Wok The Talk...

Saturday, July 10, 2010

Laksa Kamfung Siglap


Arwah mak dan abah saya adalah orang Kampung Bedok Siglap. Mereka adalah jiran tetangga sebelom berumahtangga. Bila mak saya masak laksa...laksa ini macam lah yang arwah mak saya masak.

Kami memang rindu dengan laksa arwah mak. So saya akan kongsi macam mana nak masak laksa ini. Ada bermacam versi juga yang orang bikin. Kita anak-anak nih memang mengikut jerr stail mak kita masak.

Bab laksa nih saya dapati segelintir kaum lelaki tidak mengemarinya... manakala pula kaum wanita ramai yang mengilai makan laksa...salah satunya saya lah heheheh AJAIB!

Perlu di ingatkan ramuan masakan saya hanya untuk berdua sahaja. Saya tidak berapa reti masak banyak-banyak. Senyum selalu!

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan kembung di kukus atau rebus
2 batang serai
1 jari lengkuas
1 jari kunyit
2 ulas bawang putih
1 biji bwg besar
1 cawan kelapa parut 
1 sudu rempah kari
3 sudu air asam
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
*semua bahan di kisar halus termasuk ikan rebus.
Optional* 1 cawan santan 
Beberapa ketulan tulang Ikan kurau kering ikut citarasa.
Untuk Sambalnya. 
Rendam atau rebus sedikit lada kering. Di blender kering bersama belacan dan juga limau kasturi.

Hiasan
Daun kesum atau daun kantan, mentimun dan taugeh.
Cara memasaknya
Tumis bahan-bahan yang di kisar tadi di tumis sehingga naik baunya. Apabila sudah agak garing masukan air asam dan 1setengah cawan air serta tulang ikan kurau kering. Masak sehingga pekat.
Ada yang suka lauknya berkuah lalu campurkan santan. Manakala saya pula tidak suka berkuah so saya tidak mengunakan santan lagi kerana sudah ada kelapa parut.


2 comments:

  1. G..kita tak pernah dengar nama laksa ni.Mesti sedapkan?

    ReplyDelete
  2. Puan Rose laksa nih laksa arwah mak saya yang suka bikin kami orang Bugis Temasek... mmg sedap classic laksa nih kak Rose!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...