Wok The Talk...

Thursday, October 14, 2010

Ketekunan Mem Aluyah Kueh Lapis...

 

Lihat gambar tertera di atas ini. Ini bukan gambar AJAIB! ini adalah kenyataan. Percaya tidak sahabat baik saya yaitu Mem Aluyah Kueh Lapis dari seberang seorang surirumahtangga yang AJAIB bisa membuat juadah yang mulanya tampak mudah tapi dapat di lahirkan begitu cantik dan di luar jangkaan. Saya rumuskan adek saya ini memakai ruler besi!

Saya pun agak 'fikiran' seketika membelek kiri dan kanan bagaimana beliau boleh melakukannya dengan begitu telaten sekali. Ini yang di namakan 'Di mana ada Usaha di Situ ada Kejayaan'.

Memasak ini tidaklah serumit seperti ramai jangkakan. Jika anda berminat, mengemari memang jalan terbuka luas. Saya ingin memberi Inspirasi pada adek-adek saya sering berkunjung ke blog saya. Kerana merekalah lahirnya blog KualiBuruk ini.

Malah adek-adek inilah yang mendorong saya dan support saya dalam memberi banyak juga idea dan motivasi untuk bangkit dan masak. Bukan selalu kita rajin. Penyakit MALAS memang selalu menunggu nombor untuk bangkit.

Mereka juga tidak pernah berkecil hati apabila setiap bingkisan entry saya selang-selikan dengan nasihat, kerana mereka tahu saya sangat menyayangi mereka yang sering berkunjung di blog ini. Buat tetamu yang baru mengikuti saya pun saya sungguh berbesar hati kerana ber'followan' saya. Terimakasehhhhhh!.....

Blog ini tidaklah seberapa, ianya tercipta atas dasar himpunan sahabat-sahabat yang ingin mengongsi pengalaman hidup dan rumpunan resepi mudah malah santai.

Bukan kami tiada buku-buku resepi, malah banyak tapi tidaklah satu almari. Melampaukan satu almari pulak hahahahahahhahaha....Dan bukan kami mengejar glamer nak berlawan antara satu sama lain nauzubillah jauh sekali. Kami telah mengenali antara satu sama lain ada yang melebihi 8 tahun lamanya...

So, tiada timbul soal Who's stabbing who? dalam context membuat blog. Alahai berblogging ini bukan baru bagi kami. Kami telah melibatkan diri dalam activities ini selama bertahun-tahun lamanya. Kami buka-tutup blog ikut sukahati kami sahaja. Lebih-lebih lagi saya. Blog saya bersepah-sepah. Namun sifat setia kawan selalu ada.

Dulu saya inginkan blog ini khas buat masakan sahaja. Akan tetapi setelah terjadi 'pemberontak' dari salah seorang pengunjung...yang saya juga tidak tahu menahu bila masa dia jadi pemerhati bebas dalam blog saya. Maka saya akan jadikan blog masakan saya ini lebih berinti-pati. Alhamdullillah setiap musibah yang datang memberi saya satu perangsang dan idea yang baru. Syukurlah.

P.S. Nukilan rasa jika ingin marahkan saya silakan marahlah makilah saya, tapi jangan marah dan maki anak-anak serta suami saya. Mereka tidak bersalah dan saya tidak pernah maki-hamun orang sessukahati saya lebih-lebih lagi keluarga mereka. So jadilah manusia yang lebih prihatin dan waras dalam menangani masaalah peribodi....hehehehhe jgn cepat naik loktang tak tentu pasal tanpa usul periksa...terlajak perahu boleh di undur telajak kata rosak dan makan diri sendiri.

6 comments:

  1. tulah cantik kan Aeini...nih kakak tiri mem aluyah punya roti jala! Macam takmoh makan jer kan...

    ReplyDelete
  2. Memula Mok bila tgk warna kuning macam kain berlipat mati2 ingat ko ada kait apa apa..itu sekali imbas la..bila dah klik kasi besor baru ler perasan rupanya roti jala...guna acuan aper yer...ini tak makan ni silap haribulan gantung2 wat hiasan ehehehe...by the way darling...sapa yg suka kutuk2 kakak I yg sweet & bek hati ni...aiseyman...ini tak sayang jari ney! Grrrr....

    ReplyDelete
  3. cantik sangatkan mem aluyah kueh lapis punya roti jala...aku pun rasa cam nak bikin selendang jerr...LOL

    biarkanlah dia emosi terlampau...takde kerja free sgt

    adat manusia nih begitulah...jiwa kalau kacau dan makan bebukan gitulah jadinya selalu buruk sangka..hehehehhee

    ReplyDelete
  4. Hi3x Mak Peah, roti jaler ni mmg sekali lihat mc tuala, pakai acuan aper ni? kat mana beli? Saya ni mmg peminat roti jaler...saya mintak tolong kasi info okay, tata... Berinovasi sgt2, syabas!!

    ReplyDelete
  5. Salam Zye...ini tidak pakai acuan ini kerja seni sahabat karib Mak Peah yang duduk nun jauh di Dubai sana...beliau memang sgt telaten bila mengusahakan sesuatu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...