Wok The Talk...

Sunday, July 18, 2010

Spaghetti with Mushroom Cream Sauce


1 big onion finely chopped
2 cloves garlic finely chopped
60g butter
1 cup milk
1 can nestle cream
2 cube chicken stock
optional
Prawn peeled and chopped to small pieces
2 Sausages finely sliced
1 cup of button mushrooms sliced

Saucepan on low heat. Add butter, finely chopped onions and garlic stir fry it slowly. Add prawn and sausages after few minutes button mushrooms and add milk. Keep it cook with low heat and add cream. Boiled and keep stirring until it reaches the desired concentration or starts to thicken.

Add pepper and parmesan cheese if desired. Serving for 4

Ketok Ubi


Waktu saya kecil arwah mak saya selalu buat kueh ini. Sekarang saya tahu kenapa. Pertama ianya sungguh mudah dan keduanya zaman inflasi memang sesuai makan ketok ubi ini. Sungguh menjimatkan!

Kenapa di panggil ketok ubi...mungkin kerana nak buat kueh ini ada aksi ketok mengetok supaya ia benyek.

Bahan-bahannya
Sebatang Ubi sebesar lengan saya
Gula Merah, melaka atau brown sugar
Pewarna Hijau (boleh mengunakan sembarang warna kesukaan anda saya nak carik purple pulak)
Kelapa parut di kukus selepas itu di gaul dengan sedikit garam
Hiasan brown sugar di tabur kat atas kueh (takde pun takpelah)

Cara membuatnya terlalu mudah. Ubi di potong-potong kecil dan di rebus dengan sedikit garam. Bagaimana nak tahu ubi yang di rebus empok coba cucuk dengan garpu untuk test sudah masak ke blom. MUDAH!

Sesudah itu di toskan. Biarkan ianya sejuk barulah mula mengetok-getok kasi benyek berserta gula. Saya mengunakan brown sugar kerana tiada stok gula merah, jika ada gula merah tidak payah pakai pewarna. Ikut sukahati Andalah!

Simpan di dalam esbok anda selama yang mungkin. Jika sudah siap anda boleh di potong dan di sirami kelapa parut kukus tadi dan sedikit brown sugar. Ianya Sungguh ENAK!

*untuk mengambil gambar saya kepal-kepal menjadi bulat saya suka kueh yang bulat-bulat...hihihihihi

Saturday, July 17, 2010

Satay Goreng


Ini recipe ala kodok sebab bahan agak berkurangan. Saya sebenarnya tidaklah berangan nak makan satay goreng. Akan tetapi bila suami saya bersuara dah lama tak makan satay goreng. Maka otak saya pun berjalan lancar. Why not? Cuaca di luar sana masih merembes hujan ayam-ayam. Agak malas saya nak ke pasar. Walaupun pasar cuma sepoloh minit sahaja dari rumah saya. Dasar pemalas...har har har

Saya jengok dalam esbok saya ada daging batang pinang sebatang. Apalagi otak saya keluar munger-munger idea. Jintan manis saya telah lama habis. Ahh takpelah...NO Sweat kata omputih.

Bahan-bahannya
200g daging lembu saya hiris halus
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
sehiris halia
sudu kecil ketumbar (jintan halus bo liao lor)
sedikit kunyit serbuk
garam dan lada sula secukup rasa
1 sudu besar gula
(semua bahan di atas di kisar halus kecuali potongan daging)

Saya perapkan bahan kisaran tadi bersama daging lalu di gaul rata di dalam esbok selamat 1 jam. Setelah itu baru saya mengorengnya didalam minyak yang agak panas. Oleh kerana daging pinang sebatang agak cepat masak jangan lah mengoreng lama sehingga hitam...ala kadar lah ya.

Hiasan 
Suami saya suka satay goreng di makan dengan perahan lemon dan salad. Saya pun suka juga tapi anak bujang saya sangat cerewet dia anti Lemonde LOL. So saya potik gambar semunyik-semunyik buat tatapan semua...

Makan jangan tak makan...nak makan kene lah masak...Chaiyok!

Ayam Masak Merah ala KualiBuruk


Lain orang lain cara dan recipenya. Sebenarnya saya sangat suka masakan yang ringkas kerana jikalau rumit saya jadi kacau-bilau. Hehehehehe.

Seperti yang telah sedia maklum saya tidak pandai masak makanan dalam sukatan yang banyak. So saya masak pun kira macam sukahati sayalah. Asal Boleh. Tapi keluarga saya sangat suka lauk ini. Jika anda nak mencoba sungguh besar hati saya.

Bahan-bahannya
4 kepak ayam di belah dua
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang sederhana besar
6 tangkai lada kering di rendam dahulu
1/2 inchi kunyit hidup
Sedikit belacan
(Bahan-bahan di atas ini di kisar halus)
Sebatang serai di titik
Susu carnation ikut sukahati banyaknya
2 sudu besar sos tomato
Segelas air
Garam secukup rasa

Tumis bahan-bahan di atas sehingga wangi dan berbau enak. Masukan segelas air dan kacau rata mendidih masukan kepak ayam tadi. Apabila mendidih masukkan serai dan juga susu di masak sehingga pekat dan naik minyaknya.

Nasi Butter


Nasi butter nih tersangat mudah. Orang buta pun boleh bikin sama ini nasi. Saya mengunakan susu carnation supaya lemak sedikit.

Baiklah Ramuannya
1 setengah chawan beras
1 chawan air
(ikut jenis beras ya, saya mengunakan beras bhasmati)
1/2 chawan susu
60g Buttercup

Cuci beras seperti biasa. Kalau anda mengunakan beras biasa kenelah pandai sukatan airnya. Manakala kerana saya mengunakan beras Bhasmati maka pengunaan air agak lebih sedikit.

Lauk pauknya ikut sukahati. Oleh kerana anak-anak saya mengemari satay goreng dan juga ayam masak merah maka menjadi lauk pauk lunch kami kali ini. Nanti akan saya update lauk pauknya pula.

Sila menjamu selera.

Friday, July 16, 2010

Kek Batik


4 tbspoon of sweetened condense milk (supposedly 1/2 a cup)
1/2 cup sugar (supposedly a cup)
1/2 cup cocoa
3 packet of instant milo
190g butter
4 eggs
1/2 sudu kecil essence vanilla
sedikit air
Sepaket biskut Marie

Sebenarnya saya ingat nak kurangkan kemanisan akibatnya ia agak cair....gunakanlah satu cup gula so that it will caramelized dengan begitu cantik dan lebih mudah pabila di potong kelak.

Telur-telur di pukul dengan lemah lembut jangan terkocoh-kocoh. Masukan kesemua bahan-bahan kecuali biskut marie dan kacau tanpa henti di dlm periok dengan api yang kecil sehingga ianya pekat or caramelized.

Masukan pecahan biskut marie dan gaul rata. Tuang di dalam bekas dan tekan rata. Masukan ke dalam esbok antara 3 sehingga esok hari. Lagi lama pun takpe lagi bagus.

Nak makan potong ada belen simpan kembali di dalam esbok.

Sunday, July 11, 2010

Eggless Tiramisu


1/2 cup sugar
1/2 cup milk
250g Philadephia Cream Cheese
16 pcs Marie Biscuits
1/2 cup Coffee 
(I'm using blended coffee beans version)
1 teaspoon Vanilla extract


Mixed sugar, milk and cream cheese in a mixer till its fluffy and creamier. Soaked biscuits with coffee for a while and arrange them in two layers and top it with the beaten cheese cream.

Sprinkle Cocoa Powder on the top of this sweet treat as the finishing touch. I added and sprinkles banana nut crunch cereal and dried raisins and cherries too. Chilled for 3-4 hours the longer the better.

As usual I like to modify the recipe to my liking. As I do not like the idea of having raw egg added without cooking them. Feeling yucky. The original recipe they added 4 uncooked egg yolks.

Opocot cakap omputih pulak...LOL

Roti Jala


Orang Temasek panggil roti kirai sebab kita dok mengirai-girai atas api hahahahahahha. Pagi-pagi selepas kemas itu ini saya ke pasar beli muatan untuk seminggu. Maklumlah saya dah mula bekerja. Kene plan baik punya. timing tidak boleh lari jikalau lari tak makanlah anak-anak dan suami saya.

Dulu terus terang saya memang tak pandai nak dapatkan batter yang best. Coba dan coba cair lah hancussss selalu.

So lama-lama menjadi juga sekarang dah boleh tahan lah...makanan kesukaan keluarga saya. Keluarga saya kecil tapi suka makan!

Bahan-bahab Roti jala
500g Tepung gandum
1/2 cawan susu ( saya mengunakan susu DHL jer)
3 biji telur ayam dinosaur (LOL merepek jer)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Saya kalau buat batter nih saya dah campur-campur semua saya blender cepat sikit dan sgt puas hati dia jadi smooth and senang nak mengirai kelak.

Bahan-bahan kari ayam
1 bawang besar di hiris
2 bawang putih di hiris
2 butir kentang di potong empat
Sebiji lada hijau dan lada merah
2 cawan air
1 stok chicken Knorr
3 sudu besar serbuk kari cap baba 
6 keping kepak ayam saya potong dua jadi 12...har har har saya pelokek
dua sudu lada kisar (just nice untuk family saya)

Hiasan tambahan
2 biji telur rebus di potong
Salad

Saya tumis bawang-bawang, lada kisar dan serbuk kari sehingga naik bau. Letak stok ciken dan air kacau rata. Mendidih saya masukan ayam dan kentang. Saya masak agak lama lebih kurang setengah jam kerana anak-anak saya suka ayam yang lembut. Masakan kari ayam ini saya tidak pernah letak santan. Saya tidak suka bersantan kari Baba memang sudah enak.

Saturday, July 10, 2010

Laksa Kamfung Siglap


Arwah mak dan abah saya adalah orang Kampung Bedok Siglap. Mereka adalah jiran tetangga sebelom berumahtangga. Bila mak saya masak laksa...laksa ini macam lah yang arwah mak saya masak.

Kami memang rindu dengan laksa arwah mak. So saya akan kongsi macam mana nak masak laksa ini. Ada bermacam versi juga yang orang bikin. Kita anak-anak nih memang mengikut jerr stail mak kita masak.

Bab laksa nih saya dapati segelintir kaum lelaki tidak mengemarinya... manakala pula kaum wanita ramai yang mengilai makan laksa...salah satunya saya lah heheheh AJAIB!

Perlu di ingatkan ramuan masakan saya hanya untuk berdua sahaja. Saya tidak berapa reti masak banyak-banyak. Senyum selalu!

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan kembung di kukus atau rebus
2 batang serai
1 jari lengkuas
1 jari kunyit
2 ulas bawang putih
1 biji bwg besar
1 cawan kelapa parut 
1 sudu rempah kari
3 sudu air asam
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
*semua bahan di kisar halus termasuk ikan rebus.
Optional* 1 cawan santan 
Beberapa ketulan tulang Ikan kurau kering ikut citarasa.
Untuk Sambalnya. 
Rendam atau rebus sedikit lada kering. Di blender kering bersama belacan dan juga limau kasturi.

Hiasan
Daun kesum atau daun kantan, mentimun dan taugeh.
Cara memasaknya
Tumis bahan-bahan yang di kisar tadi di tumis sehingga naik baunya. Apabila sudah agak garing masukan air asam dan 1setengah cawan air serta tulang ikan kurau kering. Masak sehingga pekat.
Ada yang suka lauknya berkuah lalu campurkan santan. Manakala saya pula tidak suka berkuah so saya tidak mengunakan santan lagi kerana sudah ada kelapa parut.


Mee Ban Mian instant...


Masakan ini mudah sahaja...

1 bawang besar
2 bawang putih
1 sudu ikan bilis di tumbuk halus bersama bawang...
Sedikit lada hitam
Halia sebesar ibu jari hiris...
Sayur sawi
Hirisan  lada merah
Chicken ball/Fish ball or whatever balls you have in your fridge lah
Garam dan lada sula secukup rasa

Bila nak makan buboh lada sula dan bawang goreng dan kalau ada ikan bilis goreng yang besar2 itu....

Sebenarnya saya tidak menumis sebab anak bujang saya tidak suka ada minyak ...makanya saya mandikan semuanya sekali dalam kolam...cemplong-cemplong semua berenang dengan bersuka-ria

Simple jerr kan kan...

Strawberry Bread


Cara-cara membuatnya...

Dough
2 cups of flour
1 teaspoon bruggerman yeast
1 teaspoon salt
1 1/2 cups of water

Kacau air, garam dan yeast dahulu sehingga larut, baru di tuangkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sama rata.


Rest 30 minutes biarkan dan tutup dengan tuala lembab. Cut butter 75gm in cubes and make into dough...
Rest another 10 minutes before kita main design-design dengan strawberries and apples dadudadidu yabedabeduuuuuoiiii! Makan dengan Ice cream mmg nyaman...tu idea suami saya.

Tuna Quiche

Ha! Mari-mari kita masak ala omputih pulak. Selain dari memasak lauk pauk orang kampung saya juga suka membaking.

Haruslah di ingatkan lagi...saya selalu masak untuk kami 4 beranak sahaja. So ramuan dan catuan semuanya ala kadar sahaja kerana saya tidak suka membazir. Dan juga saya tidak suka masakan yang remeh temeh, saya lebih suka masakan yang cepat dan pantas sebab saya selalu kekurangan masa dan saya agak malas nak pakai catuan yang rumit.

Tuna Quiche nih simple sangat bahan-bahanya pun tak banyak. Saya cedok lagi dari blog saya yang lagi satu...

A can of Chunky Tuna, crushed it all might!
A cup of milk.
3 super giant Eggs.
A pinch of salt and pepper.
Cut Spinach Leaves.

2 cups of Flour shifted.
A pinch of salt, water and a bit of margarine. Make a dough.

Lepas bikin sama itu dough carik balang atau those bekas yang tahan panas. Picit2 keliling macam buat pie. Bahan2 di atas di bancuh semuanya...lalu di tuangkan semua bancuhan ke dalam bekas yang telah di picit doughnya itu...then selepas itu apalagi? Bakar sama dia.

Setiap Oven mempunyai misteri tersendiri. Begitu juga Oven saya, perlu di ingatkan setiap oven sangat berbeza dalam cara pembakarannya...bagi recipe ini saya set oven saya to 175 degrees celcius and bake it around 20-25 minutes.

Friday, July 9, 2010

Asam Pedas Ikan Duri


Somi saya sangat suka makan Asam Pedas Ikan Duri...I oso dunno why? Mungkin dia ada affair gan ikan duri Giant?...AJAIB?!

... hahahahahaha saya mmg kuat merepek...paham-paham ajerlah ya.

Bahan tumisannya
3 biji lada merah
4-5 lada kering
(direndam dgn air panas hilang kotoran dan lembut)

Seulas kunyit idop
Sedikit belacan
(nak kata sebesar ibu jari kang lain pulak sbb jari-jari saya sgt kecik dan kontot...sedikit ajaib compared to badan saya)
3 biji bawang kecil
1 biji bawang putih
...bahan-bahan di atas ini di kisar dengan blender cepat sikit halusnya jgn tumbuk kang bila masa nak makan...kebulur lambat!!
Lada hitam di tumbuk halus
Daun bawang
Air Asam setengah chawan
1 keping stok ayam knorr*

*dalam masakan saya, saya suka letak stok cik knorr nih sbb saya tak pandai agak2 garam dan selalu terlupa . dengan adanya cik Knorr saya jarang lupa sbb packetnya yang kiut dan menawan kalbu...so 1 keping stok Knorr nih memang cukup untuk masakan kecil untuk kami berdua laki bini. Anak-anak saya sangat cerewet bab makan mereka ada makanan kanak-kanak ribena tersendiri.

Cara-caranya
Tumis bahan yang di kisar dengan rajin sehingga bau haruman semerbak wangi. Tabur lada hitam halus dan continue menumis lagi. Kalau boleh dah mula bersin baru stop. LOL! Satu chawan air dan setengah chawan air asam yg agak pekat. Ikan duri kene lebih air asam kalau tidak nanti hanyir dan tidak berapa sedap. Masukan ikan duri dan stok cik Knorr, tanak dalam beberapa ketika. Ikan duri tidak mudah hancur dan kene masak agak lama sedikit sehingga kuah menjadi cantik dan berseri indah.

Kemudian boleh lah letak Ladies finger ke atau hanya daun bawang seperti apa yang saya lakukan ini...Selamat Maju Jaya


Thursday, July 8, 2010

Lemak Ketam Nenas


Sejak kecil saya sangat suka makan makanan laut. Ketam, sotong, udang, lala dan ikan adalah makanan yang saya gemari. Waktu saya kecil saya seperti kanak-kanak Afrika kurus kedengking. So arwah mak saya selalu motivate saya dengan memasak makanan kegemaran saya.

Salah satunya adalah Kuah Lemak Ketam bernenas ini. Kalau mak saya masak saya akan berlonjak-lonjak kegirangan. Ini adalah resepi ibu terchenta saya.

Bahan-bahannya
4 ekor Ketam Renjong dicuci bersih
2 sudu besar udang kering (di rendam dahulu agar lembut serta kotoran hilang)
3 bawang kecil
1 bawang putih
1 batang serai di titik
lada padi ikut sukahati
sebesar ibu jari kunyit hidup
beberapa potong nenas di potong ikut sukahati juga
secubit belacan dan garam secukup rasa
1 asam keping kecil sahaja (optional)

Bahan-bahan seperti bawang, udang kering, lada padi dan kunyit saya di tumbuk halus. Tumbuk memakai lesung batu lagi enak rasanya daripada memblender. Kenapa? ntah saya pun tak tahu, mungkin rasa batu lebih sedap dari rasa karen....har har har...

Adakala saya menumis adakala saya hanya rebus sahaja bahan-bahan tadi. Kedua cara di sebut boleh mendatangkan hasil yang serupa. Jika anda tidak suka menumis rebus sahajalah kan...satu trick santan jarang saya letak dahulu. Apabila bahan tadi sudah mendidih di dalam periok masukan ketam dan nenas. Selang beberapa minute saya masukan santan pekat dan saya kacau. Untuk santan tidak pecah jgn tinggalkan mengelegak nanti kuahnya tidak cantik dengan santan berpecah belah. Kacau rata untuk beberapa ketika dan tutup.

Mudah sahaja.

Quaker Oats Buttered Prawn

200gm Udang di belah belakangnya lalu di gaul dengan tepung Haruma (KFC) dan di goreng mengunakan minyak yang agak panas. Jangan goreng terlalu lama, once warna udang bertukar merah cepat angkat dan tos.

Jika inginkan Udang yang garing setelah di gaul dengan tepung di perapkan di dalam fridge terlebih dahulu selamat 30 minutes kemudian baru lah di goreng.

Ramuan lainnya
2-3 ulas bawang putih di cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar majerin atau butter
4 sudu besar quaker oats
1 sudu kecil gula halus
Garam secukup rasa dan lada sula
Daun sop dan daun bawang di hiris halus

Cara membuatnya.

Pemberitahuan:
Api jangan lah terlalu besar boleh mengakibatkan kehangusan.


Bila kuali dah agak panas masukan majerin dan bawang putih yang di cincang tumis sehingga bau harum. Masukan sos tiram kacau rata dan masukan udang tadi serta masukan quaker oats dan gaul rata dengan api yang kecil sahaja. Jangan terlalu lama cepat masukan garam lada sula daun sop dan bawang gaul lagi. Angkat selepas tu baru lah campurkan dengan gula halus tadi dan balik-balikkanlah dengan sempurna.

Soup Sayur Siew Mai


Anak-anak saya suka siew mai. Tapi saya telah terbeli Siew Mai Sayuran yang mereka tidak berapa suka. Saya jenis yang tidak suka simpan makanan lama-lama dalam esbok. So saya keluarkan Sawi Cina untuk di buat soup.

Hiris sebiji bawang
Hiris dua butir bawang putih
Sawi Segengam
Siew Mai
Lada sula dan garam secukup rasa

Untuk memasak lauk ini mudah sahaja. Tiada tumisan yang di perlukan. Saya masak air sehingga mendidih lalu masukan hirisan bawang, setelah itu masukan sawi dan siew mai. Bila telah mendidih saya sprinkle lada sula dan garam secukup rasa. Jangan tanak lama sangat sehingga warna daun berukar warna tidak sedap di makan.

Mendidih hidangkan panas-panas NYAMAN!

Laksa Kuali Buruk


Entah apa pesyen punya laksa, tetiba jer terasa craving yang teramat sangat. So bahan-bahan agak berkurangan, apa dapat sahaja saya masukan dalam periok jadilah seperti ini.

Recipe ini untuk untuk makan seorang sahaja. Anak-anak dan suami saya tidak berapa gemar dengan laksa...so saya masak untuk diri sendiri. Rasanya saya suka sebab saya sendiri yang masak, kalau tidak suka saya tidak masak...har har har...

Selamat mencoba sedaya yang mungkin...

1 shallot dice
1 garlic dice
2 thin slice of ginger
1 lemongrass
1 spoon of chilli paste
A few pieces of tuna (can)
A pinch of belacan (prawn paste)
Slices of pineapple and corn
Few Cili padi
2 tbsp of Tamarind juices
A slice of Lemon
A dash of salt and pepper
Rice noodles/noodles

*nih saya copy dari blog saya lagi satu...saya mmg leceh nak mengalih bahasa...

Mee Bakso


Hah Mee bakso nih makanan orang jawa katanya. Saya pun ada darah Semarang maram perabu kapunden marang sekeper dan juga Bugis. Ntahlah ya campur aduk punya bangsa.

Tapi tidak lah pandai berbahasa jawa. KAPUT....katanya mee bakso originality dari orang jawa dan kuahnya setenang-tenang air swimming pool. Akan tapi saya punya penoh kocakan berwarna warni. Tanpa warna apalah sedapnya...pada hemat sayalah.

Jom Bikin Mee Bakso nih dengan jayanya...


Mula-mula pergi pasar belilah meatball dan juga Singalong along punya black pepper sauce tanpa ini berdua...pada saya Mee Bakso takkan menjadi...

Bawang besar sebiji dua tengok muatan di cincang dadu
Bawang putih 3 ketulan di hiris halus
Sedikit hirisan halia
Serai sebatang di titik
1 cube chicken Knorr
3-4 sudu besar sos black pepper (agak pedas juga)
1 susu besar kicap pekat manis
Sepacket mee kuning...

*dunno whylah kan I've tried using rice noodles and spaghetti but not as nice as mee kuningan ini...

Tumis the bawang-bawang sehingga harum dan sedikit garing, with dua sudu besar minyak masak. Boh Air 4-5 cawan. Masuk sos dan segalanya dengan sukahati. Kuah dan mendidih baru masukan Meatball. Tunggu didih sehingga meatball loncat-loncat kegirangan baru kira dah masak. Mee dan Taugeh di rebus dengan air mendidih.

Hiasan bawang goreng di taburkan dan juga daun sop bawang.

Manakala resipi lada kicapnya sgt mudah...beberapa ketul cili padi dan juga dua butir bawang putih sesudu gula kasar dan dua sudu kicap masin di blender halus. DAH HABIS.

Selamat mencoba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...