Wok The Talk...

Tuesday, November 30, 2010

Cake TestCobaTry...


Hahaha..gelak lah dulu lah ya...nih cake dark chocolate instant dari Betty Crocker....cikunun nak bikinlah icing sedap sekali tuh...arghhhhh...harap gambar jerlah ye dari designer pencen...

Takpe Mak peah akan coba lagi. Ini pun atas permintaan Pak Sood yang sememangnya mempunyai sweet tooth ala dinosaur yang sungguh dahsyat. Kalau di ikutkan Mak Peah nih tak berapa nak suka makan manisan sangat mentelah cake. Tapi demi anak-anak dan somi terchenta hawuslah Mak Peah testcobatry sehingga berjaya!

Pak Sood serta Anak Baranya yang suka sgt buat cerita ala kelakar seram!
Mak Peah sememangnya tak berapa reti dan confident nak bikin cake ke kueh-mueh sedap tu pasal Mak Peah akan coba lagi... dan coba lagi sedaya upaya... Ada tukang test kat rumah nih...no hal punya...janji bagilah Mak Peah semangat sikit...hihi

Mee Soto Mak Peah


Kenapa di namakan Soto Mak Peah sebab Mak Peah suka playcheat... hahahahaha sesuka hati jerr Mak Peah masak soto asal boleh nih. Betul Mak Peah memang suka masak tidak ikut sukatan dah lah tak pakai sukatan betul sesuka hati jerr tukar resepi sesuka rasa. Anak dara Mak Peah sangat suka egg tofu so di goreng lebih dan di makan bersama mee tadi dengan senang lenang...

Tapi alangkah bahagianya Pak Sood sungguh gumbira ria makan sehingga habis. Alhamdullillah dia tidaklah sakit perot...hahahahhahaha malah tidur pun lena sahaja...

Resepinya
6 keping kepak ayam di belah dua
1 bawang besar di hiris
5 ulas garlic di hiris
hirisan halia
1 sudu rempah soto
1 sudu rempah kurma
daun sop daun bawang hiris
garam lada sulah secukup rasa

Tumis dan lebur jerr segalanya masak di api yang kecil. Bila ayam empok dahlah siap...hihihihi.

Ada pula Mak Peah buat bagedil daging. Lupa nak ambil gambar persendirian almaklum dah lapar sangat anak-anak sebelom ke panggung wayang nak menonton HARRY PORTER yang best!

Resepinya
4 kentang di rebus
200 g daging cincang
1 sudu butter
daun soup daun bawang cincang halus
lada sula dan garam secukup rasa
1/2 biji telur...lagi setengah untuk mengoreng...

Hah mudah jerr....campur bahan semua kepal2 dah siap celur telur goreng sahajalah...amin NGAP!

Monday, November 29, 2010

Anchovies Tempura


Malay versions of tempura...hihihihi....kita manalah boleh tinggalkan pedas-pedas dan berempah semua...kalau tidak terasa sungguh hambar.

Fresh anchovies
1 spoonful curry powder
few curry leaves chop
salt and breadcrumbs
1 egg white

Rahasianya adalah pada egg white yang sejuk untuk melekatkan breadcrumbs dan minyak panas. Setelah celup dalam egg white golek2 kan di dalam breadcrumbs yang telah di gaul bersama curry powder, salt, chop curry leaves tadi...

Soup Cendawan


Soup cendawan nih biasa-biasa sahaja. Bila badan panas (heaty) makan soup nih...rasa segar sedikit....simple meal can be luxuriously delicious, nutritious meals.

Few types of mushroom. Silk Tofu with lots of garlics and slice ginger. boil and dash with pepper, salt and sesame oil.

Sunday, November 28, 2010

Puff Pastry Rolls


Puff pastry rolls nih berinti daging cincang ala-ala murtabak...almaklum selera orang melayu hihihihi. Mudah sangatlah membuatnya lagi lah mudah jika mendapat pastry instant nih....sama jerr dengan prata instant boleh jadi pastry juga...lebih kurang halal.


Mak Peah beli pastry nih di kedai jual barangan baking tak tahulah cold storage biasa ada ke tidak? Rasanya semua tempat ada kot. Kalau tidak ada jangan gusar prata instant tu pun boleh the only different ialah layering dia...kalau nak tambah layer double up the layer jerr lapikkan dua.

Intinya
200g daging cincang
1 bawang besar di cincang
4 garlic di cincang juga
capsicum di cincang juga (optional)
1 sudu curry powder Babas
1 biji telur di pukul (last)
garam dan lada sula secukup rasa

Tumis bahan inti tadi sehingga masak, last baru masukan sebiji telur supaya senang nak lekat apabila mengulung. Dan jangan lupa sapukan kuning telur di atas Puff sebelom bakar. Set oven to 175C selama 25-30 minutes. Check check lah selalu setiap oven lain keadaannya...

Hokkien Mee


Semalam selepas mengemas rumah yang macam tunggang langgang bila anak-anak masak waffle... tengok jam dah pukul 10mlm...perot dah gruk gruk...tetiba apa angin ntah teringat Hokkien Mee sedap kat Causeway Point! Apakah?!!!...

Bongkar esbok ada mee kuning belen masak mee soto ituhari....carik-carik taugeh boh laio lhorr... hahahahah tapi mesti nak jugalah...buka freezer pulak jumpalah udang besar bape kerat nih jadi! Dalam kepala otak camne nak sedapnya? Boleh pulak visualisation sekejap...maklumlah designer pencen memang train buat mende hayal-hayal begini siap ada virtual reality lagi di depan mata hahahahahhaha

So dalam pikiran nih Hokkien ini memang takde tumis-tumis pun...so panaskan kuali kecil taruk segelas setengah air...potong bawang putih 4 ulas chop!...chop!..ada kasar ada halus I love garlics!

Ada stock ikan bilis knorr... dah malam ok ajerlahkan...udang besar dah thawed...apalagi

300g Mee Kuning
I cube knorr ikan bilis
4 garlics chopped
Udang
1 biji Telur
Lada sula dan black pepper

First masukan mee kuning dalam air yang mendidih...gaul rata dan setelah itu di buang airnya dulu...cuci mee tadi ketepikan dan masukan setengah gelas air lagi. Masukan Udang, Garlics dan I cube Knorr Ikan bilis gaul rata di api yang agak besar. setelah udang masak masukan mee kuning tadi, lada sula ikut suka hati anda...

Saya nih penggemar garlic dan lada sula so saya taruk lebih...gaul mee jika air surut masukan lagi sedikit air...a dash of minyak bijan dan coarse black pepper, ambil sebiji telur whisk dan gaul cepat-cepat ke dalam mee tadi....BIOLA! menjadi...

Di hidangkan bersama perahan limau kasturi dan sambal belacan! KAW KAW enaknya...kerana sedikit berebut-rebut tiga beranak...hahahahhaahhahahah

Today anak-anak minta lagi..sedap nah lah tu....

Saturday, November 27, 2010

Waffle


Hari ini Mak Peah tak berapa nak sehat ada flu dan gastric malam tadi. Tak boleh nak tido nyenyak...nasib baik ada Pak Sood di urut belakang dan letak minyak angin barulah boleh lelap sekejap.

pretty cheap only $26.90 @Courts
So hari ini, Mak Peah ingat nak off memasak...tapi kerana anak-anak ghairah nak bikin waffle mentelah Mak Peah baru sahaja membeli waffle maker yang menjadi idaman anak-anak. So sehari suntuk budak-budak buat waffle....susah juga nak dapatkan waffle yang crispy...rasanya memang enak...biasalah trial and error akhirnya after third attempt oklahkan....tapi Mak Peah tetap nak coba sehingga cantik...

Pagi lagi Mak Peah dan browse internet carik resepi yang best...malangnya bila ikut directly taklah segaring seperti yang di katakan...mesti ada silap...so Mak Peah godeh sana sini...first try Mak Peah ambil dari MyResipi tapi tak secantik yang empunya resipi...tak garing juga...so Mak Peah browse yang omputih punya pulak @ Finecooking....ermmm kene hangus baru garing...hahahahha so dah geramkan...Mak Peah combine dari dua resipi tersebut...dan jadilah juga...YEAY tapi masih nak coba lagi...sehingga cantik menawan kalbulahkan...seperti Suara Kalbu jua...hehehehhe curik nama Ida...

my daugther's version..today she really work hard
Supaya tidak lupa resepi hari ini...Mak Peah letak dahulu di sini...nanti dah di ubah suai yang lebih cantik dan bergaya hebat Mak Peah update lagi ya...resepi ini penting nanti lupa lagi Mak Peah...hahahahah resipi yang telah di olah...sedikit...sikit jerr...

Ingredients
2 egg white
2 spoon sugar
Whisk the egg whites in a large bowl till frothy 

2 egg yolk
1 cup flour
1 cup corn flour
4 teaspoon baking powder
1/2 cup vegetables oil
11/2 cup milk
1/2 teaspoon vanilla essence
1/2 teaspoon salt


Rupanya batter kene buat separately baru jadi garing...bila both dah siap barulah di foldkan together gether...cakap melayu apa ek? takkan lipatkan?...hahahha Mak Peah dah menoneng flu takleh pikir sori...


Kupang Lemak Chili Padi


Masa Mak Peah beli kupang nih. Mak Peah agak terkejut dengan saiznya...belek punya belek oh dari New Zealand rupanya. Harganya agak berpatutan hanya $5.95 250g. Anak Mak Peah kalau nampak nih pasti terlonjak kesukaan. Ternyata apabila pulang ke rumah, abang kesukaan sangat segera di suruh masak. Tapi Mak Peah pujuk kita tunggu babah ok...kecian babah. Begitulah kami selalu akan menunggu babahnya bebudak. Baru kami makan makanan yang agak sedap sedikit bukan apa. Babahnya bekerja dan makan di tempat kerja bukan sedap sangat katanya.

Being precocious, my dearest daughter lamented,
"I saw photos of Umie and babah's in New Zealand". I replied a short yes... knowing what comes next... she continued to speak, "but you went without us!"

Hahahahahahha, budak-budak memang begitu selalu merajuk so I told her masa tu adek belom lahir lagi. Then she demanded, when are we going then?....hahahahah nantilah adek dah besar kita pergi sama-sama ok... why not now?
adoiii lah...adek kalau pergi sekarang nanti adek lupa how beautiful the country is... Ohhhhhh katanya... hehehehe easy to please phewww!

Anak lelaki Mak Peah memang suka kupang nih. Ingat nak goreng bawang lada sahajerr. Tapi bila somi melihatnya terus di usulkan masak lemak cili padi. So Mak Peah siapkan bahan-bahannya...

segengam cili padi hijau dan merah
1 sudu udang kering
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inch halia
2 ulas kecil kunyit hidup
1 inchi belacan
1 biji limau kasturi di hiris
Semua bahan di atas ini di blender
I batang serai di titik
3 sudu besar santan pekat
garam secukup rasa

Tumis bahan kisar tadi bersama serai yang telah di titik. Masukan satu cawan air dan masukan kupang tadi masak buat seketika. Apabila sudah mendidih, masukan 3 sudu santan pekat dan garam secukup rasa.

Siap untuk di makan bersama nasi panas! BISMILLAH....

Friday, November 26, 2010

Lemon Chicken Chop


Marinade chicken thigh fillets with lemon juices, chopped garlics, coarse peppercorn. a pinch of salt and 1 spoon of margarine. Let it sit in the fridge for about an a hour.

Pan-grill chicken to medium heat and let it cook and keeps on flipping...

Teriyaki Prawn Vege


Hah yang ini semua resepi agak malas, sempoi jerr...

Udang di kopek kulitnya
Sayur sawi kecil
Shiitake Mushroom
2 biji Tomato di potong
2 ulas bawang putih di cincang
1 bawang merah di hiris
coarse black pepper
1 spoon oyster sauce
2 spoon teriyaki sauce
1 chili di hiris

Saute onion and garlics. Masukan all ingredients and stir fry.  My son's favorites!

Turi Air Berkeledek


Turi Air berkeledek nih masakan arwah my mom. Sedap nih...makan dengan ikan goreng dan sambal belacan. Daunnya memang agak kepahitan tapi enak...ada lagi resepi lain masakan turi nih jika nak masak lemak putih pun sedap lemak cili api pun sedap. Tapi sesekali pekena turi masak air pun enak rasanya...

Seikat daun turi
Sebiji keledek jepun di potong kecil
bawang dan ikan bilis di tumbuk kasar
lada hitam
garam secukup rasa

Keledek di rebus dahulu agak dah lembut masukan turi dan bahan tumbukan, lada hitam serta garam secukup rasa. Turi boleh di masak lama sedikit pun ok...sebab daunnya agak seketika baru masak...masakan simple yang sungguh NYUM!

Lemon Chicken with BreadCrumbs


Chicken Fillet
2 spoonful of lemon Juice
1 egg white whisk and mixed the above
Bread Crumbs

Either you love it bake or deep frying, both ways can be nice.

Kalau dah malam kekadang anak Mak Peah lapar nak makan gan roti dan sebagainya. Mereka tidak suka KFC kerana oily dan muak katanya. Mereka makan bercecah chili sos dan juga mayonaise. Simple sangat lah kan...tapi enak!

Thursday, November 25, 2010

Pengat Pisang


Dulu masa kecik-kecik dan remaja mak Peah tidak berapa suka makan pengat pisang nih....ntah kenapa menjak dah tua nih suka benar makanan orang lama...teringat arwah emak kalau pengat nih di buat selalu kerana arwah abah suka makan...

Lah nih somi Mak Peah pula suka dan Mak Peah juga...nampaknya faktor usia memainkan peranan dalam pemakanan kami...seolah dan seakan zaman berulang dan berenaksi sama seperti zaman atok nenek mak bapak kita dedulu kala....yelah kalau dah melayu nak blondekan rambut kaler unggu sekali pun tetap citarasa melayu menerja sukma rindu...hihihi

Resepi pengat ini hanya di makan oleh dua nyawa sahaja...so pandai-pandai lah you all adjust ya...hihihi...

Sebiji pisang sederhana besar
(maaf tak tahu nama-nama pisang lol)
1/2 cup sago biji
2 sudu besar santan pekat
1 buku kecil gula melaka
sedikit garam untuk perasa
daun pandan

Mak Peah rendam sago dalam 15 minutes sambil mentanak air di dalam periok kecil mungil. Setelah air mendidih Mak Peah masukan gula melaka tadi yang berukuran hanya 1 inchi bulatan. Mendidihnya air gula tadi lalu Mak Peah masukan pisang. Pak Sood beli pisang yang tidak terlalu masak...pandai Pak Sood jika terlalu masak nanti benyek pula...kacau didihan gula dan pisang tadi sehingga nampak pisang kekuningan cantik masukan biji sago gaul dan masukan daun pandan...Yakin dah masak masukan dua sudu santan pekat tadi....alhamdullillah siap. Jalan lupa senantiasa kacau dam jang masak terlalu lama sago akan mengembang dengan pesatnya....

Mak Peah tidak terlalu suka manisan...itulah sebabnya sukatan gula melakanya sedikit...tapi alhamdullillah sedap weiiiiii....Pak Sood sungguh gumbira ria!

Cucur Bilis


Adakala kita makan cucur ikan bilis kalau tidak ranggup tak berapa nak bestlahkan. Ada yang tanya camne nak bikin yang ranggup dan syiok?! sebenarnya senang jerr...rahasianya baking powder...

Tapi cucur atau jemput-jemput sebutan orang temasek nih tak bolehlah makan selalu. It's so oily nanti batuk ehem...ehemmm pula....ahahahahha nanti dah kene pergi doktor! Pak Doktor nak cucur ikan bilis?....Mesti nak punya...hihihi

1 1/2 cup self raising flour
2 eggs
1/2 cup ikan bilis
1 bawang besar di cincang
1 biji lada di hiris
daun sop dan bawang di hiris
1/2 teaspoon baking powder
garam secukup rasa

Ikan bilisnya Mak Peah selalu goreng dahulu, supaya nanti akan ranggup juga. So, semua bahan tadi di gaul rata except ikan bilis. Biarkan sementara 5-10 minutes. Panaskan minyak apabila kita scoop cucurnya barulah letak ikan bilis ranggup tadi...kalau malas ahh masukan semua sekalilah...habis citer...LOL

Apabila di goreng di suhu minyak yang agak panas...cucur bilis akan menjadi gelombong cantik dan ranggup rasanya...Yeebaariibaaaaaa.....

Wednesday, November 24, 2010

Teriyaki Chicken Pizza


Kan Mak peah dah kata Mak Peah nih suka masak macam-macam...hyper sungguh kata somi Mak Peah kadang tu dia pun naik pening masak jerr kerja Mak Peah kalau tidak bertugas...penoh esbok...kalau banjir dharurat agaknya boleh catuan makan untuk satu bulan survival!...hahhahahahahahha

Actually Mak Peah nih ikut mood kalau dah mula buat art and craft, menjahit sakan karang...masak pun ala kadar sahja...tengoklah kalau dah naik syeh menjahit kelak...adehhhh...tu lagi satu tabiat Mak Peah...hahahahahha. Yang ini pizza teriyaki ala garlic bread. Anak bujang Mak Peah hantu gila dengan garlic bread dan teriyaki chicken. So, I combined both for this recipe.

Intinya for Teriyaki Chicken Pizza
6 ulas bawang putih di tumbuk halus
2 sudu margarine
sedikit lada sula
bahan ini di buat paste untuk di sapu ke atas dough pizza

1 big piece chicken thigh cut into smaller pieces 
2 shiitake mushroom slice thin
1 big tomatoes chopped
2 spoonful teriyaki sos
coarse blackpepper
3 sliced normal cheddar cheese

You may change the ingredients accordingly. Set oven to lower heat at 175C for 10 minutes, then another 10-15 minutes set oven top and lower heat. So Heavenly simple yet DELICIOUS!!!

KualiBuruk Seafood Pizza


Perlu di ingatkan Mak Peah buat pizza nih dari bahan yang terdapat di dapur Mak Peah. Pendek kata Mak Peah memang suka gunakan apa sahaja yang ada di dalam rumah Mak Peah dan sukatannya juga adalah ikut suka Mak Peah sahaja.

Pizza ini adalah atas permintaan dua metot mungil Mak Peah yang telah bercoti sekolah. Maklumlah minggu pertama bulan december baru kita akan bercoti dan berlibur sementara waktu nih bercoti makan sahajalah ya...hihihi

Ada dua jenis pizza yang Mak Peah buat kali ini di dalam siaz berukuran 6 by 9 inch tray. ya sizenya rectangle dan agak sederhana kecil. Di belah empat dan di ngap dah habis...cukuplah buat kami empat beranak sahaja.

DOUGH for two pizzas
21/2 cup of flour
1 packet Dry Baker's Yeast
air secukupnya dan garam

As usual the dough, I do it a bit soggy and leave it to rest for about 30-45 minutes. It will double the size and I divided into two.

Intinya for Seafood Pizza
1 spoon chili sos
1 spoon tomato sos
2 spoon mayonaise
mixed and spread sos all over the dough
10 prawn peel and chopped to 1 cm sizes
2 shiitake mushroom slice thin
1 tomatoes chopped
2 big spoon can tuna
and 3 sliced BBQ smoke cheese

You may change the ingredients accordingly. Set oven to lower heat at 175C for 10 minutes, then another 10-15 minutes set oven top and lower heat. So Heavenly simple yet DELICIOUS!!!

Mee Tiau dan Su'un goreng black Pepper


Hah yang ini test coba try punya kes. Black Pepper Singlong dah tinggal sedikit takmohlah simpan-simpankan nanti take up space pula dalam esbok. Tempohari ada buat sambal untuk Yong Taufoo oso duwan lah simpan-siman. Kira ini makan ala 'recycled food' lah...hihihihi pokoknya jangan membazir.

So, potong bawang besar, bawang putih, black pepper sauce dan sambal belen tu...tumis lah sampai cantik dan menawan kalbu. Selepas itu masukan su'un yang telah di rendam terlebih dahulu selanjutnya meetiau lalu gaul rata masukan garam secukup rasa dan sayuran sehingga masak. Tidak lupa sedikit kicap manis menambah rasa. Masak MeeTiau nih sekejap jerr...jgn lupa pecahkan telur sehiji dua dan gaulkan lagi...sehingga cantik dan menyelerakan. Bismillah.

Detox Drinks Again!


4 apples, watermelon, 1 inch ginger, 1 lemon grass and a squeeze of calamansi juice.

Good for health?...Frankly I have no idea, it was prepared by my husband. Now nobody singled out! it seems like the whole family get involved and contributed in my blog...deliriously happy YEAY! hehehehhe

Tuesday, November 23, 2010

Fried Curry Anchovies with Sesame


Some of my friends often wonder, why do I cook so many dishes in one day. Truly, I cook different kinds of meal for breakfast, lunch and dinner sometimes supper but in a small quantity. Why do I have to do that?!.. Unexplained! I just love doing it...just something to keep me occupied and sane!

Fresh Anchovies
The other day, I bought fresh anchovies. It was pretty big in size. So I've decided to deep fried it with something new. I cut it into fillets and removed the bones.

Recipe
200g Fresh Anchovies
1 tbsp curry powder
1 tbsp corn flour
1 teaspoon same seed
few curry leaves
salt and pepper to taste

Mixed everything and let it rest for about 20 minutes in your fridge. Deep-frying in a super hot vegetable oil. It curls up and quickly serve while its still hot and crispy. We ate it with warm rice and salad! We do sprinkle over with lemon to give a wonderful aroma and unique taste.

Yummilicious!


Dah di katakan food diary, apa mak Peah buat setiap hari pun Mak Peah post jerlah...sebab nak cerita perihal kehidupan harian Mak Peah takyahlahkan...nanti fofular pulak...hihihi perasan jerr Mak Peah nih...alah gurau jerr...hihihi

Bercerita melalui makanan jerlah ya....ini idea anak dara Mak Peah...she got sweet tooth just like her father and she look saling tak tumpah macam bapak dia juga...peel pun sama kira carbon copylahkan...

Susah payah dia pergi kedai bila dia tahu Umienya nak buat goreng pisang untuk babahnya. Di beli walls chocolate heaven dan disusunnya goreng pisang itu serta ice cream kegemarannya. Lepas itu dengan gumbira dia kata...Umie ambilkan gambar my creation! Ewahhhhh siap dia kata lagi nanti Umie upload kat blog KualiBuruk Umie ya!....mention nama adek tau! Mana leh mention-mention personal stuff adek...nanti ada paparazzi and she giggling happily....

Resepi goreng pisang tu ala biasa jerr, tepung beras, tepung jagung, garam, kunyit dan air...nanti garinglah kawan tu...ada orang suka letak kapur...tapi Mak Peah tak bape suka after taste kapur itu...

Verdict! Memang sedap rupanya makan goreng pisang panas with ice cream...NYUM!!!

Yong Tau foo


Orang melayu memanggilnya yong tauhu. Bila tekak terasa perit dan cuaca very the hot hot summerville makan makanan seperti ini memang bestlahkan segar dan nyaman. sekarang semua serba mudah. Telah siap sedia segalanya. Cuma harus di buat soup sedap sahaja.

Pernah seketika abangngah saya berjualan Yong Tau Foo di gerai makan. Beliau share resepi ini bersama saya, katanya jika hendak membuat soup Yong Tau Foo yang sedap kene kerja lebih sikit. Abang ngah mengunakan kacang soya dan ikan bilis di masak selama 1 hingga dua jam sebagai pati soup.

Jika kita masak hanya untuk empat beranak segengam kacang soya sudah mencukupi serta segengam ikan bilis. Tanaklah air dan bahan tadi sehingga waktu yang di sebut tadi. nak makan di tapis bahan tersebut dan masukan garam, black pepper dan lada sula secukup rasa. Amin dah boleh MAMAM!

Monday, November 22, 2010

Ayam Madu Black Pepper


Ayam madu black pepper nih amat mudah di masak. Tidak memerlukan banyak bahan.

Antaranya
4 keping kepak ayam di belah dua
2 sudu madu
3 ulas bawang putih di hiris
hirisan halia
1 sudu kecil coarse black pepper
1 sudu besar black pepper sauce singlong
Shiitake Mushroom di hiris
lada merah di hiris
sedikti taburan kunyit
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Tumis bawang putih, halia dan lada hitam. Masukan ayam dan air. Biarkan didih seketika agar ayamnya masak. Di balik-balik apabila air sudah agak surut masukan sauce dan madu serta segala bahan yang lain. Jangan di tinggalkan kelak hangus. Di balik-balik dan gaul bersama shiitake mushroom dan hirisan lada merah. Masak sehingga kering dan hidangkan.

Lauk sebeginian cukup di makan dengan nasi panas oleh anak-anak Mak Peah...mereka suka ayam.

Detox Drinks : Pear Ginger Honey lemongrass drinks


Ada few version yang suami saya pakar membuatnya. Kalau Mak Peahlah agak keberatan...sejujurnya Mak Peah tak berapa sanggup hendak minum. Tapi kerana suami berkeras Mak Peah telanlah juga.

Every once a week, suami Mak Peah akan blender semua bahan-bahan idamannya dan akan membuat satu gelas untuk Mak Peah dan segelas untuknya. TerPaksa?! Bila memikirkan beliau ini sungguh prihatin dengan cara pemakanan kami so hawuslah Mak Peah turutkan jua.

2 inch slice Ginger
2 lemongrass slice
4 china pears
1 tbsp honey

Sebenarnya Mak Peah mengalami batuk setiap malam. Mak Peah kalau batuk akan melarat dan akan mengalami asthma, so suami Mak Peah tidak mahu Mak Peah mengalami asthma di buatnya minuman ini selama tiga hari berturut. Alhamdullilah hilang batuk setelah minum sambil berselawat. InsyaAllah.


BBQ and Salads


Semuanya bermula kerana influence dengan drama dan filem Korea. Kami jua terikut-rikut dengan cara permakanan mereka. Tapi tidaklah semua, caranya tetap ala melayu berBBQ dengan salad....hihihi...

Anak-anak suka main masak-masak, mentelah babah jika off day maka kami makan lah makanan yang melecehkan ini...kerana ada tukang kemas dan cuci pinggan mangkuk. Bergelak ketawa merecik-recik dan terpekik takut minyak melantun semua adalah aksi dalam berBBQ.

Mak Peah sangat suka salad, hampir setiap hari pun berulam salad dan tomatoes...memang semacam addiction pula. Alhamdullillah rumah Mak Peah dekat dengan pasar hanya berjalan kaki less than 10 minutes dah sampai dapatlah Mak Peah membeli sayuran segar setiap hari... ke pasar boleh lah sambil goyang2 tangan bukan pinggul maklumlah dah usia 40sen nih memang mudah penat dan tidak secergas waktu usia muda dahulu...

Makanan BBQ pun mestilah masak dengan sempurna supaya makanan itu tidak mendatangkan kecernaan pada kesihatan kita. Takpe Mak Peah ada seorang yang sangat prihatin tentang makanan, yaitu suami Mak Peah dia lah yang akan pastikan makanan yang di BBQ itu benar-benar masak baru di beri pada anak-anak dan Mak Peah. Mak Peah makan sahajerlah, dialah yang selalu bertungkus lumus berquality control.... hahahahahhahahah


Selamat BBQ!

Sunday, November 21, 2010

Burrito Garlic Chicken


Ini bukan resepi sepenuh Mak Peah. Ini resepi anak bujang Mak Peah...dialah yang reka resepi suruh Mak Peah SHARE with you all. Nama resepi ini pun di beri oleh anak Mak Peah HEBAT!

Memang kalau ada masa memang Mak Peah layan jerr dua metot mungil Mak Peah buat apa yang mereka suka, akan tetapi siaplah Mak Peah kene kerja lebih bila dah selesai. Ya ampun berselerak dan bagaikan tungkang pecah di buatnya dapur dan meja makan. Tapi takpelahkan...ini pun satu pembelajaran buat mereka. I believe in interactive learning and spending quality time together. Anak pun tak ramai dua jerr...kalau 12 macam my mother in law mahu botak Mak Peah hahahahahahaha.....

Kelak bila sekolah di buka, Mak Peah pun harus bertugas sama adalah lebih baik mereka pelajari sedikit tentang masak memasak ringkas tidaklah Mak Peah risau dan terkocoh-kocoh nanti nak rush back home dari school juga.

Ok lah seperti biasa yang menjadi mangsa adalah instant prata...LOL...bermacam idea boleh di laksanakan jika kita mau...

Bahannya
Roti prata instant
Seaweed chilli flavor
BBQ smoke cheese
Salad. tomatoes
Shredded Garlic Chicken
Chili sos, mustard and mayo

Bukan senang hendak suruh anak-anak makan sayuran. So, dengan lain perkataan jika makanan seperti ini Mak Peah psycholah without vege the result will definitely be bland, less characteristic...hahahahaha terpedayalahkan...


Ingredients untuk Garlic chicken mudah sahaja. 
Chicken Fillet
Olive Oil
Lots of crushed garlic

Saute all ingredients till chicken is tender and cook.

Tuna Puff


Tuna puff nih ada playcheat sikit...hehehe..almaklumlah Mak Peah blom naik mood nak mengilling puff yang tulin. InsyaAllah cuti sekolah nih Mak Peah akan usahakan ya adek-adek semua. Seorang sahabat kampung 360 menanyakan macam mana nak bikin croissant...

..biarlah Mak Peah gelak dulu...ha ha ha...Mak Peah sudah susah payah pergi belajar akan tetapi...sob* sob* kerana tak pratikkan Mak Peah dah hampir lupa. Takpelah..Esok Masih Ada ...buku resepi belajar Mak Peah masih ada dalam simpanan dah macam khitab Harry Porter dah mula berabuk... sabarlah Menanti Hari Esok ya Ira sayang insyaAllah nanti Mak Peah akan usahakan...

Ok yang ini pejam mata pun boleh buat...ini pun Mak Peah main-main dengan dua anak remaja metot Mak Peah...si adek tukang masukan inti manakala si Abg picit-picitan pastry instant ini...

BAHANnya
Kulit pastry adalah instant prata (LOL)
1 can tuna mayonaise tu jerr

Nak gebu kene set oven anda tinggi sedikit. About 175C - 200 C jengok-jengoklah lah masa membaking. Sebelom baking sapukan egg yolk atas puff ini, it takes less than 20 minutes to bake...insyaAllah with suhu yang cantik akan gebulah puff anda...filling u can use anything other than tuna.

SELAMAT MENCOBA!

Saturday, November 20, 2010

Satay Goreng


Ini satay goreng lagi. Yang ini santai sahaja Mak Peah gunakan bawang merah, bawang putih, halia serai dan kunyit sedikit blender gaul sama daging masukkan serbuk jintan ketumbar dan sedikit lada kisar perap seketika sahaja. Pabila mengoreng letaklah satu sudu besar gula dan sedikit air supaya dagingnya mudah empok...garam dan lada sulah secukup rasa.

Kuah sataynya pun simple sahaja. Kacang goreng di tumbuk, lada kisar, sedikit serbuk jintan ketumbar juga di masak selepas itu masukan dua sudu air asam dan garam gula seckup rasa. Masak sehingga pekat.

Soup Ayam Lebur


Masak soup ayam pun nak macam ala ala soto. Ntah apalah tekak Mak Peah nih...suka sangat rasa rempah ratus tapi itu pun tengok mood lah juga...

Soup nih Mak Peah lebur jerr...apa makna lebur? tiada bertumis lansung dan tanpa minyak. Semuanya Mak Peah masukan sahaja tapi masak agaklah lamakan...anak Mak Peah nih suka ayam yang lembut dan hampir berderai dari kulit. Mak Peah pun suka begitu nak makan senang ngap jerlah...

Mak Peah nih juga kalau masak tak bape suka refer resepi sangat main campak-campak sahaja sebab malas nak ingat-ingatkan sangat...sebab selalu ikut resepi sangat selalu tak menjadi so ikut sukahati sahajalah...kwang kwang kwang....

Bahannya
8 keping kepak ayam di belah dua
1 inchi hirisan halia
3 hirisan bawang merah kecil
3 hirisan bawang putih
sedikit hirisan lengkuas
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah soto
1 batang serai di titik
1 kayu manis

Salt, white and coarse black pepper...

Seperti yang Mak Peah dah cerita tadi...Mak Peah masukan semua rencah dan ayam lebur jerr di dalam air yang agak byk sedikit kerana masakan ia lama nanti air pun akan berkurangan. Minyak yang tertera di gambar itu datangnya dari leburan ayam. Dah masak agak sejam gitu di api yang kecil Mak Peah masukanlah garam, white and black pepper secukup rasa bersama bawang goreng gan parsley...

Boleh di makan bersama mee, nasi atau nasi impit..ikut sukahati lah kan...YEAY!

Friday, November 19, 2010

Siput Sedut lemak sambal belachen


Adeh nak gelak pun ada. Yelah dari tadi pagi lagi dok mencari parang kontot...chek sana chek sini tarak arr...abih sekilo siput nih takkan Mak Peah nak gigit montotnya kan kan?...kang sesia masak takleh nak menyedut...

Carik akal nampak lah gunting potong ayam. Mula-mula steady juga potong bontot dan masuk ke 30 ekor siput jari dah mula melecet...Pak Sood Masih tido nak kejutkan tak sampai hati maklumlah kerja malam dah tu nak gi sholat jumaat pula...

Mak Peah tengok jerr siput tu merayap ala-ala marathon....kutip satu persatu masuk dalam periok...

Syukur alhamdullillah at 11am Pak Sood bangun dan mandi macam mak datin punyalah lama somi ku ini mandi. Setelah itu pantas ku bertanya...

Babah mana parang kontot Umie?.... hahahahahahhahahah babah dah gelak terkekekeke ketawakan Mak Peah..chehhhh......Umie ada ke parang kontot? Ehe adalah Umie taruk bawah sink tu...
Oh yang itu...hah hah apa dia pikir pulak ya?

Ishk kita nak cepat ada jerr idea songsang dia...Lalu Pak Sood pun keluarkanlah parang kontotku....dia kata dia sengaja semunyik takut ada perompak nak curikan parangnya...adehhhh adeke? Tak logic lansung!

Syukurlah maka dapatlah Mak Peah masak siput sedut-sedutan ini dengan senang hati dan gumbira ria....

Rencahnya mudah jerr. Anda pasti tau buat sambal belacan bukan?...HAH Mak Peah kalau buat sambal belachen banyak boleh di lumur buat lulur...hahahahhaa oklah serious..serious Mak Peah...

Cara buat lemak sambal belachen (1 kilo siput)
Segengam lada padi hijau dan merah
2 inchi belacan di goreng atau bakar
1 limau kasturi (di hiris halus sebelom blender)
1 paket kecil santan kara
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cube knorr ikan bilis
I batang serai di titik

Semua bahan di atas ini di tumbuk atau di blender sahaja. Tumis sambal belacan sehingga wangi masukan kunyit serbuk, cube ikan bilis knorr, serai dan masukan air. Bila kuah dah mendidih baru masukan siput yang telah di takik montotnya....setelah yakin masak masukan santan dan kacau rata sampai mendidih. Siap dan bolehlah membuat irama berchiong...chiooong layan siput sedutan!

Mee Goreng


Seperti biasa sarapan pagi kali ini bertemankan mee goreng. Terus terang jika cuti sekolah para ibu lebih sibuk dari biasa. Anak-anak bagaikan kicauan burung tiong...chit chit chit....Umie lapar! Umie masak apa?...

Jika waktu sekolah waktu begini boleh lah Umie surf internet dengan penoh sukahati. Bersarapan pagi dengan babahnya dan boleh relax buat kerja rumah mengemas dan mengemop. Tapi jika cuti sekolah jadual jadi kelam kabut sedikit. Hampir setiap saat anak-anak kelaparan...hahahahahha kecoh...

Oklah resepi ini mudah dan campak-campak sahaja...

500g mee kuning
100g daging cincang
8 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong di potong
1 sudu besar lada kisar
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1 bawang besar di cincang
3 ulas bawang putih di cincang juga
garam lada sula secukup rasa
sayuran

Tumis bawang besar putih yang di cincang tadi dengan sedikit minyak. Masukan lada kisar tumis sehingga cantik, daging cincang dan air secukupnya. Setelah didih masukan tomato, cili sos serta sos tiram.

Setelah itu masukkan mee kuning udang dan sotong di gaul dan balik-balik sehingga masak...amin dah boleh makan.

Thursday, November 18, 2010

Rumah Hantu

Hobart Penitentiary
Hah kali ini nak lari dari tajuk lah...asyik entry masak jerr...apakata kita bercerita mengenai rumah hantu. Seingat Mak Peahlah dari Mak Peah kecik pun sungguh suka masuk rumah hantu bila ada Funfare.

Abang Mak Peah ada empat orang...so kalau ada Funfare apalagi kita serbu. Dululahkan the best highlight dalam Funfare mesti lah rumah hantu...kalau rumah hantu tu boleh bikin kita menjerit kira power gila arr...

So far, jerit-jerit dalam rumah hantu memang best. Agak lama takde funfare yang mempunyai rumah hantu. Last masa Mak Peah pergi overseas kat negara omputih rumah hantu nih kira biasa lah mesti ada...paling best masa Mak Peah gi Hobart Tasmania ...situ bukan rumah hantu tipu...memang tempat tu berhantu pun...adalah Mak Peah jumpa hantu betul seketul dua masa Ghost Walk or Ghost Tour.

Masa tu Mak Peah tidaklah pikir apa-apa...mati-mati Mak Peah ingat ada pepper ghost efx ke atau orang berlakon maklumlah hari masih siang...kita pula dah terbiasa dengan special exf di tempat kerja...so Mak Peah tengok boleh senyum-senyum kagum lagi....sekali tu dah keluar dari Penitentiary tu Mak Peah ckplah dengan Tour guide...wah tabik arr efx ghost tu memang real arr orang kene tali gantung. Sungguh-sungguh Mak Peah puji cara dorang bikin efx tu...memang nampak real punya...

underground prison cell
...sekali tu kata Tour Guide, efx apa yang Mak Peah maksudkan?...dia kata takde efx lansung dalam Penitentiary tu, so apa yang Mak Peah nampak tu mungkin memang hantu betul buat re-enactment apa yang pernah berlaku kat situ dulu...

Chehhhhh terkejut berok pun ada...nak telan air ludah pun macam dah takleh nak telan dah... hahahahahhahahahaha... padan muka Mak Peah then di ketahui tiada siapa nampak melainkan Mak Peah seorang sahaja dan somi ku Pak Sood mula terkebil-kebil sahaja...

Apakah yang Mak Peah nampak? Sebenarnya Mak Peah terhenti di salah sebuat cold cell di bawah tanah...Mak Peah nampak seorang lelaki diri di atas bangku kayu lalu mengantungkan dirinya sendiri...selepas itu...sentapan dari tali gantung itu membuat matanya terkeluar dan lidahnya terjelir...yang agak membuat Mak Peah ingat mati-mati special efx pepper ghost kerana ianya seakan pilem hitam putih bukan kaler tau cuma bagaikan bayang-bayang sahaja seperti pepper ghost efx lah.... rupanya bukan pilem Amad nispu dah....hahahahahhahaha

Baiklah minggu yang lepas kat Kerja Pak Sood ada family day...makanya kami pergi sebab ada makan free. Then ada kawan kerja Pak Sood suwuh kita orang pergilah rumah hantu kat Bahagian Radio Station....punya lah excited lama tak merasa thrill....malangnya kami kene line up selama lebih sejam adoiiii...sakit otot. Walau bagaimanpun ianya bolehlah tahan...Mak Peah sertakan gambar-gambar hantu pakai mekap tersebut ya....gambar Hobart dan cell di atas nih Mak Peah ambil dari internet kerana malas nak scan gambar dalam simpanan....

So enjoy tengok hantu mediacorp ya...daripada lama tak jerit-jeritkan..ini pun boleh lepas gian juga....yehawwww!....hihihihi

hantu mekap tebal...hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...