Wok The Talk...
-
Kita dah lama sangat tak post gambar masak kat sini kerana kita lupa password lol!!! Oklah it's never too late to rekindle the long los...
-
Mak nih kan setiap hari pun mengindam itu ini. Yang ajaibnya masa mengandung tak pula mintak itu ini.. seingat mak satu jerr yang Mak minta...
Monday, August 16, 2010
Rendang Daging Batang Pinang
What the beza di antara daging lembu berbatang pinang atau lainnya? I don't know betul. Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam bab musabab daging nih. Kerja saya nak cepat jerr, saya tidak boleh tunggu lama-lama kurang sabar.
So makanya saya beli daging batang pinang dan menyuruh mamak tu hiris agak nipis sedikit. the reason was, saya nak masak daging rendang saya dengan cepat. Tulah saya. Alhamdullillah ianya memang sungguh cepat save gas dan juga masa.
Bahannya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Halia (agak2 ya)
Sedikit lengkuas sikit jer
1 batang serai hiris
(Bahan-bahan di atas ini di kisar halus)
200g daging pinang di hiris agak halus
1 packet kecil rempah rendang
1 packet kecil kerisik
2 sudu besar gula melaka
Garam dan lada sula secukup rasa
1/2 cawan santan
1 cawan kecil air
1 inchi kayu manis
Hirisan serai, daun limau serta kunyit.
Tumis bahan-bahan yang di kisar tadi sehingga wangi masukan kayu manis tumis sehingga naik bau dan masukan rempah rendang. Setelah naik bau lalu masukan daging di gaul bersama rempah tadi dan masukan gula melaka. Oleh kerana saya mengunakan daging batang pinang yang mudah dan cepat masak maka lauk rendang saya ini tidak mengambil masa yang lama untuk empok. Lembut dan enak sekali! Suami saya kata 5 bintang kejora!
Cobalah style saya...Arumba Arumbeh!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment