Saya selalu buat lasagna nih kerana anak dan anak-anak saudara saya selalu rekewes. Nak kata sedap ntahlah ya maybe sebab dah selalu bikin. Anak-anak dan anak saudara saya memang kalau raya pun mintak Lasagna nih...kelakar lah kan...saya melayan jer bujang-bujang teruna anak saudara saya itu....
Oh ya yang pelik anak saudara perempuan tidak berapa minat western food tapi anak lelaki dan anak saudara lelaki saya selalu jerr nak western food. Oklah membebel pula.
Saya mengunakan ayam di cincang halus kali ini. Anda boleh mengunakan daging lembu cincang so no hal punya both pun ok. Lasagna San Remo skin di rebus terdahulu, ada orang tidak merebus dulu tapi baking time lama sikit...so saya rebus sekejap kasi lembut.
1 tin cream from nestle di masak mengunakan api yang sederhana bersama butter. Kacau sehingga pekat bersama sedikit susu skim milk.
Daging tadi di masak mengunakan sos prego halal di masak sehingga agak pekat.
Cara membuatnya
Layer lasagna skin evenly
buboh cream then chicken sos and cheese
(saya mengunakan cheesedale dan parmesan cheese)
lapiskan beberapa kali sehingga puas hati...heheheheh
Bake at 180 degrees selama 25-35 minutes. Setelah itu makanlah dengan segera kerana lasagna di makan panas enak rasanya....
Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Thursday, August 26, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Kueh Nagasari
Selama saya sudah berada begitu lama di donia pana ini... inilah pertama kali saya mencoba kueh kegemaran saya yakni nagasari atau 'dragon pakai sari'. Tanpa segan dan silu saya bertanya kakak-kakak saya dan surf internet. Alhamdullillah menjadi pulak lemak dan enak di makan.
Bahan di bawah ini boleh dpt 8 keping sahaja
4 biji pisang yang telah ranum di belah empat
1 cawan tepung beras
1 kotak kecil santan pekat
1 cawan air garam secukup rasa
2 sudu besar gula
Daun pisang
Daun pandan sedikit
Apabila kita tanak kukus bubuhlah daun padan ke dalamnya supaya kueh kita nanti harum mewangi.
Cara-cara membuatnya. Campurkan tepung beras, santan, gula, garam dan air kedalam periok dan di masak dengan api yang perlahan. Di kacau senantiasa sehingga ianya pekat dan cantik seperti dadih. Biarkan sejuk seketika dan mula pasang kukus berserta daun pandan tadi.
Setelah tepung tadi sejuk mulakan expedisi membalut pisang yang di belah empat itu saya gunakan 2/4 untuk satu bungkusan. Saya letak kan sesudu besar dadih tadi dan di lapis pisang dan sesudu besar dadih lagi dan balut dengan daun pisang tadi.
Kukus selama 25-30 minit sehingga kelihatan daun berubah warna. Boleh di makan panas atau pun sejuk enak rasanya...yabedabeduuuu! menjadi dah....
Jemput-jemput Pisang
Kita orang temasek sebut jemput-jemput pisang tapi di malaysia di panggil cekodoh pisang.
Hah saya pakai pisang tanduk yang dah tersangat ranum jangkanya nak bikin kueh tapi dah overshot dah...terlufher...makanya jadi jemput-jemput pisang
Satu Pisang tanduk
1/2 cup sugar
1/2 cup tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
Pisang di lenyek dengan sungguh-sungguh. Campurkan gula dan dan tepung kacau rata beserta garam dan baking powder. Why baking powder? nanti jemput-jemputnya cantik dan gebu. Biarkan buat seketika about half an hour atau one hour dlm esbok resultnya cantik gelembung dan bulat gebu ...so cute!
Hah saya pakai pisang tanduk yang dah tersangat ranum jangkanya nak bikin kueh tapi dah overshot dah...terlufher...makanya jadi jemput-jemput pisang
Satu Pisang tanduk
1/2 cup sugar
1/2 cup tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam
Pisang di lenyek dengan sungguh-sungguh. Campurkan gula dan dan tepung kacau rata beserta garam dan baking powder. Why baking powder? nanti jemput-jemputnya cantik dan gebu. Biarkan buat seketika about half an hour atau one hour dlm esbok resultnya cantik gelembung dan bulat gebu ...so cute!
Ayam goreng berkari kering...
Saya tak tahu orang panggil lauk nih lauk mende. Saya panggil ayam goreng kari kering jerr...walaupun namanya panjang dia lekat di bibir saya...hehehehhe
Bahan-bahannya
Ayam di potong kecil
Di goreng membar sahaja setelah dilumur bersama kunyit dan sedikit garam
Hirisan bwang besar
Hirisan bawang kecil
Hirisan halia
Hirisan lada hidup
2 sudu kari daging Babas
daun sup dan bawang
sedikit air asam dan garam gul secukup rasa
Tumiskan semua hirisan dengan kari sehingga wangi...masukkan air sedikit dan air asam masukan ayam tadi serta kacau dan masak sehingga kering dan keluar minyak....hah senang jerr nih lauk sahur nih...
Sunday, August 22, 2010
Nasi Ayam Penyet ala Kualiburuk
Ada orang tanya kenapa saya rajin sangat masak itu dan ini. Sebenarnya saya sangat cerewet bila makan di luar lebih-lebih lagi masakan mamak. Sering terjadi lepas saya makan di luar perut memulas bagai nak gila lalu cirit birit. Makanya saya agak serik.
Lagi pun saya ingat pesan arwah mak saya sambil kita masak untuk suami dan anak-anak kita mengaji Al Quran dan doakan kesejahteraan mereka pasti akan mendapat pahala, lebih-lebih lagi di bulan puasa yang mulia lagi mendapat keberkahan dunia dan akhirat amin.
Begitu juga dengan anak-anak kita secara tidak lansung kita mengajar anak-anak erti hidup berjimat-cermat. Kata abangngah saya jika anak di beri makan, makanan luar sahajerr...anak akan suka hidup di luar dari duduk di rumah walluallam saya selalu mendengar nasihat dari orang yg lebih tua dari saya.
Saya juga dapat menolong suami berjimat cermat untuk masa tua kami. Suami saya jenis yang sgt baik hati saya nih hampir tidak pernah di marahi tapi atas kesedaran saya sendiri dan mentelah pula kami bukanlah muda lagi esok lusa jika di takdirkan sakit pening bagaimana?
...Beringat-ingatlah semasa masih sehat...masih kuat dan masih ada rezeki...insyaAllah.
Baiklah dah puas ngomel ...today saya masak nasi ayam penyet versi kualiburuk. Semua orang tahu masak nasi ayam saya cuma nak bagi recepi ayam rempahnya sahaja.
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
sebesar ibu jari halia
sebesar ibu jari kunyit hidup
satu Jintan kasar dan satu sudu ketumbar
(Bahan di atas di blender halus)
Sedikit kayu manis
1 packet kecil santan
Sekor ayam di belah 8
1 sudu rempah ayam
1 sudu lada kisar (optional)
Garam gula dan lada sula secukup rasa.
Setelah ayam di cuci di rebus bersama bahan yang di sebut di atas tanpa menumis. masukan kesemuanya dan masak sehingga ayam empok. Apabila sudah sebati rempah ratus bersama ayam tadi tutup api dan biarkan ianya sejuk dahulu about 1 hour.
Jika sudah sedia untuk makan makan gorenglah ayam yang telah berempah tadi sehingga garing. Perlu di ingatkan ayam rebusan tadi akan melatop-latop minyak di kuali. HAHAHAHHAHA jgn cakap saya tidak warning tapi ENAKnya tiada terperi...
Nasi ayam penyek nih sgt mudah anda boleh goreng tahu tempeh atau hati pedal ayam dengan mengunakan rempah ayam tu sgt sedap ok. Lastly, sambal belacannya harus di tumis dengan minyak yang sedikit baru Kaw kaw!
Monday, August 16, 2010
KualiBuruk Chicken Chop
Use nonstick pan grilled with a good tablespoon of butter over medium heat.
Ok yang ini sgt penting jika inginkan fillet itu benar-benar masak and well doned. Cover non stick pan for about 5 minutes and the meat juices starts flowing out. We need the meat juices to create the best sauce ever! And you'd be surprised how beautiful the meat turns out. Nice juicy yet tender.
Set the stove to a low heat. Scoop the meat out leaving the juices in the pan still. Add chopped garlic sauteed for a while, add 1/3 cup of skim milk, 1 tbsp of butter, a teaspoon of mustard alternatively you may use 1 tbsp of mayo instead, salt and pepper...stir-fry till it slightly brownish and add a few drops of lemon juice.
Let it shimmer and slightly thickened and pour over chicken fillet. Leave a little bit of sauce and sauteed the rest vegetables on medium heat. Voila done!
p.s oklah ya sesekali tulis omputih...dah mlm tetiba tertukar cenel...LOL
Soon Kueh
Perlu di ingatkan jangan sesekali beli Soon Kueh sembarangan jika tiada cop halal kerana ia mengandungi lemak cikbibah nauzubillah.
Skin
2 cup of Soon Kueh Flour
1 cup of boiling water (or more depend on the dough)
A pinch of salt
2 tbsp of vegetable oil
Mixed together and let it rest for 15-25 minutes
Intinya
1/2 cawan udang kering (direndam)
2 ulas bawang putih
2 biji lada merah
(bahan-bahan ini di blender)
1 biji kecil sengkuang china di hiris halus
10 shiitake mushroom di hiris halus
Daun bawang ikut rasa di hiris halus (lagi byk lagi sedap)
2 sudu bawang goreng
2 sudu kicap pekat manis
lada sula dan garam secukup rasa
Semua bahan di atas di tumis dan masak sehingga kering. Biarkan dia sejuk seketika sebelom membuatnya,
Terus terang agak rumit sedikit untuk membuat kulitnya. Setelah tepungnya sejuk maka ia di uli. Kondisiya agak melekit. So haruslah di selang seli dengan sedikit minyak. Setelah di uli cantik di jadi kan bebola agar mudah untuk menjadikan ia bulat dan leper. Saya hanya mengunakan jari jemari sahaja tanpa pengiling. Apabila bebola telah siap saya taburkan sedikit tepung lalu mengunakan jari jemari membuat bulatan.
Jangan terlalu nipis atau tebal kerana tepungnya agak fragile. Ia mudah terkoyak. bila sudah di leperkan menjadi bulatan masukan inti. lagi sekali saya ingatkan jgn terlalu byk inti kerana nanti dia mudah merekah. Buat seolah kita membuat karipap dan mencantumkannya jgn risau ia mudah melekat.
Setelah siap taburkan tepung agar tidak melekat di pinggan dan juga di pinggan apabila menyusunnya. Untuk permudahkan mengangkat pergi balik dah....
Sapu minyak pada bekas sebelom mengukus Soon kueh. Ia mengambil masa selama 10 - 15 minute sehingga nampak kulitnya berbayang lalu angkat. Perlu diingatkan apabila sudah masak, sekali lagi sapukan sedikit minyak agar ianya tidak mudah melekat. Ia mmg manyak leceh lah...hahahahahaha
Sekian terimakaseh.
Maaf sajerlah ya sekejap tulis omputih sekejap tulis melayu ala you all paham2 jerlah ya...ada masa susah saya nak explain dlm satu satu bahasa...asal saya tidak mengunakan Tamil Elam sudah cukup cantik.... Har Har Har....
Rendang Daging Batang Pinang
What the beza di antara daging lembu berbatang pinang atau lainnya? I don't know betul. Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam bab musabab daging nih. Kerja saya nak cepat jerr, saya tidak boleh tunggu lama-lama kurang sabar.
So makanya saya beli daging batang pinang dan menyuruh mamak tu hiris agak nipis sedikit. the reason was, saya nak masak daging rendang saya dengan cepat. Tulah saya. Alhamdullillah ianya memang sungguh cepat save gas dan juga masa.
Bahannya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Halia (agak2 ya)
Sedikit lengkuas sikit jer
1 batang serai hiris
(Bahan-bahan di atas ini di kisar halus)
200g daging pinang di hiris agak halus
1 packet kecil rempah rendang
1 packet kecil kerisik
2 sudu besar gula melaka
Garam dan lada sula secukup rasa
1/2 cawan santan
1 cawan kecil air
1 inchi kayu manis
Hirisan serai, daun limau serta kunyit.
Tumis bahan-bahan yang di kisar tadi sehingga wangi masukan kayu manis tumis sehingga naik bau dan masukan rempah rendang. Setelah naik bau lalu masukan daging di gaul bersama rempah tadi dan masukan gula melaka. Oleh kerana saya mengunakan daging batang pinang yang mudah dan cepat masak maka lauk rendang saya ini tidak mengambil masa yang lama untuk empok. Lembut dan enak sekali! Suami saya kata 5 bintang kejora!
Cobalah style saya...Arumba Arumbeh!!!!!!
Kueh Baulu Tradisional
Arwah mak kita dulu nak pukul telur gan gula pakai pasu. Kami sembilan adek beradek maka kami pukul lah dan take turn sebab mak kami jika membuat kuih baulu bertin-tin besar biskut Khai Hong tu takde botol-botol punya. Satu tin besar untuk makan di bulan puasa dan lagi satu tin besar untuk raya...tapi dua-dua pun kami bedal....hahahahahaha nostalgic sungguh!
Saya sememangnya tidak pandai membaut kuih raya. Selalu kakak dan kakak-kakak ipar saya yang ramai itu beri sebotol sorang sudah menjadi muai. Seminggu yang lepas kakak saya panggil saya kerumahnya dan mengajar saya macam mana nak buat kuih baulu ini. Memang tak terpikir langsungkan nak belajar...Alhamdullillah berkat.
Ropanya resepinya sgt mudah.
Bahannya
10 biji telur yang besar
380gm gula
200gm tepung gandum
Sedikit essence Vanilla jika mau
Sedikit baking powder
Almaklum dah canggih kami tak lagi pakai pasu. Sekarang kami pakai mixer power ranger. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat. Apabila telah yakin telur dan gula kembang dan cantik masukan tepung dan baking powder tadi serta vanilla essence kedalam adunan dan gaul rata.
Saya tetap mengunakan acuan klasik tapi saya mengunakan oven bukan kayu arang seperti orang dedulu. Terlebih dulu warm up oven anda selama 10 -15 minutes. Set Oven 160 degrees (ikut oven memasing ya). Sapukan butter pada acuan sebelom masukan adunan. Setiap kali nak bakar, kita kenelah rajin sapu butter lagi agar tidak melekat dan cantik berseri indah permai!
Baulu masak lebih cepat apabila mengunakan oven...so jgnlah terkocoh-kocoh karang ada pangkat sarjan di lengan anda...saya dah dapat pun hahahahhahahaha.....
Sunday, August 15, 2010
Onde-Onde
Saya memang gemar onde-onde. So dah lama ingin membuatnya baru kini berkesempatan. Maklumlah terkadang kita sebok sangat mengurus rumahtangga dan juga saya bekerja so selalu tiada peluang keemasan untuk membuatnya.
Buat Onde-Onde nih bukan lah rumit sangat.
Bahan-bahannya
1 cup tepung pulut
200ml cup santan or just air pun ok juga
(can be more agak2 lah ya)
Gula melaka sebagai intinya
Pewarna ikut sukahati andalah...
Saya lebih gemar mengunakan santan kerana ianya agak lemak dan cantik jadinya dan mudah di uli.
Kelapa parut saya kukus agar tahan lama dan enak rasanya. Saya kukus kelapa parut dengan sedikit garam. Itulah sebab apabila membuat doh onde-onde saya tidak bubuh garam.
Buat Onde-Onde nih bukan lah rumit sangat.
Bahan-bahannya
1 cup tepung pulut
200ml cup santan or just air pun ok juga
(can be more agak2 lah ya)
Gula melaka sebagai intinya
Pewarna ikut sukahati andalah...
Saya lebih gemar mengunakan santan kerana ianya agak lemak dan cantik jadinya dan mudah di uli.
Kelapa parut saya kukus agar tahan lama dan enak rasanya. Saya kukus kelapa parut dengan sedikit garam. Itulah sebab apabila membuat doh onde-onde saya tidak bubuh garam.
Nasi Urap versi Kuali Buruk
Nasi Urap atau Nasi Ulam nih boleh di perbagaikan. Semalam waktu hendak berbuka saya tetiba teringin nak makan Nasi Urap ini. Akan tetapi bahan-bahannya tidak mencukupi.
Saya jengok esbok cuma ada petai, daun kunyit, daun limau dan daun salam semuanya di hiris halus...bukan salamekom ok...hehehhee.
Ada taugeh, udang kering seperti biasa saya rendam dan tumbuk halus berserta bawang putih dan lada padi secukupnya....
Selalunyalahkan Nasi Urap nih di buat mentah. Di gaul semuanya sehingga cantik. Tapi saya nih mmg kecoh dan cerewet sikit. Maka saya goreng sedikit supaya hilang kerasaaan tidak menentu yang ada dalam lubuk hati saya ini...
Hah jadilah Nasi Urap versi Kuali Buruk yang saya makan bersama Tempoyak, Keropok belinjo, sambal belacan dan juga telur asin. Manakala kat tepi tu adalah paru goreng sambal saya dah.
Surprisingly my son pun boleh makan seh! terkajuit den....heheheheh
Saya jengok esbok cuma ada petai, daun kunyit, daun limau dan daun salam semuanya di hiris halus...bukan salamekom ok...hehehhee.
Ada taugeh, udang kering seperti biasa saya rendam dan tumbuk halus berserta bawang putih dan lada padi secukupnya....
Selalunyalahkan Nasi Urap nih di buat mentah. Di gaul semuanya sehingga cantik. Tapi saya nih mmg kecoh dan cerewet sikit. Maka saya goreng sedikit supaya hilang kerasaaan tidak menentu yang ada dalam lubuk hati saya ini...
Hah jadilah Nasi Urap versi Kuali Buruk yang saya makan bersama Tempoyak, Keropok belinjo, sambal belacan dan juga telur asin. Manakala kat tepi tu adalah paru goreng sambal saya dah.
Surprisingly my son pun boleh makan seh! terkajuit den....heheheheh
Paru Goreng Sambal
Paru di rebus sehingga empok. Setelah itu dihiris dan di lumurkan kunyit serta garam sedikit...di perap seketika...
1 biji bawang besar di hiris
2 butir lada putih di hiris
2 sudu lada kisar
(8 biji lada kering, bawang kecil, bawang putih dan sedikit belacen)
1 biji lada merah di hiris
gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
sedikit air asam
Masukan paru yang di perap dan goreng bersama minyak 2 sudu tadi. Masukan lada kisar di balik-balik serta hirisan bawang besar, putih dan juga hirisan lada. Jangan lupa letak sedikit lada sula, garam dan gula secukup rasa. Masak jgn terlalu lama jika tidak nanti parunya akan keras...last masukan air asam dan gaul rata lagi sehingga yakin ianya dah masak...hiasan bawang goreng seperti biasa...saya suka bawang goreng sesangat lah...
Simple sahaja tutup mata pun boleh bikin sama itu paru sambal....GOOD luck!
Popiah ohh Popiah...
Anak saya sebut 'Popiak'...hahahahah saya suka masak kalau ada yang suka makan. Yelah jadi ibu nih kenelah pandai masak. Asyik nak makan kat luar jerr...papa kedana lah somi kita nanti. Walaupun saya bekerja bab makan nih mmg saya tidak pandang remeh. Orang boleh kata takde masa takde time dan malas....saya pun selalu malas juga (lebih-lebih lagi time baru dpt gaji asyik-asyik nak beli jerrr)..penat janganlah ckp tapi bila tengok muka somi dan anak-anak yang mula membesar dan kuat makan....adeh tak sampai hati...
Okaylah ngomel pulak..oklah resepi saya byk tertunda gambar dah byk tapi masih lagi liat nak post kat blog nih...al maklumlah puasa...hehehehheheh Sebok bebeno!
Resepi saya pada hari ini adalah Popiah or popiah basah kata orang sini. Saya bikin inti nih ikut citarasa saya sendiri maybe may not suit others.
Kulit popiah ini di buat pun boleh di beli pun boleh. Resepi untuk kulit Popiah saya dapat dari internet mudah sgt rupanya. Hanya tepung gandum secubit garam dan air...insyaAllah saya akan coba but not now
Bahan intinya
Sebiji sengkuang di potong panjang dah halus (hiris)
Sebiji carrot juga di parut kasar
4 Shiitake Mushroom hiris
2 sudu besar udang kering di rendam
1 Bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji lada merah
(udang dan bawang di blender kasar)
Garam dan lada sula secukup rasa ( atau gunakan kicap masin pun boleh)
Bahan lain
Udang di salai
2 biji telur di dadar
Petis Rojak buah
Sambal belacan atau sambal apa jua
kekacang yang di tumbuk halus
Dah siap jika ingin tambah petis dan kekacang silalah selamat mencoba...
Thursday, August 12, 2010
Es Al Phukat Avocado....
Saya memang teringin sangat nak bikin sama ini dessert...tapi selalu lufher maka ada hikmahnya di bulan puasa yang mulia ini...macam-macam idea sudah terbit 'ting ting tong' kat kepala otak berdengung saya. So secepat kilat saya lungsuri recepi yang berbagai.
Maklumlah saya juga seorang yang sgt cerewet tentang pemakanan so saya ubah suai ikut sukahati dan selera saya...
Bahannya
2 biji avocado (untuk 4 serving)
1 cup yogurt
1/2 cup HiLo milk
2 tbsp sugar
1 keping kecil gula melaka
Hershey Choc Syrup
Cocoa for topping
Strawberries for toppings too
Option jika tidak suka gula dan skim milk boleh tukar kepada condense milk. Saya tidak mengemari condense milk.
Pilih avocado yang masak. Jika anda ingin kenali bagaimana rupa avocado yang ranum sila lihat kulitnya yang hampir kehitaman dan jika di picit dia agak lembek. Scoop avocado dan masukan dlm blender bersama gula dan susu (jangan campur air ya). Gula melaka di masak dengan sedikit air sehingga pekat.
Penyediaan dua scoop yogurt dilapis dengan gula melaka, setelah itu ambil dua atau tiga scoop avocado yg telah di blender tadi. Sira Hershey Choc Syrup dengan sukahati serta taburkan cocoa maupun milo diatasnya...hiasan strawberries atau sewaktu dengannya...chilled for 15minutes or more for best result.
Maklumlah saya juga seorang yang sgt cerewet tentang pemakanan so saya ubah suai ikut sukahati dan selera saya...
Bahannya
2 biji avocado (untuk 4 serving)
1 cup yogurt
1/2 cup HiLo milk
2 tbsp sugar
1 keping kecil gula melaka
Hershey Choc Syrup
Cocoa for topping
Strawberries for toppings too
Option jika tidak suka gula dan skim milk boleh tukar kepada condense milk. Saya tidak mengemari condense milk.
Pilih avocado yang masak. Jika anda ingin kenali bagaimana rupa avocado yang ranum sila lihat kulitnya yang hampir kehitaman dan jika di picit dia agak lembek. Scoop avocado dan masukan dlm blender bersama gula dan susu (jangan campur air ya). Gula melaka di masak dengan sedikit air sehingga pekat.
Penyediaan dua scoop yogurt dilapis dengan gula melaka, setelah itu ambil dua atau tiga scoop avocado yg telah di blender tadi. Sira Hershey Choc Syrup dengan sukahati serta taburkan cocoa maupun milo diatasnya...hiasan strawberries atau sewaktu dengannya...chilled for 15minutes or more for best result.
Su'un Salad ala Thai...
Actually saya ubah suai dari asal Tang Hoon salad. Ini adalah peberet dish somi serta kawan-kawan saya. Jika mengikut cara orang thai masih byk lagi ramuan seperti dedaunan ulam untuk Santapan. Tapi al maklumlah semlm masa saya bikin ini Su'un banyak mende tarak...so saya ubah suai ikut suka hati saya lah...
Bahannya
Su'un ikut bape byk yang anda suka dan di rendam
2 sudu besar udang kering di rendam
2 biji bawang putih
3 biji lada padi (di tumbuk bersama udang kering dan bawang putih)
4 biji limau kasturi (lemon pun ok saya suka kasturi kerana dia masam-masam manis)
1 sudu besar sos ikan thai
2 ekor udang besar dan sotong di rebus airnya di ambil buat masakan
Hirisan bawang besar
1 sudu besar gula
Cendawan shiitake
Cara-cara membuatnya mudah
Rebus udang dan sotong setelah di hiris ketepikan air rebusannya.Tumis tumbukkan udang kering, lada padi dan bawang putih mengunakan non stick pan or kuali dengan minyak yang amat sedikit sahaja about 1 teaspoon of minyak. Larutkan bersama air perahan limau kasturi dan air rebusan udang sotong. Kulit limau kasturi di hiris dan campur sekali. Masukkan Su'un, gula, shiitake mushroom dan segala bahan selanjutnya dan gaul rata. Jangan lupa sos ikan dan hirisan bawang semuanya. A pinch of salt and pepper mudah sahaja.
Sayuran seperti ocra, carrot dan hirisan bawang itu hanya di sauteed bersama minyak zaiton dan blackpepper sekejap sahaja agar segar...SIAP!
Wednesday, August 11, 2010
Nasi Goreng Ayam Kunyit dan Udang...
Bila tiada idea masak nasi goreng lah kan...saya dan anak-anak saya pengemar nasi goreng yg tegar. Tapi nasi goreng masak sendiri lebih afdal.
Senang jerr masak nasi goreng nih...dalam rumah mustilah ada sambal belacan...sbb nasi saya nih letak sambal belacan sahaja. Jadi nak masak senang jerr...takyah kecoh2...
Resepinya
Ayam 150g
Hirisan bawang besar dan bawang putih
Kunyit serbuk gaul dengan ayam beserta garam sedikit
Di goreng ayam sehingga garing dan masukan udang sehingga masak
Selepas itu masukan 1 sudu sambal belacan belacan di tumis dengan minyak dan gaulkan bersama nasi serta ayam gorengan tadi. Pecahkan dua biji telur setelah itu di gaul rata sehingga lah jadi nasi goreng ini...jgn lupa hirisan lada dan juga bawang goreng....selamat mencoba...
Senang jerr beb!
Monday, August 9, 2010
Black Pepper Crab...
3 ekor ketam besar di potong dua
8 ulas bawang putih (cincang halus bawang-bawang itu)
2 biji bawang besar hiris
hirisan halia
3 sudu besar sos black pepper (Singlong)
2 sudu besar sos tiram
2 sutu besar kicap pekat manis
4 lada merah di hiris
Daun sop daun bawang di cincang halus
Bawang goreng
Setelah ketam di bersihkan dan di potong dua saya gaul ketam dengan sedikit kunyit dan garam goreng di dalam minyak yangg panas. Untuk beberapa minit sahaja dan saya toskan.
Minyak secukupnya dan tumis bawang putih sehingga garing dan naik baunya then masukan halia tadi. Masukkan sos2 tadi dan tumis dengan jayanya. Gaul dengan ketam sehingga sebati masukkan lada hirisan dan bawang hirisan serta daun sop dan bawang goreng...boleh di tambah dengan garam secukup rasa dan lada sula...
Mee Sop ala Dondang...
Saya cuma tumis bawang besar bawang putih sehingga wangi, masukan cube knorr chicken stok sebiji. Cendawan, meat ball dan seaweed.
Nak makan tabur bawang goreng dan juga lada sulah...NYUM hot hot super hot berpeloh mamam!
Kuah Asam Rebus...
Nobody is perfect so bolehlah damage control sikit...
Asam keping
Air asam secawan penoh
Lada kisar dua suduh jerr...
Sayuran ikut sukahati saya gunakan Ocra or Lady Fingers
Tomato
Kunyit
Dan ikan merah seekor kecik...
Caranya tersangat lah mudah celup jerr semua dalam periok...ikan, sayur, lada, air asam semua bahan tadi dan bubuh garam dan gula secukup rasa...kalau ada Nenas lagi sedap weii...selamat mencoba...
Lemak pucuk ubi berkeledek...
Pucuk Ubi di rebus sehingga empok bersama seketul keledek Jepun
Manakala kuahnya pula
sesudu besar udang kering
sesudu besar ikan bilis
(kedua bahan ini di rendam dahulu untuk membuang kotoran dan juga melembutkannya)
6 biji lada padi hijau dan 6 biji merah
Kunyit idop sebesar ibu jari
bawang besar dan bawang putih
belacan 1 inchi
di blender agak halus bahan di atas
Satu kotak kecil santan
Garam secukup rasa
Saya masak mesti letak belacan sebab saya rasa belacan adalah kemestian dalam masakan saya...
Saya tidak menumis saya rebus jerr bahan2 tadi sehingga didih saya masukan pucuk ubi yang saya dah rebus dan hiris halus dan potong kecil keledek. setelah semuanya larut dan mendidih baru saya masukan santan dan kecilkan api saya kacau sehingga masak.
Sambal Tumis Udang Petai bertempoyak...
Saya pernah mengikuti rancangan tv masakan Chef Wan...dan saya agak agreelahkan dengan cara beliau menerangkan bahawa bila kita masak...secara tidak lansung kita selalu ubah suai kalau hanya ikut buku sahaja selalunya masakan kita kurang menjadi, akan tapi jika kita masak ikut suka hati selalunya menjadi...
Tulah cara kita bukan saya nak ckp saya masak serupa Chef Wan...tapi saya begitu juga kalau masak...saya jarang ikut cara dalam buku tapi saya selalu ikut citarasa sendiri yang hancai bocai...sukahati sayalah...jadilah pulak...hahahahahahaha
Sosek-sosek meh tgk resepi nih...
Udang besar 6 ekor
Saya blender sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
6 tangkai lada kering
kunyit sedikit
dan belacan secukup rasa
sedikit ikan bilis
8 ketulan petai saya belah dua
satu sudu kecil tempoyak
garamg dan gula secukup rasa...
Pertama saya goreng ikan bilis biar garing sedikit...then saya tumis semua bahan yg saya telah blender tadi dengan minyak dan sehingga bau harum then masukan udang, petai dan juga tempoyak...last garam gan gula secukup rasa....senang jerr...esok2 recipe saya pasti berubah lagi...ikut sukahatilah ya...hahahahahhaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)