Wok The Talk...

Tuesday, March 29, 2011

Oh Tedahhhh....


Mak kalau dah mula kerja berginilah mak main bantai nasi goreng jerr...dah somi kita tak suka makan kat luar kasihankan... Maaflah nak blogwalking pun tak sempat lagi....penat menguruskan rumah tangga mentelah setiap hari rabu dan khamis memang ada kelas agama di rumah mak nih kami panggil ustaz beramai-ramai mengaji dan belajar agama serta perhalusi sholat dengan bacaan yang betul...

Dunia, dunia juga akhirat kenelah di buat juga...semoga segala usaha kami di berkati amin....hidup nih tak kekal lama...kalau esok di ambil kita tak bleh nak buat apa kan... so jangan amalkan buruk-sangka dan juga berhasad dengki berhaluba ...

Mak tak larat nak update blog seketika nih...nak kumpul tenaga dalaman dulu...gambar masakan memang many-many tapi nantilah ya...kebanyakan masakan ulangan sahaja...ingat kalau buat cake atau kueh muih baru mak update kalau masak hari2 nak update boleh pengsan mak...hahahahahhahahaha

Selamat sejahtera buat sahabat sekalian...semoga di limpahi rezeki dna kehidupan yang sehat dan makmur...amin...

Saturday, March 26, 2011

Portugese Egg tart

mula-mula bikin suka lah picit-picitan dalam acuan tu... then ter~overlook plak ada american idol... tersasar  suhu panas sangat...hahahaahahhahahahah tapi garing budak2 ngap!
2nd batch dah tersangat penat dan malas potong2 pastry dan jeplok kat dalam acuan hahahaha
Masakan ulangan juga. Selama seminggu saya tidak update... kerana bertugas sepenoh hari... penat lah sangat selalu setengah hari kali ini full day...macam nak tercabut lutut dok berdiri berbual tak habis-habis...tulah kerja saya menghendaki saya berbual hahahahahahahahah... kerja best kah asyik kene bercakap jerr...hihihi

saya memang mengunakan jenama ini sungguh best dan sgt garing!
Oklah... minggu nih insyaAllah kuranglah sedikit 3 kali seminggu sahaja adalah hari rest nanti... sehingga tamat dan bulan 5 nanti...insyaAllah...

Kali ini saya sajikan Tart Portugese lagi... anak-anak dan suami saya kalau saya buat tart nih kene lebih2 kerana mereka memang suka...

mudah jerr kejam mata pun boleh!...

Ingredients 
4 egg yolks, 
1/3 cup sugar caster or icing sugar, 
1/3 cup milk, 
1 small can nestle cream
vanilla essence...

Whisked the ingredient sekejap jerr... then letak pastry dalam acuan tuangkan adunan 3/4 bake at 175ÂșC for 15-20 minutes jerr...selesai

Sunday, March 20, 2011

Lauk ini pojaan hati ku...


Kadangkala pikiran nak masak apa kan kannn....tetiba anak kata nak makan lauk ikan pari asam pedas... selamat. Then babah kata nak makan sambal goreng simple tahu tempe...hah senang baitu...


Masakan ulangan tapi sambal goreng tempe gan tahu tu resipi asal dari Mem Luyah sahabat Mak di padang pasiaq!

Iktibar dari kejadian yang menimpa Japan


Biasalah berjalan di coti sekolah nih mestilah juga ada jalannya... tak jalan tidaklah sahkan.  Tapi berita mengenai Japan tsunami itu adalah peristiwa hitam pembuka tahun 2011. Insaf teramat apabila melihat keadaan Jepun melalui berita, suratkhabar dan juga melalui media internet serta luar negara.

Kasihan melihat musibah yang menimpa mereka. Terputusnya bekalan letrik serta bekalan air minum. Kita di sini berhoyeh-hoyeh kerana air yang banyak melimpah-ruah. Abundance of food...Mak nasihatkan anak-anak makan tu biarlah berpada kawal diri, ingat masyarakat Jepun yang mengalami musibah.

Kelak jika sesuatu menimpa tidaklah badan kita tu terkejut sangatkan jika tiada makanan... sesal dulu berpendapatan sesal kemudian tiada gunanya... lihat lah bagaimana coolnya msayarakat jepun menghadapai musibah dengan tenang sekali...kerana cara hidup mereka yang penoh dengan kesederhaaan. 

Salah seorang kakak ipar saya pun berbangsa Jepun, orang nya lembut berbahasa dan juga tidak pernah membazir apa jua walaupun datang dari keluarga yang mewah. Orang kita tak mewah pun baut-buat mewah ... ramai yang suka men~slide card pelestik untuk menunjuk kemewahan pada orang lain. Apa kah perlu kita berbegitu sepanjang hayat kita? Hidup di bebani hutang sepajang hayat.

100 ways to save the environment ~ bacalah nih mesti best!

Mak coba terapkan bukan semua tapi berperingkat untuk mengajar anak-anak erti kehidupan susah. Tak dapat banyak sedikit pun jadilah. Abang dan adek pun Mak selalu kene ingatkan. Yelah hidup haruslah berpesan-pesan. Jika dulu kita tidur ber~aircon berblanket sedap menikmati nyaman berletric tanpa mengingati orang yang dalam kesusahan, ada yang kehilangan rumah, harta bende dan lebih dahsyat telah hilang keluarga serta tempat bergantung. Dari itu, dah berapa tahun ini Mak hentikan pengunaan aircon. Cuaca sekarang pun cuaca yang baik, bersepoi bahasa with kipas sudah memadai.

Rumah kami mempunyai banyak bilik. Kami tidak mengunakan semua bukan...? So lampu dan letrik seringlah di jaga. Only use electric appliances when you need them. Bila mandi tak payahlah pakai air panas. Masa kami kecil pun kadangkala di rumah arwah nenek ada tempayan dan perigi airnya sejuk dan menyegarkan. Cuaca kita dahlah humid nak pakai air panas? SubhanaAllah... tak payahlah buang karen jerr... coba-cobalah hilangkan manjer tu mandi air sejuk pula. WINK*

Air panas bisa memudaratkan kesihatan... nanti susah nak kuwus! Tak caya tanya lah saya... hahahahhaha gurau jerr...

There are proven benefits of cold showers and I totally agree because I am a great fan of cold showers and alhamdullillah my hair masih hitam insyaAllah even though I'm almost mid 40s soon... read this and artofmanliness... these info really good for man and woman... bacalah ada lelaki dan wanita baru berusia awal 40an dah loheh semacam... please para isteri help each other please jangan degil please! Jangan fikir mekap boleh MEMANCAR keserian wajah...


Sekian dah penat mak berletiaq... MARI KITA PERANGI PEMBAZIRAN!
Jikalau pown you love each other sooooo much buatlah sesuatu sebelom terlambat... love sahaja tidak mencukupi... indirectly you are killing each other with your superseded actions you called LOVE!

Saturday, March 19, 2011

Ayam Goreng Jintan Ketumbar


Semenjak Mak tukar obat semput Mak nih ke pedrisolone...alhamdullillah Mak cergas semacam maklumlah orang asthma seperti Mak nih banyak alahannya seperti pertukaran cuaca, alergic to habuk, permakanan dan juga Mak mempunyai metabolism yang cukup tinggi... mak kuat makan dan Mak kuat membuang. My son selalu komplen kerana 5 -10 minutes after meal mak dah kelam kabut uwahahahahahahahaha...

"Umie you wasted all the good food, so fast you depleted all"...uwahahahahahhaha....tapi alhamdullillah Mak sehat jerr... cuma kurang oxygen jerr selalu kerana alergic to dust dan tak tahan sejuk!

Oklah bercerita pulak hahahha mari kita makan ayam goreng...lama Mak tak goreng ayam sebab anak-anak mak nih tak bape suka Ayam Goreng... tapi yang ini mereka suka sgt...

Ini resipi asal my kakak ipar. Masa kenduri tahlil ituhari dia kasi resipi ini. Ayam ini di makan masa panas sedap sekali...

Resipinya
6 keping kepak ayam di belah dua
1-2 biji telur
3 sudu tepung beras
1 sudu kecil jintan dan ketumbar yang telah di tumbuk halus
1 sudu besar curry powder
daun kari ikut sukahati
garam dan pepper secukup rasa

Semua bahan ini di gaul dan di perap di dalam esbok selama 30 minutes atau lebih barulah di goreng di atas api yang sederhana...

Trick saya apabila menghendaki ayam yang lebih empok, juicier dan cepat masak tanpa menunggu lama apabila mengoreng sehingga adakala boleh mengakibatkan hampir hangus adalah saya selalu merebus ayam saya dahulu, barulah saya perap bersama rencah dan bahan perapan...

Selamat Mencoba Pastinya Syiok!

Mee Siam Kuah Kolibuwuk...


Hailah dah lama Mak tak blog walking blog teman-teman kolibuwuk.... Apa lah khabar semuanya cuti sekolah nih mmg lah bz tahap tak hengat...bebudak nih baik lah dorang pi skool kalau cuti memang tunggang langgang rumah macam tongkang pecah, bergaduhnya lain dan sekejap-sekejap kelaparan... Ya Ampownnn dok kat dapur pegang senduk jerr...kerja Mak...

Takpe it's almost over...yehaaaaawwwww! Tapi mak pula hawus bertugas semula...sigh*

Mee siam kuah nih seperti biasa simple jer cara mak lerr tak cukup bahan semendang hahahahah... sebab somi mak nak makan. Tapi pabila kita suwuh pergi kedai beli daun kucai pun dia tak bape nak kenal ... hahahahaha... tapi boleh lah di beli daun bawang, soup dan daun pahit tak tahu sayur apa lah tu...hahahahahha

Mee Siam Resipi Kolibuwuk
1 bungkus Mee brand lada merah - mak suke brand nih...best!
(di rendam dalam air sehingga lembut)
3 sudu besar lada kisar
(Lada kering di rendam dulu, bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, sedikit belacan)
2 sudu besar tomato sauce
2 sudu besar chili sos lingam (kerana manis anak-anak suka)
1 cawan udang kering di rendam dan tumbuk kasar
garam dan lada sula secukup rasa
air secukupnya
2 biji telur
daun sop daun bawang
(kalau ada kucai mmg best!)

Mee Siam nih mudah jer tumis udang kering dengan segala macam rencah sehingga cantik dan garing masukan air secukupnya sahaja, jika tidak akan hancurr mee tadi...gaul rata apabila hampir masak pecahkan telur dan masak di tepi dulu sebelom gaul rata sehingga masak...


Kuahnya Mak playcheat juga tapi alhamdullilah sedap lah juga taste keluarga, seperti sedia maklum anak mak gan somi mak sangat cerewet sorang tak makan kacang sowang tak makan tauchu...aduhaiiiii kene adjust resipi kuahnya ikut sukahati

Kuahnya mak letak segengam udang geragao di tumis bersama lada kisar sebanyak 2 sudu besar (masakan hanya sukatan kecil kerana mak pun hanya suka makan mee siamnya sahaja tanpa kuah -cerewetlah juga LOL)... tumis seperti masak asam pedas cuma lebih cair, lebihkan gula sedikit gan air asam...

selamat mencoba...

Friday, March 18, 2011

Roti Jala lagi...


Lamanya Mak tak update blog... padahal gambar masakan dah menimbun, Ya Allah kadang Mak selalu lupa nak mengupdate sebok sangat coti sekolah nih... kerja obertime setiap hari dan main fb gan teman2 perjuangan hahahahahha...

Baiklah Mak update kali nih atas permintaan sahabat-sahanat Mak dari kamfung si pening lalat...u know who you are darling-darlingku!


Resepi Roti Jala
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan susu HL
garam secukup rasa
kunyit serbuk (mak mengunakan pewarna mango)
air secukupnya jgn terlalu cair dan pekat dan untuk mendapatkan batter yang smooth Mak selalu masukan dalam blender dan putar kurang seminit... insyaAllah semuanya akan larut dengna cantik.


...seperti biasa keluarga mak tak suka kari ayam bersantan...

Bahan-bahannya
3 sudu besar lada kisar
(lada kering, belancan, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup)
4 sudu besar kari powder baba
garam secukup rasa
1 cube chicken stock knorr
(mak jenis tak tahan masin tapi u ol can put two lebih lemak)
carrot dan kentang (ikut suka hati)

Tumis lada sehingga garing baru masukan kari powder yang telah di bancuh dengan air dan tumis sehingga wangi dan masukan daun kari untuk tambah kesegaran. Masukan air, kentang dan carrot dan setelah itu masukan ayam tadi. Mak masak lama sedikit sehingga naik minyak kerana anak-anak Mak suka ayam yang lembut.

Sekian Terimakaseh.... hehehehe selamat menccoba ya Yana dan Yaya...luv u many2...

Monday, March 14, 2011

Popiah Goreng


Mak nih suka masak simple-simple jerr. Popiah nih pun simple amat tingin sangatlah nak makan popiah dah berhari. So bahannya

Bahannya
Sebatang carrot besar di hiris halus
Sebiji sedang sengkuang cina
1/2 cawan udang kering
2 biji lada hiris
Kulit popiah kecil 50 helai
salt and pepper


Tumis udang kering sehingga wangi dan masukan segalanya. Jangan terlalu lecur nanti nak goreng lagi bertambah lecur pula tak sedap. Bila senkuang itu ranggup itu yang syiok sangat...

Sunday, March 13, 2011

Raisin Scones


Mak buat dua jenis scones semalam pagi dan malamnya... atas permintaan keluarga. Pak sood memang minat sangat gan scones... tapi Mak nih selalu lupa lah asyik teringat nak buat cake jerr... hiihihi..

Resipi mak buat scones nih mudah jer... untuk mendapatkan 12 ketul scones nan comel... Anak-anak lebih suka sones plain... heran arr Mak semasa kecik suka sangat makan raisins brand Ligo, tapi budak sekarang tak suka pulak...

Ingredients
125g butter (half stick)
1/2 cup milk
1 teaspoon baking powder
raisins, dried fruits (up to you)
salt

Brush the tops (scones) with whisked egg and milk.

Method
Knead the dough for one minute and divide it into 12 equal portions... then ponjot2 kan ajer sapu dengan egg with milk tadi. Bake at 175ÂșC for 20 minutes.

Thursday, March 10, 2011

Grilled Fish with Olive Oil


Kalau dah malas kan... semua pun boh dalam grill-pan. Masak sekaligus dah habis angkat makan gan nasi...hehehehhehe.

Somi den nih ada sikit health conscious. Kalau minyak nak olive oil jerr... manalah sedapkan olive oil sesajer. Tokak kita tokak melayu nak jugalah mengaring mengoreng. Kalau dia ada kita playcheat lah sikit tunjuk semua dok mengrilled jer ler cikunun... LOL

We had this for lunch. Cat fish with salt and pepper and kunyit serbuk...NYUM simple meal makes you happy. Tapi dah lama gambar nih tersorok banyak sangat memasak sehingga bertimbun gambar. Takpelahlah... ikut mood nak letak gambar apa setiap hari pun best juga... hihihihi


...tetiba kan hari nih teringin makan burger king...hailah...

Wednesday, March 9, 2011

Mee Rebus Tetelan

Bila tengok blog puan Geeazmi beliau masak mee rebus tetelan terus lah Mak mengeram kesumat. Mak suka makan tetelan lembu. Malam tadi hah kejung dan panas badan di buatnya banyak makan daging kot? maklumlah badan nih tak terbiasa makan lembu atau kambing sgt... asyik-asyik old stoli-moli seafood jerr... hehehhehe

Tapi puaslah hati Mak dapat makan mee rebus tetelan nih... kebetulan pagi waktu ke pasar bersama Pak Sood terserempak pula kakak ipar. Kakak ipar nih memang lah pakar masak. Menjak dia jatuh sakit dan have to go through dialysis ada payahlah sikit beliau nak mengusahakan acara memasak lagi.


Lalu beliau mengesyorkan Mak buat mee rebus ala kantin pula. Dia kata kantin punya Mee rebus semua orang suka makan sebab tak complex... budak-budak mentelah lagi kalau berhampas tak moh dorang sentuh makanan tu... so Mak pun catit ropanya mudah jerr...

Bahan-bahannya
500g Mee kuning
2 dollar tetelan
(potong kecil sedikit kang meneyerangkah nak menolan LOL)
20sen taugeh
lada hijau
daun sop daun bawang
liamu kasturi
bawang gorengan
asam keping

Bahan kisar
1 dollar udang geragau
4 bawang putih
1 bawang besar
1 inchi kunyit hidup
sedikit halia

Lainnya
3 sudu rempah kari
2 sudu tepung gandum
2 biji kentang rebus di potong dadu
garam gula secukup rasa

Seperti biasa tetelan di rebus sehingga empok. Tumis bahan blender tadi sehingga wangi masukan rempah kari dan kentang rebus serta tetelan lembu tadi. Rebuslah kuahnya sehingga jaya... last saya masukan air tepung gandum... cukup pekat kerana anak saya suka mee rebus pekat-pekat.

Selamat mencoba...

Rumah saya kekurangan cahaya bersinar indah agak payah hendak saya memetik gambar yang terang walaupun di siang hari... takpelah kan camera capuk nih banyak berjasa memetik gambar makanan buat tatapan pengunjung... so jangalah samakan gambar saya dengan gambar orang lain... memasing mempunyai cara tersendiri... macam juga dengan signature dish... ewahhh!

Tuesday, March 8, 2011

Soup Ayam dan Grilled Sotong


Adakala makan soup ayam pun syiok giler...yelah asyik pedas-pedas jerr. Menghirup-hirup sang somi menghirup soup ayam. Ayam tu cuma 4 keping pun tak habis budak-budak nih kalau dah nampak sotong. Mak adakala memang tak larat nak menelan ayam nih. Jelak sungguh... mak makan kentang gan carrot tu serta kuah ayam ke nasi with sambal belachennnn! fuyoooo menikam sukma ku... sotong mak tak berani nak sentuh kang hemfutt lagi...


Sotong pula kali ini lagilah murah $5 jer. Mungkin tiada telur kot? Mungkin juga... sendiri tanya sendiri jawab...hahahahahahaahah

Anak-anak tangan pun semacam sotong.. deporang kalau makan sotong grilled nih dengan sukahati. Yelah anak-anak mak kalau seafood memang no satu...semua dorang bedal...hahahahha

Resepi kat atas nih resipi ulangan...grilled sotong resipi boleh di dapati di sini...mak tetiba malas nak tulis resipi... hehehhehe mak nak ke pasar lagi stock habis dah...

Monday, March 7, 2011

Murtabak Pastry


Assalammualaikum semuanya. Mak buat murtabak pastry nih dah dua kali minggu nih. Mak mmg suka pastry mentelah menjak dapat pastry instant nih mak sungguh suka hati.

Intinya mudah sahaja
300g daging kisar
2 sudu rempah kari
1 bawang besar di cincang
2 hirisan lada
3 ulas bawang putih di hiris
garam dan lada sula secukup rasa

Tumis bahan tadi dan masak sehingga jayanya. Senang sgt.

Sunday, March 6, 2011

Simple Pizza Tutorial


Masa baru-baru mak teringin sangat nak buat roti.. Mak uli punya uli sampai semput, tapi Roti Mak keras cam batu! Bila tanya kakak-kakak camne buat dough pizza... Esoknya kakak Mak bawakan pizza dia kata kesian nko tingin nak makan.

Dalam hati berkata bukan Mak nak makan lah...Mak nak belajar lah!... dan setiap kali itulah bila sebut jerr kakak-kakak nih bukan nak ajar dia buatkan kita pulak...aduhaiiii... kita tahulah kita adek dia.. dia ingat kita nak makan dia tulung buatkan... heheheheheh

Ok Mak dapat cara membuat dough mudah untuk roti ddan pizza nih dalam youtube... tapi mak dah lupa mana youtube tu... mmg ajaib yang tukang ajar nih seorang doktor bedah dan isterinya seorang pakar membuat roti... so di pendekan cerita dia heran tengok bini dia hempas pulas buat roti siang malam penat giler.. so doctor ini pun membuat kajian tentang yeast dan larutan garam tadi ternyata beliau telah mencipta satu kaedah yang sungguh ajaib dan mudah sekali,

Dan Mak? Mak terlonjak-lonjak kesukaan...

Ok catuan mak begini still mengikut kaedah doktor tadi ya. With these ingredient I can get 3 pizza of medium size berukuran 5" x 7" dua and 6" x 6" satu.

Ingredients
3 cups flour (tepung gandum)
1.5 or 2 cups water
1 tablespoon full bruggerman dry yeast
1 teaspoon salt


Let the dough rest for 30 minutes or more. The amazing part is that you can also keep it over the night or even for the next two week in the fridge, no problem.

It will turn out very soggy, sodden with moisture, slimy and sticky. No worries. It will double or triple the actual size according to your room temperature, but once you keep it in the fridge it will sucken. But! Once you let it out and close with lid it will risen again. AJAIB!


Prepare plenty of flour and let it roll over... do a bit of finger knead slightly only or no kneading at all! Golek-golek the tepung all over only.


....very the lembek no worries... no panic!...be happy!


Once done, pressed it on your tin using you finger tips, evenly. I'm using rectangular 5" x 7" and 6" x 6" tin instead.


Let it rest again for another 20-30 minutes the dough will risen and your pizza will be soft and fluffy...

Resipi intinya
I botol sos spagheti
(di bahagi tiga)

3 cheddar 
(one each? bukan lokek overlook cheddar cheese dah habis 
betul tak bohong tinggal tiga keping sahajer LOL)

1 big onion Sliced thinly
1 tomato chopped
prawns peeled
minced meat
chilies sliced
black pepper sauce
capsicum chopped
sausages sliced
pasrsley

To be reminded, I'm making 3 diff filling for each pizza but using the same sauce as base. 
Sausages and onions Pizza. 
Prawn, tomato & pineapple Pizza and also black pepper minced meat.



....hiasilah pizza dengan sukahati anda!


Dah masak rotinya lembut, gebu dan menawan kalbu!

Hor Fun

Semalam masa buat choc cake, leka sangat takut tak jadi sampai terlupa main dish for dinner nak makan apa anak-anak dan somi den nih? Kelam kabut sekejap terputar-putar badan nak mikir secara spontan. So anak dara kata Hor Fun mommi nak kuah punya occay!... hah Hor Fun stock kway teow mommi ada halus lah sayang... takpelah adek nak juga!

Cubit karang dak nih... dia nih kan kalau nak sesuatu nak juga sib baik ada stock kalau tak dah memanchooooor mak ke kedai mujurlah kedai tu sejenkal jerr gan rumah mak nih... tapi malam dah tutup lah hahahahhahaha...

bahan-bahannya
500g Kway Teow (lebih lebar lebih cantiklah kan)
200g udang
5 garlic chopped
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin (cair)
sedikit sayuran we use kailan sebab sedap dan ranggup
2 sudu besar tepung cornflour di larut di dalam 2/3 air di dalam gelas
garam dan lada sula
black pepper secukup rasa.
daun soup daun bawang

Secepat kilat Mak tukar uniform superwomen! Lalu Mak pun mengulai tumis seperti biasa bawang dan udang masukan sos2 tadi dan larutan cornflour garam dan segalanya secukup rasa. Jangan lupa pula sayurnya tadi... potong lada merah juga ada lada hijau jeruk bercuka aduhai nikmatnya tak terhingga tapi takde pula... make do with hirisan lada merah sahaja...

Chocolate Moist Cake


Overlah kan cake Mak! hahahahha Mak suka sgt cake Mak menjadi dengan jayanya sungguh moist dan sangat sedap!... Inilah pertama kali selain dari carrot cake, cheese cake... inilah cake yang sgt mak berpuashati... terimakseh kerana tuannya sudi share resipi best ini di laman Myresipi.com. Terimakaseh sekali lagi Puan Hana semoga mendapat keberkatan menolong orang seperti kami yang baru belajar buat cake.

Puan Hana saya nak minta kebenaran nak copy paste resipi di sini untuk saya refer balik terimakaseh...

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/4 cwn serbuk koko van houten
(saya mengunakan serbuk cocoa serbuk yg di beli di Phoon Huat)
1 sudu kecil baking powder
1 kotak susu coklat (250ml)
2 biji telur (size M)
1 cawan gula halus
1/2 cawan butter
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan minyak masak 
essence vanila

TOPPING
3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar

Cara-cara
Pukul telur, gula dan butter sampai kembang mengunakan mixer (jika ada). Masukan esen vanila. Tepung di ayak bersama serbuk koko dan baking powder. Masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan fold over. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati.

Loyang dilengser terlebih dahulu dengan butter. Masukan ke dalam kukusan dan tutup loyang dengan aluminium foil. Cake di kukus selama 45 min - 1 jam. Apabila masak sejukkan.

Topping: Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. Di curahkan keatas cake yang telah di sejukan. Hiasi cake anda dengan sukahati. Jika inginkan cake lebih anjal masukan ke dalam peti ais buat seketika sebelom memotong dan memakannya...


SubhanAllah memang enak sangat. Thumbs Up Enak!

Ayuuuuuuuuu! I dah mula naik Syehhh buat cake lah yang! hahahahhahaha...

Friday, March 4, 2011

Popiah Sambal


Popiah sambal nih Mak main agak-agak sahaja tapi menjadilah. Dapat idea nak bikin popiah ini untuk kelas mengaji di rumah Mak, apabila terjumpa dan beli di pasar malam. Masa tu makan pejam mata untuk merasa apakah rencah yang di gunakan dan popiah ini tiada berinti tapi bersirah sambal sahaja...

Dalam mak dok pejam mata sambil mengunyah tu...dapat lah agak apakah rencah yang di gunakan, yakni Sambal lah...hihihihihihi. Maklumlah arwah ibu kita nih dulu jualan kerepek pedas nak menyekolahkan kita kan. So teringat lah arwah ibu seorang yang tak lokek letak ikan bilis dan udang kering kisar... so jadikan ianya bahan mejik! Alhamdullilah Enak!


Ingredients
2 bungkus kulit popiah size kecil
segengam lada kering
(yang telah di rebus terlebih dahulu buangkan kotoran)
sedikit kunyit hidup
1 bawang besar
3 bawang putih
2 sudu besar rendaman udang kering dan ikan bilis
sedikit air asam
blender all the above ingredients tau
garam sikit tapi gula lebih dan keranggupan akan lebih terjamin

Tumis lada dan bahan2 di atas nih sehingga hampir pekat lalu tutup api masukan popiah dan sirah rata!

Jika inginkan kerangupan yang lebih sempurna masukan dalam microwave for another 1-2 minutes insyaAllah keranggupan akan lebih terserlah!

selamat mencoba!

Thursday, March 3, 2011

Mee Rebus Simple


Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak mintak tapi agak mustahil. Yaitu Mak nak sangat makan buah delima (promegranate) jiran Cina Mak yang berikat reben merah di pokok buluh semambo dia.

Sehingga Mak tanya dia "this fruit can be eaten or not?". Kerana dia kasihan gan Mak dia kata "This one for praying you cannot eat. I find for you occay?". Tapi bila dia dah belikan Mak tak makan... shhh jangan bagitahu dia... sebab mak tetap nak Buah Delima dia yang pakai reben merah yang kat pokok buluh dia juga.. hahahahahahha

Bila anak dara Mak lahir subhanAllah putih melepak kemerahan bagaikan promegranate! Sekali dah besar cam anak koling pulak asyik swimming gan net ball jer hailah anak pompuan sekor nih active sungguh!

Ok..ok Mak teringin makan mee rebus tapi Mak takde bahan sgt sebab bape hari Mak semfutt (asthma) so mak bikinlah yang simple ini... Alhamdullillah somi dan anak-anak Mak sungguh suka.. mungkin kids punya taste bud tak cam orang dewasa yang terlalu complex... So mak nak catit kat sini mudah Mak masak lagi esok lusa...

Ingredients
1/2 kg Mee kuning
2 kentang rebus
(di lenyek kalau dapat keledek lagi best!)
20 sen taugeh
(sini memang taugeh murah 20 or 30sen sahaja)
A piece of Chicken thigh thinly sliced
(tetelan takde dlm esbok, jikalau ada alangkah nikmatnya donia Mak)
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar tepung jagung
(di larut bersama air dahulu sebelom di masukan kedalam kuah)
2 asam keping
(Somi den tak suka letak tauchu)
satu tangkai serai di titik
garam, gula dan lada sula secukup rasa
daun soup daun bawang
bawang goreng

Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar udang kering
(di rendam terlebih dahulu)
5 tangkai lada merah
(Mak malas nak rebus lada kering)
sedikit kunyit hidup

Mak tumis bahan kisar dan rempah kari serta serai di dalam minyak yang sedikit jerr untuk menaikkan baunya. Masukan hirisan ayam tadi melunakkan rasa... kalau ada tetelan aduhai lebih nikmat terasa dengan lemak-lemak pejalnya itu! Nevermind next time lah kan...kecir pulak air liur mak nih... hahahahhha.

Lepas tu masukan air dan kentang lenyek, garam gula lada sula secukup rasa masaklah sehingga didih baru masukan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.

Dah siap kuahnya, rebus mee kuning gan taugeh, hidang bersama hirisan lada bawang goreng serta limau kasturi dan juga telur rebus!... another stoli... Mak takde stock limau kasturi tapi letak jerr lah lemon. Nak lagi sedap letaklah kicap ABC atau cap kipas udang FUYOssssss! NYUM!

Mak buat bagedil kentang daging kisar yang simple. Rebus kentang sehingga empok, lenyekan sehingga best with a little bit of butter, lada sula, garam, daun sop cincang add sedikit telur jangan lupa daging cincangnya ikut sukahatilahkan... tapi Mak suka many-many. Setelah di kepal-kepal celup gan pukulan sebiji telur dan goreng! Nikmat Donia!

Selamat mencoba!

Tuesday, March 1, 2011

Grilled Sotong


Jikalau nak makan sotong sedap kat luar sana... rasanya tidak berbaloi lah mahalnya kemain. Rasanya pun ntah hapa-hapa sangat.

Sotong besar nih saya beli baru berharga $6 dollar sahaja sebanyak 3 ekor. Besar-besar pulak tu..nih pinggan makan nih penoh dan isinya mampat segar. Saya nih ada alahan sotong sedikit bukan penyakit gatal-gatal tapi boleh trigger my asthma... dunnolah why jika ada telur nya lagilah kusss mangat enak di makan. Tapi tulah makan secara ala kadar sahaja.

Anak-anak dan suami saya memanglah hantu sotong nih...

Lagilah kalau di grilled bersama 2 tablespoon of black sweet sauce, 3 garlic finely chopped, 2 spoon chili paste, 1 tablespoon oyster sauce, salt and pepper secukup rasa. Marinate about 30 minutes before grilling...

SubhanAllah memang enak dia makan panas-panas.

Sotong seperti yang kita tahu janganlah masak lama sangat kene tahu agak jika tidak akan menjadi rubbery so kalau yang pakai gigi pelesu tu aniaya melekat susah nak tanggal kang... hihihihi gurau jerr...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...