlah ya...
Alhamdullilah dapatlah sebalang untuk suami ku makan mlm nanti sambil tengok bola...
Ikan Sembilang Lemak Cili Api
Hah saya kalau tengok ada ikan sembilang nih saya suka. Sebab saya suka sangat isinya lembut. So, saya beli sekor jerr...heheheheh tu pun kecik jerr... masak pun sekali jer kan.
Kalau tengok ikan nih otak berligar masak cili padi lah yang paling best. Mula-mula ingat anak-anak tak reti makan..bila dah masak subhanAllah semuanya suka rupanya...bolehlah Umie beli lagi bila ada. Kat pasar pun bukan selalu ada ikan sembilang nih. Ikan pelik-pelik memang jarang jumpa asyik-asyik ikan bawal, ikan tongkol ikan selar besar...memang membosankan..
Cara memasaknya mudah jerr
4 biji lada merah
5 biji lada padi
sudu kecil belacan (belacan penang kaw kaw)
setengah biji limau kasturi (buang bijinya)
optional jika tidak suka limau kasturi asam keping pun ok...tapi saya lebih suka limau kasturi
semua bahan di atas saya kisar halus
bahan melontar
beberapa biji tomato ceri
4 biji lada padi
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
serai di titik
halia hiris
santan 2 sudu besar
Tumis bahan kisar tadi dengan sehingga cantik masukan halia dan serai yang di titik tadi. apabila mendidih masukan ikan setelah ikan masak baru saya masukan santan 2 sudu besar. Masakan kali ini saya tidak mengunakan bawang pun kerana ntah takde mood nak letak bawang...hehehehehehhe tulah saya...ikut suka hati jerr ...
Alhamdullillah budak-budak suka walaupun pedas dan bapaknya mentelah lagi....habis dah santapan lunch bersama ayam goreng. Semangkuk kuah di atas itu cukup buat kami anak beranak. Dinner nanti masak lain pula...biarlah Mak rehat cari idea baru pula untuk masak apa malam nanti...idea untuk esok dah ada...hehehehehhe
Tuesday, February 1, 2011
Hati Goreng Rempah
Terus terang saya tidak pandai masak daging... tapi kerana asyik-asyik kurang darah jerr. Doc suruh makan hati lembu atau kambing untuk kesihatan tapi tidaklah boleh selalu. Kerana jika terlebih makan bisa mudarat kerana kandungan iron yang begitu tinggi..so makan ala kadar sahajalah...
Health Benefit
While beef liver contributes to so many different aspects of overall health, one specific benefit is found from finding such large quantities of vitamins B12, B6, and folate in one source. These vitamins reduce the levels of homocysteine in the blood and that results in improving cardiovascular health and decreasing your risk of having a heart attack.
Read more: http://www.livestrong.com/article/47245-beef-liver-nutrition-information/#ixzz1ChasVLuN
So saya pergi kedai beli lerr 2 dollar worth of hati lembu nih... saya tidak mahu membazir beli banyak-banyak... so balik saya rebus. Apabila di rebus dia mengeraslahkan...so saya tengok resipi lama dalam kuali buruk juga....ermmm hehehhe kekadang memang lah boleh lupa sebab jarang masak hati lembu...tak setahun tak sekali jerr...
Seperti biasa saya selalu playcheat dalam memasak nih... so kalau anda seorang yang perihatin dan suka masakan yang tidak playcheat.... tengok jerr gambar jangan di ikut masakan saya nih.... hahahahahaha gurau jer...
Cara saya mudah
Hati di hiris nipis, saya potong bawang besar, bawang putih, sedikit hirisan halia lada merah, sesudu kicap manis, sesudu rempah daging, sesudu black pepper sauce sedikit air. Saya tumis sehingga hati nih kering bersama bahan-bahan tadi. Bila nampak berminyak dan cantik dah masaklah.
Tapi saya suruh suami saya makan dulu. Hahahahahahhaha biarlah apa-apa pun dia rasa dulu...saya nih kurang adventurous bab makan nih tu pasal jarang nak makan kat luar sana...
Dia kata sedap! Umie makanlah sedap nih!...hah saya pun terbayang dulu waktu kecil arwah mak saya selalu masak lauk hati dan limpa...tapi sehingga kini saya belom lagi berani nak masak limpa ke babat ke?...Memang no confident lansung...
Berbalik pada lauk tadi.. bila sang suami makan lalu kenyit-kenyit mata kat saya tanda suka...apalagi saya pun makan...ermmmm sedap juga...saya gaul lauknya dengan nasi panas...ermmm saya makan dengan sukahati!
Ayam Sos Tiram
Mak kalau sakit otot, sakit kepala, sakit malas ...maka ini sahajerlah masakan Mak untuk anak-anak. Malam bapak bebudak memang tak makan dinner melainkan dia off day. Frankly kalau bapak bebudak takde, hati Mak manyak senang...sebab anak-anak berlauk ayam pun dah ok...kalau ada bapak bebudak Mak pikiran nak masak apa...kasihankan nak bagi makan ayam jerr...
Resipinya
4 keping ayam belah dua
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap masin
1 sudu kecil kunyit serbuk (sikit jer dah ok)
1 sudu besar madu
sedikit lada sula
potong bawang putih bawang besar hiris
halia hiris...
Mak gaul semuanya dahulu... lepas tu goreng di minyak yang sederhana setelah di balik-balikan selama 5 minute. Masukan air 1/2 cawan masak lagi sehingga kering, jangan di biarkan di atas api. Di balik-balik selalu supaya tidak hangus.
Anak-anak Makan malam selalu begini...mereka asal ada ayam jerr dah ok.
Subscribe to:
Posts (Atom)