Wok The Talk...
-
Mak Peah believe semua orang pandai buat garlic bread. Anak Mak Peah yang teenage nih aduhai kalau garlic bread nih dia boleh makan non sto...
-
Seperti biasa Seafood Paella nih rasanya kurang seafood...I had fish and sotong with sausages jerr...kalau lah paella yang betul ada mussel...
Monday, December 13, 2010
Nasi Goreng Lada Hijau
Kalau makan nasi goreng nih kan pasti meleleh airmata Mak Peah alfatihah abah...yelah nasi goreng resipi arwah abah nih. Arwahnya memang suka dengan lada hijau di buat ulam hampir setiap hari, makanya lada hijau di buat nasi goreng juga.
Resipinya amat mudah sekali, seperti nasi goreng biasa cuma di tukar dengan lada hijau sahaja...
Takpe jgn gusar Mak Peah kasi ingredient dia jugalah ya khas buat adek-adek yang baru nak memegang senduk dan kuali.
Ingredientnya
3 cawan nasi sejuk
Bahan kisaran
5 biji lada hijau
3 biji lada padi (jika ingin lagi pedas tambahlah ya)
1 sudu besar udang kering
2 bawang kecil
1/2 inchi belacan
1 biji limau kasturi
Tambahan
1 biji telur
1 sudu kicap asin
1 sudu kicap manis cair
garam secukup rasa
(jika suka msg bubuh jerlah ya)
Nasi Goreng lada hijau ini di makan dengan ayam goreng kunyit memang syiok berserta keropok ikan tamban....anak bujang Mak Peah makan bertambah sehingga licin alhamdullillah taklah membazir makanan amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Mak Peah,
ReplyDeleteBelum breakfast lagi ni. Ida nak semua dalam pinggan ni kecuali lada hijau tu
Salam ida
ReplyDeletekeropok nak berapa...telur asin nak dua ketul ke tiga ketul...nak ambik order nih...hihihihi