Wok The Talk...

Sunday, October 31, 2010

Maple Grilled Chicken Baquette Sandwich


Maple grilled chicken sandwich family's weekend favourites. Top with salads, cheese. mustard, chili sauce and mayonaise and tomato springkled with pepper and salt.

Anak-Anak dan suami Mak Peah sangat suka homemade bread buatan sendiri. Mudah jerr bikin Baquette Bread ianya lembut dan wangi. Roti ala baguette bread ini tidak payah di uli langsung.


Baguette bread resepi Mak Peah
1 cup of self-raising flour
1 cup of whole-wheat flour
pinch of salt
1 packet of Dry Baker's Yeast
1 to 1 1/2 cup water

Everything mixed together with spatula or ladle. The texture a bit soggy but it's ok. Covered and let it rest for 30 minutes. Once it double the size scoop with ladle, divided and mixed it with a bit of flour shape it and bake at 200 celcius at 25 minutes. Again, you must know you oven well.


Maple Grilled Chicken and Sausages
4 pieces of thigh boneless chicken
1/2 a cup of Maple Syrup
30g butter
salt and pepper
a bit of tumeric powder
1 teaspoon of cinnamon sugary powder

Combine all ingredients to marinate chicken for at least 1 hour. Grilled chicken on a special grill pan. Cook and cover for 10 minutes to get the juicy chicken.

Udang Geragau Goreng


Susah nak dapat udang geragau di pasar rumah saya. So selepas sholat subuh dan anak-anak ke sekolah saya menuju terus ke pasar basah yang berdekatan hanya 7 minute walking distant sahaja. Alhamdullillah semua barangan pasar segar dan banyak pilihan di pagi hari.

Tujuan utama ke pasar kerana mencari ketam untuk di masak lemak atas permintaan anak-anak saya. Tapi rezeki menyebelahi saya terdapat sepinggang penuh udang geragau di jual sama. Saya hanya membeli 2 dollar sahaja cukuplah untuk makan sekali waktu lunch.

Bahan-bahannya
200g udang geragau segar
2 sudu tepong jagung
1 sudu tepung beras
sedikit kunyit
sebiji telur
garam dan lada sula secukup rasa
1 biji lada merah di cincang

Gaul semua bahan tadi dan siap untuk di goreng. Enak di makan begitu sahaja maupun berulam nasi.

Sayur Oyster Sauce


Jika makan nasi tanpa sayur mana ada bestkan. sayur itu penting dalam mengimbangi diet pemakanan kita. Bukan hanya sayur menjadi santapan harian kami, malah berbagai jenis tauhu juga menjadi kegemaran kami anak beranak lebih-lebih lagi anak bongsu kami.

Masakan di atas ini terlalu mudah. Saya sangat mengemari sayur sawi kecil ini kerana ia sangat segar dan pabila dia masak nampak cantik kehijauan dan enak rasanya.

Bahan-bahannya
sayur sawi kecil
2 tube tauhu lembek
udang di belah belakang
bawang putih
1 sudu oyster sos
salt and pepper
bawang goreng hiasan

Mudah sahaja. sayur janganlah masak terlalu lecur hilang kenikmatannya.

Ikan Cencaru Sumbat


Ikan cencaru sumbat ini adalah makanan kegemaran suami saya. Suami saya sangat prihatin tentang permakanannya. Beliau tidaklah cerewet tapi beliau ingin memastikan bahawahsanya makanan yang masuk ke dalam rongga badan kita seharusnya makanan yang tidak tercemar dari segi ke'halal'annya dan juga kebaikannya.

Pada mulanya saya rasa payah untuk mengikuti cara pemakanannya. Tapi setelah berkahwin lebih 17 tahun. Saya pun mula terikut cara peradaban bila makan bersamanya. Satu lagi suami saya amat jarang makan bertambah. Dari itu saya sudah tahu sukatan makannya. Seperti ikan cencaru sumbat ini seekor besar cukup buat kami anak beranak. Anak-anak Mak Peah pun sudah terbiasa tidak makan bertambah sepinggan nasi sedikit lauk-pauk sudah memadai dan kami panjatkan syukur.

Cuma kami tidak ulangi lauk pauk makan pagi dan petang. Mak Peah akan masak lain untuk breakfast, lunch dan dinner. Sudah menjadi kebiasaan kami makan makanan yang hanya di masak apabila hendak makan. Dan kami tidak menyimpan makanan keesokan harinya.

Sebagai ibu yang telah sedia maklum, sukatan dalam pemakanan Mak Peah semuanya dalam sukatan kecil sahaja, agar tidak membazir.

Rencah Ikan Sumbat
3 batang lada merah
beberapa biji lada padi ikut suka hati
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
2 biji limau kasturi
garam gula secukup rasa
semua bahan ini di blender halus

Senang sahaja, ikan cencaru di basuh bersih di belah belakangnya di dua bahagia atas dan bawah. Sumbatkan bahan tadi sehingga mampat. Sedikit minyak panas di kuali dan masukan ikan cencaru tadi lalu di tutup. Kenapa di tutup? Supaya moisture ikan tadi dapat di kawal dan ianya akan bertambah juicy....

Perahan lemon untuk ikan adalah disyorkan kerana menambah enak mentelah tomato ceri buat ulaman....mensyiurrkan dan melazatkan.

Sekian terimakseh.

Hati Masak Rempah berJintan ketumbar


Hati masak Rempah berjintan ketumbar ini adalah masakan orang dedulu zaman ibu saya. Bila dulu orang kata makan hati boleh menambahkan darah saya ketawa terkekekeke. Tak percayalah tu kunun. Tapi apabila doktor mengkhabarkan yang sama padan muka saya. Kerana saya selalu kekurangan darah. Antara lain, hati mempunyai kadar vitamin A yang sangat tinggi, vitamin B, riboflavin, selenium, dan juga tinggi kandungan zat iron dan zinc.

Bahan-bahannya
300g hati lembu atau kambing (direbus terlebih dahulu lalu di potong kecil)
bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
halia di hiris
lada merah di hiris
setengah sudu kecil serbuk jintan ketumbar (di tumbuk)
sebatang kecil kayu manis
2 sudu besar rempah kari adabi
1 sudu kecil lada kisar
1 sudu kicap manis
air asam setengah cawan
garam secukup rasa

Tumis bawang besar dan putih serta kayu manis sebentar. Masukan jintan dan ketumbar yang telah di tumbuk halus. Sangar sehingga wangi lalu masukan lada kisar dan serbuk kari di tumis. Masukan hati yang telah di rebus dan di potong gaul rata bersama bahan selanjutnya. masukan air asam setengah cawan. Masak sehingga kering dan boleh di hidangkan....AMIN.

Kelebihan dan Kekurangan Memakan Hati
“Dihalalkan untuk kita (umat Islam) dua jenis bangkai dan dua jenis darah, adapun dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang, manakala dua jenis darah itu ialah hati dan limpa.” (Hadith riwayat Ahmad 2/97, dan Ibn Majah, Kitab al-At’imah, bab al-Kabid wa al-Tihal)
Dari hadis ini – Hati adalah salah satu benda halal yang dibenarkan di dalam islam.

Akan tetapi tidak di benarkan memakannya lebih dari seminggu sekali. Kerana kemudaratan bisa terjadi yaitu penyakit tulang reput yakni osteoperosis. Ibu-ibu mengandung pun di nasihati jangan banyak makan hati kerana kandung kadar tinggi vitamin A. Secara khusus makanlah secara sederhana. sebulan dua kali atau paling kerap pun seminggu sekali sahaja.

Itulah ada perumpamaan yang membagaikan keluhan resah hati yaitu 'Makan Hati'. Nak kurus makanlah hati...heheheh tulang pun boleh reput....gurau jer.

Pemakanan yang baik menjadikan kita apa seadanya...jika kita makan sembarangan, kita bakal merosakan diri kita sendiri. Dari itu pilihlah makanan yang bersesuaian dengan keadaan dan telah di beri guideline secara terperinchi dalam islam mengenai pemakanan yang sehat. InsyaALLAH.

Kacang Buncis Goreng

Kacang buncis goreng yang sedap di makan bersama nasi panas. Jika ada yang mengalami penyakit gout, di khabarkan bahawa tidak boleh makan sayur kekacang berlebihan. Sebenarnya dalam pemakanan semuanya kita kene lah jaga sukatan agar tidak berlebihan. Bersederhanalah dalam segala pemakanan, perlakuan dan juga berbelanja janganlah boros.

Resepinya
Secekak kekacang buncis di potong tiga
2 sudu udang kering di rendam
1 bawang kecil
1 bawang putih
sebiji lada merah
Udang, bawang dan lada merah di tumbuk
sedikit halia di hiris
1 biji telur
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Tumis rencah, setelah itu masukkan kacang buncis dan garam secukup rasa lalu pecahkan telur dan gaul rata Viola Bon Appetit!

Saturday, October 30, 2010

Pizza Ayam Black Pepper


Budak-budak apalagi yang mereka suka? Tentulah Pizza!

Kalau ikut tekak orang tua seperti Mak Peah memang tidak 'doyan' sangat dengan makanan seperti ini. Maklumlah kami di besarkan dengan masakan orang melayu dan cara kampung. Setahu Mak Peah ayat 'doyan' adalah ganti nama bagi perkataan tidak selera. Saya tidak tahu bahasa apa mungkin bugis kot?...hihihihi arwah emak saya suka mengunakan perkataan ini. Yelah orang tua bila berkata-kata sungguh beralas. Ternyata mereka tidak suka mengecilkan hati sesiapa.

Sebaiknya begitulah apabila berkata-kata, jangan timbul riak, sombong serta mengejek-gejek orang sesuka hati. Biar pun orang tersebut tidak punya apa yang kita punya, kita harus senantiasa bersikap sedar dan jangan sesekali takbur. Nauzubillah di jauhkan dari perbuatan mungkar yang tidak di sukai Allah swt.

Berbalik pada Pizza nih, Pizza Mak Peah sungguh mudah.

300g daging ayam di cincang atau kisar.
Bawang besar di cincang juga
lada serbuk black pepper
sedikit kunyit dan garam serta lada sula secukup rasa

Bahan di atas ini di tumis terlebih dahulu mengunakan minyak Olive Oil untuk kesegaran rasa.

Bahan buat tepung pizza pula Mak Peah selalu mengunakan kaedah mudah sama seperti membuat roti. 
1 packet ragi kering
300g tepung gandum naik sendiri
sedikit garam
dan air secukupnya
di uli sehingga menjadi dough lalu saya let it rest for 30 minutes dan tutup dengan tuala basah yang bersih.

Bila dah siap untuk membakar, sapu kulit pizza dengan campuran tomato dan cili sos ikut sukahati. Lalu di taburkan daging di atasnya. Sapukan juga mayonaise berserta parmesan cheese  banyak sedikit lagi banyak lagi budak-budak suka.

Bake for 30 minutes at 180 celcius. Setiap oven memiliki suhu dan gaya tersendiri. Kenali Oven anda!

Bihun Goreng Putih...


Waktu saya kecil, saya memanggil makanan ini mee hoon putih. Saya seorang yang simple tentang makanan. Saya amat jarang makan, makanan yang berat-berat seperti daging lembu maupun kambing. Sesekali oklah juga mungkin sebulan sekali. Selanjutnya saya suka bersantapan makanan yang simple. So janganlah berkecil hati dengan saya, lain orang lain caranya. InsyaAllah.

Resepi Bihun Goreng Putih
Mee hoon sepaket di rendam sehingga lembut
8 ulas bawang putih di tumbuk bersama
segengam udang kering yang telah di rendam terlebih dahulu
200gm daging cincang
fish cake ikut suka rasa di hiris
udang hidup di buang kulit dan di potong kecil
sausages di hiris halus (optional)
sebiji telur
garam dan lada sula secukup rasa
hirisan lada merah dan bawang goreng sebagai hiasan dan enak rasanya,

Tumis tumbukkan rencah. Masukan daging cincang dan juga udang. Secawan air mentanak sehingga mendidih. Masukan hirisan fish cake serta mee hoon. Selalunya untuk memudahkan kerja membalik meehoon terlebih dahulu di gunting-gunting. Setelah itu di gaul rata semuanya, ambil sebiji telur atau dua biji ikut sukahati pecahkan di tepi bila masak di gaul keseluruhannya berserta garam dan lada sula.

Masakan mudah adalah pilihan saya.

Buat Pedoman
Firman Allah dalam surat al-A’raf ayat 31 berfirman:
”Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. Dan juga di surat Thaha ayat 81:
”Makanlah diantara rezeki yang baik yang telah Kami berikan pada kalian, dan janganlah melampaui batas padanya”.
Sementara Rasulullah saw sendiri telah memerintahkan untuk mengatur waktu makan dan berpegang teguh pada etika, sebagaimana sabda Beliau:
”Kami adalah orang-orang yang tidak makan kecuali setelah lapar, dan bila makan kami tidak sampai kenyang”.
Bila saya makan bersama keluarga saya selalu bercerita pada anak-anak saya, bagaimana kehidupan rasullullah yang selalu kelaparan dan sering berpuasa. Baginda Rasullullah s.a.w mempunyai sifat terpuji, sering mendahului orang-orang yang memerlukan. Tidak dapat banyak, walau sedikit pun kebajikan dapat kita tunaikan, insyaAllah di berkati sepanjang hayat.

Friday, October 29, 2010

Perbaiki diri tiada hentinya...

Malam nih ada kelas ugama dan bacaan Al Quran. Kami anak beranak akan hadiri kelas tersebut. Bagus juga kami mula dari bawah semula, banyak perkara yang di anggap remeh dan juga terlupa. Maklumlah terlalu kedoniaan.

Kami memperhalusi bacaan Al Quran kembali. Bacaan dalam sholat tidak boleh di ambil mudah. Ia amat penting kalau baca asal boleh bisa menjadikan amalan sesia. Nauzbillah.

Dunia pun kita kejar, akhirat mentelah lagi. Di usia meniti 40an ini banyak perkara kini tampak nyata dan jelas. Jikalau dulu semuanya indah malah alpa mengejar keseronokan dunia, di kala ini rasanya hampir tidak mencukupi masa untuk mengapai dan sering ketinggalan dalam mengejar ilmu akhirat.

Mohon Allah swt panjangkan usia kami dan dapat kami melakukan yang terbaik sebelom berpulang nanti. Bekalan yang cukup untuk berhadapan dengan yang Maha Esa. Seram mencengkam dada sudah bersediakan aku?....Moga ALLAH swt permudahkan perjalanan kami anak beranak....amin

Chapati dan Kima


Jika tidak bekerja, pepagi adalah saat bahagia kami suami isteri bersarapan dan menikmati air tauhu. Kami memang suka air tauhu panas-panas. Segar terasa kenikmatannya tak terhingga Slurrrpppps!

Setelah suamiku menghantar anak-anak ke sekolah. Mak Peah akan berpikiran nak masak apa untuk breakfast dan lunch. Kekadang suami ku beli juga. Sebungkus nasi lemak kami makan berdua. Entah kenapa nasi lemak sekarang takde rasa nasi lemak langsung. Adat berniaga begitulahkan...

So pagi ini Mak Peah dapat idea buat roti chapati.

Roti Chapati nih mudah sahaja
tepung chapati
air garam
jika hendak lembut tambah majerin uli-uli dan makan itu jam juga...baru sedap
nak lagi cepat dan mudah beli jerr yang instant lebih kurang halal lah juga rasanya amin...

Manakala Kima pula tersangatlah mudah
daging cincang
bawang besar di cincang berserta bawang putih tumis
sedikit hirisan halia lada merah
serbuk kari ADABI...
kalau nak pedas sedikit tumis lada kisar sedikit...

Cepat dan mudah apalagi kita ngap!

Breakfast kami suka makan sepinggan tanda meriah dan romantika di pohon kelapo! Sekeping sorang dah kenyang alhamdullillah...


Oleh kerana sedap sangat makan chapati di pagi hari, makan tenghari ada rekewes lagi so Mak Peah buatlah kari ayam pula dan untuk budak-budak metot Mak Peah buat special sikit lah sausages with scramble eggs...kasi depa happy!

Thursday, October 28, 2010

Kaki Ayam berhalloweeen!...


Tidak semua orang berminat dengan kaki ayam. Ada orang geli-geleman, Tapi orang-orang tionghua amat meminati kaki ayam.

Sejak kecil jika emak masak ayam, kaki-kaki ayam nih khas buat Mak Peah kerana saya sorang sahaja yang suka makan kaki ayam. Hingga kini di rumah Mak Peah seorang sahaja yang makan kaki ayam. Somi saya kata Mak Peah nih pelik. Apa yang pelik bukan saya seorang ada beberapa sahabat saya pun suka kaki ayam yang syiok!

Esok-esok kalau sesapa bela ayam berhati-hatilah saya bakal mencurik kaki ayam tersebut...kah kah kah...

Oklah...kaki ayam ini jika di masak ala dimsum mmg agak leceh sedikit tapi sungguh best. Pertama saya kukus kaki ayam ini. Dah empuk saya sejukan dan gaul dengan beberapa bahan seperti oyster sos, lada hitam, lada putih serbuk, sweet black sos dan garam secukup rasa. Setelah itu saya perap semalaman.

Esoknya saya goreng. AWAS! Ia akan melatop-latop tapi apabila di makan sungguh enak sekali!

Sambal Sardine...


Dulu saya hantu sardine, tiap hari pun nak makan lauk sardine. Kalau nasi panas-panas saya gaul semuanya dan makan bersuap sudu nyaman sambil tengok tv.

Dulu mak saya yang masakkan untuk saya. Menjak beliau dah tiada tiap kali saya masak sardine tak sebest arwah mak punya. Lama-lama saya give up. Seorang teman ajar saya letak air asam. Saya pun coba ermm sedap...tapi masih ada yang kurang kot. Lama gitu saya tanya kakak-kakak saya arwah mak masak sardine kenapa sedap sangat. Rupanya bahan 'secret recipe' ibu saya adalah perahan air limau kasturi! lagi satu jika takde limau kasturi beliau mengunakan sedikit cuka.

Resepi Sardine Lazat
Sebiji bawang besar di hiris
Dua biji bawang putih di hiris
Beberapa biji lada padi
Sedikit halia di hiris
secukup garam, secukup gula
sedikit kunyit serbuk
air perahan limau kasturi
satu sudu kecil lada kisar
Satu tin sardin cam ayam kloq-kloq (belanda) sardine lain tak best arrr

Bahan-bahan di tumis sehingga cantik. Masukan sardine tunggu hingga mendidih. Last baru masukan air perahan limau kasturi tadi. Menjak itu saya mendapat sardine kegemaran saya. Yabedabeduuuuu!

Monday, October 25, 2010

Belasungkawa


Seorang ibu tua telah berpulangan semalam. Walaupun beliau adalah ibu mertua kepada kakak ipar Mak Peah. Mak Peah terasa kehilangannya. Kami menetap bersebelahan blok. Terbayang di mata bila mana setiap pagi Allayarhamah menyusuri jalan ke pasar.

Jika bertembung kami berjalan berpimpingan tangan dan berpelokan mesra serta di selangi ciuman di kedua belah pipi nan mekar. Sesekian lama saya memangil beliau emak. Seorang ibu yang sangat lemah lembut, penyayang serta berpekerti mulia.

Apabila di khabarkan permergiannya. Terasa terkedu sebentar. Seakan kurang percaya. Bergegas selesai menunaikan kewajipan magribh Mak Peah dan Pak Sood segera melangkah kaki kerumah anak beliau. Suasana murung menyelubungi hampir setiap sudut dan cerok. Kedengaran isakan tangis serta berpelokkan tanda dukacita di atas pemergian. Surah-surah berkumandang lunak di sulami bisikan bacaan yasin mengiringi kesedihan.

Mak Peah cuba untuk tidak menitiskan airmata. Suasana bagaikan dejavu mengimbas detik kepulangan abadi ibunda terchenta yang di kasihi. Tanpa di sedari airmata meleleh membasahi pipi. Sebak dada menahan cungapan nafas. Hati terlalu rawa menangung kesedihan.

Di malamnya di adakan bacaan yassin beramai-ramai. Mujur ada apps AL Quran di hp Mak Peah tidak lah Mak Peah berebut mencapai naskah kecil yang tidak mencukupi itu. Setelah selesai tahlil Mak Peah menuju ke bilik untuk mengucapkan selamat keatas jenazah. Lelehan airmata sukar di bedung. Mak Peah seorang yang tidak mudah menahan hiba. Ku sekah lelehan airmata dari jatuh ke atas jenazah.

Ku cium pipi ibu, kiri dan kanan wangi dan sejuk kaku tiada lagi bernyawa. Berkata di hati kecil, Saat ku bakal menyusul. Tatkala itu berdetik hati ini dengan soalan bertubi, apabila tiba saat ku nanti adakah kelak ada pengunjung yg bakal datang bersedekah untukku?

Hidup terlalu rapuh, tiba saat kita akan meninggalkan segalanya. Anak, suami dan harta. Tiada yang akan mengikuti kita bersama melainkan amalan kita. Saya telah lama membuang perasaan benci sesama manusia apatah lagi bermusuhan. Moga hidup di permudahkan dengan perjalanan yang baik dan di redhai....amin.

....

Sunday, October 24, 2010

Geylang Serai


Hujan-hujan begini teringat saya waktu saya kecil dahulu. Allahyarhamah Emak saya mengajak saya ke Geylang Serai untuk menghadiri jemputan atau kenduri kahwin. Teringat waktu itu kami menaiki bas sehingga di satu kawawsan berdekatan kami menaiki Beca (Trishaw) pula. Di kiri kanan jalan di penuhi rumah-rumah kampung dan keadaan jalanraya yang berliku dan tidak rata menjadikan kami sakit bontot di buatnya....motion sickness pun ada..hahaha

Bersimpang-siur jalan dan berbengal-bengil beca di kayuh oleh Apek yang gagah lagi perkasa. Ketika itu cuaca agak mendung menunjukkan hari hampir hendak hujan. Saya masih ingat lagi saya telah di pakaikan gaun merah berlabuci yg di jahit khas oleh arwah emak saya. Dan seingat sayalah, saya masih belom bersekolah, tapi ingatan terhadap peristiwa tersebut masih segar hingga kini.

Cuma saya tidak berapa ingat kenapa abah saya tidak ikut serta mungkin abah saya di kerah berkerja kerana abah saya seorang sojar dalam bahagian medic. Emak membawa saya bersama Cik Nah jiran dan anaknya sahabat baik emak saya. Cik Nah membawa anak lelakinya yaitu Abg Sapit yang sudah agak besar dalam linkungan 9 tahun begitu.

Rasanya agak sukar apek nak angkut kami seramai empat orang...terjungkat-jungkit apek mengayuh sambil terangkat-angkat pinggulnya.

Dalam perjalanan, tetiba berdentum guruh di langit dan kilat sabung-menyabung di turuti hujan turun dengan lebatnya. Apek berhenti seketika dan bungkus beca yang kami duduki dengan pelastik. Saya di pangkuan emak di pelok dan ditutupi cuping telinga. Serta-merta hujan turun mencurah dengan lebatnya.

Tetiba apek terpekik...'Bah!..sula Bah!"...kami lihat air bah tetiba menyerang kilat. Di kiri dan kanan terapung barangan orang kampung.

Apek suruh emak saya duduk di dalam beca kerana katanya saya masih kecil. Tetiba air naik dengan derasnya sehingga mencecah lutut emak saya. Emak berteriak ketakutan begitu juga cik Nah dan abang Sapit. Tapi yang agak kelakar dan pelik kami masih terus duduk di dalam beca. Apek pun tidak menyuruh kami turun malah katanya "Lu duduk dalam diam-diam..wah jaga ini beca!"

Cik Nah berteriak "Periok lauk hanyut!" sambil menunding periuk-periuk dan dulang-dulang di bawa arus bah. "Abishlah kita tak dapat makan nasi minyak!" keluh Abg Sapit.

Dalam keadaan yang kalut kami sempat ketawa. Agak lama kami tersadai sehingga hujan reda begitu juga banjir kilat yang melanda surut jua. Kami pun pergi ke rumah orang yang membuat majlis kahwin tersebut. Ada terdapat beberapa orang menangis kerana lauk-pauk dan juga hindangan sudah hanyut di bawah bah (banjir).

Kami pun pulang hampa dengan menaiki bas tanpa makan, mentelah sejuk renyam dek hujan yang membasahi seluruh tubuh dan pakaian luar maupun dalaman lencun di buatnya. Sepanjang perjalanan pulang menaiki bas saya tidur. Bila sampai di stesen bas saya dapati abah saya menunggu dengan payung yang besar dengan segera beliau capai saya dan bungkus dengan tuala. Arwah Abah bising bebel-bebel dengan emak. Emak hanya diam membatu.

Esoknya saya demam panas, saya ingat emak nangis tengok saya demam dan abah tidak pergi kerja kerana bawa saya ke klinik.

...tetiba teringat arwah emak dan arwah abah, sedih pula hati saya mengenang jasa dan kasih sayang mereka. Al Fatihah buat emak dan abah.

SOSEK-SOSEK Saya nih tulis entry kali ini seperti membuat karangan pula....hahahahahhahahahahahha selamat berhujung minggu semua wahai teman!....

Saturday, October 23, 2010

Acar Buah


Ada orang panggil acar orang kawin kerana terdapat di majlis kenduri kawin. Sememangnya mesti ada acar nih. Dedulu arwah ibu Mak Peah akan kukus limau selama berjam-jam lamanya maklumlah di buat sendiri orang dedulu tidak suka mengunakan dried fruits. Mereka geli buatan cina katanya.

Tapi sekarang dah canggih. Semua nak cepat dan pantas.

Sekarang dried fruits tidaklah sekotor pembikinan seperti dahulu. So boleh lah kita gunakan dengan rasa gumbira.

Acar Mak Peah mengunakan sebiji kulit lemon yang telah di peram bersama cuka dan gula buat beberapa minggu (Mak Peah jika masak makanan western akan mengunakan lemon, so selalunya kulit lemon Mak Peah tidak pernah buang malah simpan untuk di jadikan jeruk acar ini). Mak Peah masak dahulu kulit lemon yang di potong nipis itu dan di rebus bersama air cuka dan gula...agak2 dah agak lembut Mak Peah simpan di dalam botol dan di letak di esbok untuk beberapa minggu. Semua bahan di bawah ini hanya dapat sebotol kecil atau setupperware kecil sahaja. Cukuplah di buat santapan kami suami isteri untuk beberapa seketika.

Bahan lainnya
5 ulas bawang kecil (belah2)
5 ulad bawang putih (belah2)
halia di hiris seperti batang mancis
Dried kismis
Dried apricot
Dried berries
Kurma
beberapa biji lada padi hijau dan merah
satu sudu lada kisar
seketul kecil gula melaka
Sedikit cuka
2 sudu besar rempah kari
kayu manis
minyak bijan untuk menumis
Air satu cawan atau lebih ikut sendiri
garam, gula dan lada hitam secukup rasa

Kesemua bahan tadi jika terlalu besar boleh lah di hiris ikut sukahati. Tumis lada kisar, kari sehingga wangi. Masukkan semua bawang halia dan kayu manis tumis lagi. Apabila sudah cantik dan wangi lalu masukan air, cuka dan gula melaka masak seketika. Setelah itu masukan buahan kering tadi dan masak di api yang kecil sehingga cantik dan larut. Selalunya saya masukan Kurma last kerana saya tidak suka kurma terlalu hancur atau benyek.

Sekian takyah tunggu majlis orang kawin pun kita dah boleh makan acar! YEAY!

Friday, October 22, 2010

Roti Peranchis ala Kualiburuk


Mak Peah ada blog lagi satu cakap omputih. Ntah angin apa kadangkala mak Peah suka cakap omputih bukan tunjuk skill hebat. Cuma blog lagi satu Mak Peah suka main jahit menjahitan bukan jahit mulut orang nauzubillah. Mak Peah tak bikin kerja terkutuk semacam gitu. hehehehehhehe...

Mak Peah banyak hobi. Hobbies Mak Peah berbagai ikut sukahati Mak Peah, so Mak Peah kumpul resepi sendiri pun kerana senang nanti Mak Peah nak refer. Maklumlah resepi begini bukan selalu kita buat. Kita pun bukan chef professional kekadang memang lupa.

So, harap maklum bila kekadang entry ada bercakap omputih. Bukan eksyen tapi di ambil dari blog sebelah rumah jerr....bukan blog orang lain pun sendiri juga yang empunya...hihihi

Most of the time I bake only five mini french loaves. So the recipe goes like this:

A pinch of salt.
A teaspoon of Bruggeman Yeast
1 1/2 cups of water
(stir well before adding in the flour)

3 cups of flour (plain or wheat flour)

Mixed everything and it will be a little bit soggy as I am not making a typical or normal dough. To be reminded the above ingredients not to be touched by the hand at all until much later. I just mixed it with a spoon or spatula only.

Let it rest and fully covered for minimum time 30 minutes. Normally I kept it over the night in the fridge. It can be kept up to a week. Strange but true!

Once the mixed has risen, throw in plenty of flour then scoop it up to make it into a required shape. Again, I never even try to make a dough out of it. Once divided into five or four portion let it rest for another 10 minutes while preheat oven for another go. Set oven 200 degrees and baking time for 20 minutes VOILA! BOn ApPEtit! THAT'S ALL FOLKS easy isn't it?

Lesung Batu Mak Peah...


Mulai hari ini saya nak membahasakan diri saya sebagai Mak Peah. Walaupun nama saya bukan Rafeah atau pun Sapiah. Maklumlah saya pun dah tua dan saya suka nama Mak Peah semenjak saya cipta cerita purbawara dulu mengenai kisah cinta Mak Peah dan Sood. Alahai cerita ala komik yang santai saya cipta semasa saya dalam keboringan dulu. Jika saya membacanya semula, memang saya boleh gelihati sendiri. Ramai teman saya suruh saya teruskan...tapi masa kadangkala tidak mengizinkan.

Nanti kalau ada masa dan ketika saya nak olah balik cerita purbawara tersebut dan link kesini. InsyaAllah.

Oklah, today Mak Peah nak bercerita mengenai Lesung Batu pula. Mak Peah tidak berapa sehat menjak jerebu melanda. Sosak napeh, mata berair, hidung selsema dan batuk kong kong kong. Al Maklumlah Mak Peah sejak kecil memang ada semput ala semput! Syukur Alhamdullillah, di waktu terdekat ini penyakit semput jerr yang ada. Nauzubillah.

Lesung Batu Mak Peah nih adalah peninggalan dari arwah Mak Peah. Lesung Batu Mak Peah  mempunyai cerita nan tersendiri. Di Lesung Batu inilah arwah abah Mak Peah buat sambal belacan yang sangat best. Lesung Batu inilah juga yang membesar bersama kami adek beradek kerana banyak jasanya dalam masakan ibunda terchenta.

Jika rumah tiada Lesung Batu, tak meriahlah rumahtangga. Sekarang ramai dah pakai blender. Maklumlah zaman sain dan teknologi canggih. Lesung Batu di anggap melecehkan perjalanan hidup dan melambatkan kerja.

Akan tetapi Lesung Batu lah yang bisa membuat masakan menjadi sedap dan enak rasanya. Jika Mak Peah hendak bikin urap atau salad ala thai Lesung Batu memainkan peranan. Manakala jika mengunakan blender, ramuan rencah menjadi tidak berapa cantik kerana blender memerlukan air untuk melumatkan rencah. YA walaupun ada blender kecil yang bisa melakukannya tapi tidaklah sama.


Sedikit fakta mengenai lesung batu dari Wikipedia.
Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain,sambal belacan.Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata.
Hah memain senjata, ya Mak Peah pernah mengunakan anak batu lesung sebagai senjata apabila sang lipas hendak menyerang Mak Peah. Mak Peah lempar anak lesung batu kearah lipas tadi, lalu dia tidak dapat bergerak malah lumpuh terus dan Mak Peah terus cabut lari minta pertolongan. hehehehhehhehhhe

Urap versi Kuali buruk


Urap yang saya buat ini simple jer. Al maklum yang saya makan hanya berdua. Budak-budak mana reti makan urap. Saya buat urap nih ala salad jerr...dan lagi satu selalu urap di makan tanpa memasak. tetapi kerana saya letak udang saya masaklah barang sebentar.

Ramuannya mudah
dua besar sudu udang kering (di rendam)
dua biji bawang kecil
sebiji bawang putih
3-4 biji lada padi
sedikit belacan (optional)
bahan di atas di tumbuk kasar.

100gm taugeh biasa
50gm taugeh cambah
Daun Salad
udang yang di rebus sekejap
bawang goreng sebagai taburan

Saya menumis sekejap sahaja bahan tumbukan dan udang dengan dengan olive oil yang sedikit sahaja. Tidak sampai 5 minutes balik dan hidangkanlah...

Udang kering dan belacan dah masin so saya tidak mengunakan garam...

Thursday, October 21, 2010

Khasiat daun Bunga RAYA


Dulu mudah kita mendapatkan pokok bunga raya. Sekarang amat payah sekali lebih-lebih lagi kini.

Secara khusus daun bunga raya adalah ubat buat sesiapa yang meminatinya. Saya memang mempunyai alergy dan asthma. Kerana asthma dan eczema selalu bertali arus. Maka air ramasan daun bunga raya bisa jadi air mandian sekaligus untuk rambut.

Ibu dan nenek saya selalu mengamalkan sapuan lendir dari ramasan daun bunga raya untuk rambut. Di kata dapat melebatkan dan juga tidak mudah beruban. Malah ia mempunyai cooling effect apabila di sapu ke kulit kepala.

Semasa saya remaja, kami menetap di estet perumahan dua tingkat. Di depan rumah kami memang terdapat banyak pokok bunga raya. So mudah kami mendapatkannya.

Bila saya kata daun bunga raya itu ubat saya (atas keizinan Allah swt), memang tenyata banyak kegunaannya.

Apabila saya demam. Emak saya selalu meramas bunga daun raya bersama beberapa ulas bawang kecil, secawan air dan ketulan lada hitam. Ramasan itu di jaram ke kepala saya. Ia bisa mengurangkan panas demam.

Bila ketumbuhan bisul. Maklumlah waktu saya kecil selalu timbul bisul di mana-mana especially di montot hahahahahha...daun bunga raya ini akan di tumbuk halus dan di pupuk di bisul tersebut. Maka bisul itu akan ranum dan melatop tanpa meninggalkan bekas.

Tahukah anda? Daun bunga raya juga boleh berfungsi sebagai masker buat kulit wajah anda....ada berani mencoba?...hehehehhe

Dan daun bunga raya juga boleh di rebus dan air rebusannya boleh di minum untuk mengubati asthma.

Sekarang mana mau carik itu daun bunga raya dahhhhh....kalau dapat pun kita nak petik kene hati-hati silap haribulan kami di tangkap dan kene denda dengan gomen!...hailah...
p.s. i luv ya : Oleh kerana saya busy bekerja beberapa minggu ini, tiada lah lauk pauk istimewa. di subuh hari saya dah masak ala kadar untuk seisi keluarga buat santapan sehingga ke dinner harap maklum. Nanti coti sekolah bolehlah saya masak yang enak-enak ya...


Wednesday, October 20, 2010

Wanita Thai


Buat pengetahuan umum ini bukan gambar saya ini gambar wanita thai, harap maklum...hihihi

Seketika lalu saya pernah beberapa tahun mengendalikan Spa di rumah...janganlah ketawa ya benar ada Spa dalam rumah saya. Saya jadi tukang messeuse mengunakan kaedah Swiss & Shiatsu massage. Saya belajar khusus dari sebuah Spa Merlang di Malaysia kepunyaaan sahabat baik saya Nurul dan was certified by Swiss AROMATHERAPY Co.

Memang kelakar dari seorang programmer dan designer saya boleh bercambah....kelakar seram hobi saya nih...

Masa itu hampir 90% pelanggan saya adalah tukang massage from thailand. Apabila mereka dengar saya boleh mengurut ala Swiss and Shiatsu mereka spread the news. Orang thailand ini sangat baik hati dan juga pemurah. Mereka jika datang, selalunya mereka hendak urutan special bukan hanya Swiss and Shaitsu malah inginkan urutan traditional juga. Alhamdullillah nenek saya adalah seorang tukang urut traditional semasa hayatnya.

Tukang urut traditional kata nenek bukan boleh belajar macam baca buku tapi ia terjadi secara semulajadi. Walluallam, terus terang tapi ada saya belajar juga dengan Mak Haji di melaka cara mengurut orang selepas bersalin itu pun Mak haji yang pujuk saya katanya saya mempunyai skill tersendiri....hahahaha skill power ranger agaknya.
Tetapi sehingga sekarang pun saya tidak pernah praktiskan...saya hanya mengurut saudara wanita dan teman terdekat untuk sakit-sakit badan biasa sahaja.

Well, enough said about myself!

Berbalik pada orang thai ini, mereka suka di urut sebelah pagi dan selama 2 hingga 3 jam lamanya. Agak lumayan juga bayarannya. Tapi oleh kerana saya nih cepat bosan maka saya stop. Hahahahahahah tulah saya. Tapi kekadang mereka pujuk juga minta urut.  Untuk menjadi messeuse full time saya rasa tidaklah sebab penat tau...berpeloh-peloh nanti saya terbontang kejung. Kebetulan jiran baik saya sebelah rumah juga adalah seorang wanita Thai berkahwin dengan seorang berbangsa china.

So dari kehadiran merekalah saya mendapat banyak petua wanita Thai yang mempunyai kulit yang sangat halus dan mulus. Mereka suka makan makanan yang berkukus dan masam-masam. Hampir 99% wanita thai yang saya kenali, lansing dan mempunyai kulit yang halus cantik walaupun telah berusia.

Makanan
Mereka selalu berbual dengan saya tentang pemakanan mereka. Makanan harian mereka adalah nasi pulut yang di kukus biasa, di makan bersama ikan rebus serta sayuran herba, bercili api dan tidak pernah lekang dengan perahan limau purut atau kasturi. Mereka amat jarang makan makanan yang di BBQ dan juga daging. Jika mereka makan daging mereka masak bersoup ataupun daging di rebus juga.

Minuman
Apabila mereka bertandang selepas urutan saya selalu memberi mereka minuman rebusan serai berserta madu dengan perahan limau kasturi. Mereka sangat terkejut kerana serai juga adalah minuman harian mereka. Cuma cara mereka berlainan sedikit. Serai tidak di rebus tapi mereka blender serai dan perah limau purut thai tersebut dan minum setelah di tapis lalu di campur dengan air suam.

Penjagaan kulit
Manakala penjagaan kulit badan. Mereka ajarkan bagaimana kita boleh mengunakan bahan-bahan dapur untuk menjadikan ia sebagai body scrub. Seperti campuran garam dan gula bersama minyak masak di gaul lalu di lumur ke seluruh kulit di badan sebagai kaedah body scrub. Saya dah cuba memang halus kulit tapi kenelah rajin. Waktu saya belajar kaedah Spa swiss pun kami gunakan sea salt dan minyak aromatherapy tapi agak mahallah...now cara yang paling baik adalah gunakan kaedah orang thai nih murah dan jimat....(hehehehehe btw kalau tambah kunyit dah boleh goreng...jadi ikan goreng...LOL)

Penjagaan Muka
Kaedah mereka sama seperti orang keturunan jawa... saya pun orang jawa bugis. Muka hanya di scrub mengunakan gula dan madu serta beberapa titik perahan lemon atau kasturi dan juga berfungsi sebagai masker yaitu dua kali seminggu...kulit menua seperti saya memang sesuai sangat tanpa chemical dan bahan pengawet.

Baiklah sekian saya dah penat menulis dan merecalled kembali semua yang saya ingat...di lain masa saya tulis lagi...salam sayang salam teristimewa!

Tuesday, October 19, 2010

Penuh kebencian dan Cemburu

Lagu yang mempunyai erti yang sangat mendalam. Di dalam sebuah perhubungan harus di sulami dengan keihklasan dan kejujuran...sejajar dengan tiada sifat berprasangka buruk.

Semoga segalanya di permudahkan. InsyaAllah buat teman-teman yang di kasihi. Amin.


Sungguh indah berpakaian kemas
Sungguh mudah mengukir senyuman
Tapi apakah sama di hatimu
Dan senyum mu semanis di hati

Memang mudah memuji diri
Untuk menyakinkan orang lain
Tapi alangkah sia-sia
Kalau kejujuran tiada

Usahlah kau bicara
Akan sejuta keindahan
Sedangkan hati mu
Penoh kebencian dan cemburu

Memang mudah memuji diri
Untuk menyakinkan orang lain
Tapi alangkah sia-sia kalau
Kejujuran tiada

Usahlah kau bicara
Akan sejuta keindahan
Sedangkan hati mu penuh
Kebencian dan Cemburu

Di sebalik senyuman manis mu
Dan kata-kata yang indah itu
Masihkah dapat di sembunyikan
Kalau cacat di dalam hati

p.s salah seorang sahabat saya post lagu nih di fb dan 
saya yang hampir terlupa akan lagu ini dan sungguh berbesar hati, lalu meletakkanya di sini. 
Saya memang meminati Al Jawaher sejak remaja lagi

Monday, October 18, 2010

Apple Cider


Merujuk pada link Dr Hapizi (Dr pakcik) Sahabat kami seorang dokor bertauliah yang mempunyai sebuah blog yang berinti-pati sungguh mempersonakan. Saya sering membaca blog beliau tanpa jemu sarat dengan pendidikan, petua, pengetahuan perubatan dan ilmu dunia maupun ukhrawi.

Beliau sangat prihatin. Sehingga kini saya kerap merujuk entry-entry lepas. Antara banyak yang saya sering amalkan adalah minuman seperti Apple Cider. Amalkan InsyaAllah. Di bawah ini adalah petikan dari salah satu entry beliau.



How to Remove Gallstone Naturally

The Regime:


*For the first five days, take four glasses of apple juice every day. Or eat four or five apples, whichever you prefer. Apple juice softens the gallstones. During the five days, eat normally.


*On the sixth day, take no dinner.


* At 6 pm, take a teaspoon of Epsom salt (magnesium sulphate) (Dr H: can get from any pharmacy) with a glass of warm water.


* At 8 pm, repeat the same. Magnesium sulphate opens the gallbladder ducts.


* At 10 pm, take half cup olive oil (or sesame oil) with half cup fresh lemon juice. Mix it well and drink it. The oil lubricates the stones to ease their passage.


The next morning, you will find green stones in your stools. Usually they float. You might want to count them. I have had people who passes 40, 50 or up to 100 stones. link

Cushingoid facies



"TUBUH BADAN dan WAJAH YANG BERSERI serta YANG SIHAT MENCERMINKAN KEPERIBADIAN ANDA" 

Manakala dalam istilah sains dan perubatan raut wajah adalah penting dalam menentukan penyakit yang kita alami. Seringkali ramai mengalami muka sembab. Selalunya di katakan bersebab tidur siang, manakala pula ada setengahnya muka senantiasa sembab.

Pabila kejadian seperti ini berlaku kita harus segera mendapatkan bantuan atau merujuk kepada doctor. Sebelom terlambat adalah baik kita berwaspada.


Puffy Face-Causes and Remedies
Face is an indicator of health. The first signs of health problems are first shown on the face. Puffy face is mainly due to the accretion of fluid in the face. This accretion may extend up to the neck as well. It is also referred as facial swelling, moon face. It is hard to detect if the swelling is mild.
The most probable symptom is the puffiness in the face or the swelling of the face. There are various causes for puffy face, such as: dehydration, obesity, consumption of high fat food, alcohol consumption, allergic reactions too insect bites and stings. Deficiency of vitamins such as vitamin C and diseases such as kidney diseases and hypothyroidism also cause puffy face. Sinusitis, dental abscess or dental infections andCellulitis also cause puffy face.
The puffy face is hard to be detected in the initial stages or in case of mild puffiness. The mild puffiness will get reduced very soon. Consult your doctor if it is severe. There are various remedies that can be used to treat puffy face, such as:
  • If the puffy face is caused due to dehydration, the best way to treat is by drinking lot of water. Consume plenty of water. This will eliminate the puffiness in the eyes.
  • You can also increase the intake of fluid content. The fluid intake will reduce dehydration and hence removes puffiness in the face.
  • If it is caused due to vitamin deficiency, consume fruits and fruit juices containing vitamins.
  • If it is caused due to a high fat diet, consume plenty of fruits and vegetables in your diet and exercise regularly to treat puffiness.
  • Ice-cold water gives you immediate relief from puffy face. Splash your face couple of times with cold water. This will reduce the puffiness immediately.
Apart from these remedies, avoid drinking tea, coffee soda and other beverages. Consume a healthy diet and exercise regularly in order to avoid puffy face.
TIPS from http://www.dungz.com/puffy-face-causes-and-remedies.html

Sunday, October 17, 2010

Air Rebusan Serai...

Jika anda seorang yang tidak suka membazir wang. Kaedah serupa ini amat berguna untuk menjimatkan wang dan juga berkhasiat lagi bermutu tinggi.

Sekarang ramai orang ingin mengamalkan gaya hidup sehat. Seperti mengunakan bahan-bahan organik dan pemakanan sehat yang tiada berunsur kimia dan pengawetan. Amalan yang baik kita kongsi bersama.



Minum Air Rebusan Serai. Ini adalah amalan orang dedulu dari nenek dan ibu saya. Senang sahaja air rebusan masukan beberapa batang serai yang telah di titik dan masak di api kecil agak lama sedikit dalam 30 minute atau lebih. Apabila air rebusan dan siap tunggu sehingga suam. Bancuhkan bersama madu dan limau nipis atau lemon. Selalunya saya buat lebih sedikit dan di simpan di dalam peti ais yakni keperluan seminggu.

Khasiatnya: Adalah satu minuman yang sangat baik untuk wanita selepas bersalin, pembuangan lemak, pembuangan toxic dan menghindarkan sakit kepala. TERKINI ada fakta menunjukan bawahsahnya minuman air serai atau lemon grass ini dapat menangkis pertumbuhan kanser.

Petikan
Allison Kaplan Sommer April 02, 2006

A drink with as little as one gram of lemon grass contains enough citral to promptcancer cells to commit suicide in the test tube. He also felt a responsibility to know what to tell his customers about its use. 'When I realized what was happening, I picked up the phone and called Dr. Weinstein at Ben-Gurion University , because these people were asking me exactly the best way to consume the citral. He said to put the loose grass in hot water, and drink about eight glasses each day.'

Zabidov is pleased by the findings, not simply because it means business for his farm, but because it might influence his own health. Even before the news of its benefits were demonstrated, he and his family had been drinking lemon grass in hot water for years, 'just because it tastes good.' 

InsyaAllah jika ada masa terluang saya akan kongsi lagi mengenai pemakanan sehat. Yelah kita makan macam-macam hampir setiap hari. Adakala kita kene sulami dengan kaedah seperti ini untuk menghilangkan toxic di dalam badan sebelom timbul kemudaratan. Semoga kita perolehi kesejahteraan dalam hidup. Amin.

Saturday, October 16, 2010

Penyakit Hati Sombong, Iri, dan Dengki dan Cara Mengobatinya...

Hati (bahasa Arab Qalbu) adalah bagian yang sangat penting daripada manusia. Jika hati kita baik, maka baik pula seluruh amal kita:
Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)
Sebaliknya, orang yang dalam hatinya ada penyakit, sulit menerima kebenaran dan akan mati dalam keadaan kafir.
“Orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan kafir.” [At Taubah 125]
Oleh karena itu penyakit hati jauh lebih berbahaya daripada penyakit fisik karena bisa mengakibatkan kesengsaraan di neraka yang abadi.
Kita perlu mengenal beberapa penyakit hati yang berbahaya serta bagaimana cara menyembuhkannya.
Sombong
Sering orang karena jabatan, kekayaan, atau pun kepintaran akhirnya menjadi sombong dan menganggap rendah orang lain. Bahkan Fir’aun yang takabbur sampai-sampai menganggap rendah Allah dan menganggap dirinya sebagai Tuhan. Kenyataannya Fir’aun adalah manusia yang akhirnya bisa mati karena tenggelam di laut.
Allah melarang kita untuk menjadi sombong:
“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’ 37]
“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]
Allah menyediakan neraka jahannam bagi orang yang sombong:
“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min 76]
Kita tidak boleh sombong karena saat kita lahir kita tidak punya kekuasaan apa-apa. Kita tidak punya kekayaan apa-apa. Bahkan pakaian pun tidak. Kecerdasan pun kita tidak punya. Namun karena kasih-sayang orang tua-lah kita akhirnya jadi dewasa.
Begitu pula saat kita mati, segala jabatan dan kekayaan kita lepas dari kita. Kita dikubur dalam lubang yang sempit dengan pakaian seadanya yang nanti akan lapuk dimakan zaman.
Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’ “Uluumuddiin menyatakan bahwa manusia janganlah sombong karena sesungguhnya manusia diciptakan dari air mani yang hina dan dari tempat yang sama dengan tempat keluarnya kotoran.
Bukankah Allah mengatakan pada kita bahwa kita diciptakan dari air mani yang hina:
“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?” [Al Mursalaat 20]
Saat hidup pun kita membawa beberapa kilogram kotoran di badan kita. Jadi bagaimana mungkin kita masih bersikap sombong?
‘Ujub (Kagum akan diri sendiri)
Ini mirip dengan sombong. Kita merasa bangga atau kagum akan diri kita sendiri. Padahal seharusnya kita tahu bahwa semua nikmat yang kita dapat itu berasal dari Allah.
Jika kita mendapat keberhasilan atau pujian dari orang, janganlah ‘ujub. Sebaliknya ucapkan “Alhamdulillah” karena segala puji itu hanya untuk Allah.
Iri dan Dengki
Allah melarang kita iri pada yang lain karena rezeki yang mereka dapat itu sesuai dengan usaha mereka dan juga sudah jadi ketentuan Allah.
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [An Nisaa’ 32]
Iri hanya boleh dalam 2 hal. Yaitu dalam hal bersedekah dan ilmu.
Tidak ada iri hati kecuali terhadap dua perkara, yakni seorang yang diberi Allah harta lalu dia belanjakan pada jalan yang benar, dan seorang diberi Allah ilmu dan kebijaksaan lalu dia melaksanakan dan mengajarkannya. (HR. Bukhari) [HR Bukhari]
Jika kita mengagumi milik orang lain, agar terhindar dari iri hendaknya mendoakan agar yang bersangkutan dilimpahi berkah.
Apabila seorang melihat dirinya, harta miliknya atau saudaranya sesuatu yang menarik hatinya (dikaguminya) maka hendaklah dia mendoakannya dengan limpahan barokah. Sesungguhnya pengaruh iri adalah benar. (HR. Abu Ya’la)
Dengki lebih parah dari iri. Orang yang dengki ini merasa susah jika melihat orang lain senang. Dan merasa senang jika orang lain susah. Tak jarang dia berusaha mencelakakan orang yang dia dengki baik dengan lisan, tulisan, atau pun perbuatan. Oleh karena itu Allah menyuruh kita berlindung dari kejahatan orang yang dengki:
“Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.” [Al Falaq 5]
Kedengkian bisa menghancurkan pahala-pahala kita.
Waspadalah terhadap hasud (iri dan dengki), sesungguhnya hasud mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu. (HR. Abu Dawud)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...